26 Mei 2011

BERKELAH DI TAMAN TASIK TAIPING

Selalunya kat taman ni lah ina seisi keluarga datang berkelah.  Anak2ku bukan main lagi seronok dapat lepas dari kurungan...hihihi.  Kesian gak tengok mrk asyik terperap kat rumah je.  Dah jenuh study...so ada masa elok gak kita bawa anak2 bersiar2 hirup udara segar disamping dpt mengeratkan lagi ikatan keluarga. 

 Anakku cuma 5. 3 lelaki 2 perempuan.

 Anak2 bujangku.

Tengoklah tu, mcm2 gaya. 

 Yang paling bongsu.  Dijelingnya kat kita pulak...

 Ada buaya batu kat situ.

Ahhh....dah kenyang....

 Semua ikut ayah pi tengok ikan kat dalam tasik tu.

Tasiknya memang cantik & mendamaikan.

 Ini di lokasi sebelah SMK Hua Lian.  Selamat untuk anak2 bermain di situ.  Tengoklah...anak2ku seronok berlumba lari.

 Ada jugak lokasi utk peminat kereta control.

Tasik yang bersih dan indah.

 Sungguh sejuk mata memandang.

 Anda pernah datang tak ke sini?

 Jemputlah ke mari...seronok tau...

PASIR SALAK

Ronda2 ke Pasir Salak...tempat bersejarah pembunuhan Jww Birch.  Tempatnya agak terpencil tp mendamaikan.  Sejuk je kawasannya.  Berada dlm perkampungan Melayu.

 Bergambar dlm kawasan resort.

 Di belakang tu ada sungai.  Ada restoran terapung kat situ.
 Nurul dan Nur Ain.

 Ok gak tempatnya.

CAMERON HIGHLANDS

Masa ni ina dan family pegi lawatan ke Cameron Highlands.  Tengoklah muka ina tu...tengah pening, nampak pucat je kan.  Kena pulak hari tu hujan memanjang tp tak la lebat sangat.  Cadang nak menginap kat sana tp semua bilik dah penuh.  Padan muka...sbb tak nak booking awal2.

 Bersama anak ke 3, Nurul Hidayah.

Teruja tengok bunga2 yang cantik2 kat sini. 

Pokok2 kat sini memang hidup subur la.  Mungkin pengaruh cuacanya jugak.  Ina try tanam kat rumah, tak mau pulak jadi mcm tu. 

 Memang rasa letih sangat masa tu. Almaklumlah perjalanan yang jauh.

2 org anak daraku.

RAKAN FB

Alhamdulillah..akhirnya dapat jugak bertemu dengan Liza, rakan fb di hari perkahwinannya di Kamunting.  Berseri2 bukan main lagi Liza hari tu.  Tahniah!

 Saje pakai baju biru sbb tema Liza adalah biru...hihihi

Anak2ku pun sibuk gak nak bergambar. 

Di khemah santapan.  Pengantin lelaki baru sampai.  Tunggu gak sbb nak tengok pengantin lelaki. 

 Semoga Liza cepat dapat cahayamata.

Itulah sarung bantal yang ditempah oleh Liza.  Sarung bantal saiz normal beropol bersama 2 bj bantal bulat.

PIN CUSHION

Buat bentuk 'love'. Beberapa biji yg dapat dihasilkan. 


Juga try buat riben dan rosette.

 Corak kartun tu...ina suka.

BUNGA RIBEN

Ina guna riben saiz 1/2 inci.  Gulung jadi bentuk ros pada sebatang jarum peniti.

Hmmm....tinggal kenangan je sbb pasu kristal ni dah hancur berderai akibat tangan2 nakal anak2ku. 

Nasib baik bunga2 ni masih selamat.

SUDUT KREATIF

Pernah tengok benda ni tak?  Ina belajar buat bakul comel ni daripada adik ipar, idah di Penang.  Teruja sangat masa mula2 buat dulu. Anak2 ina pun dah pandai membuatnya.

 Kalau dicelup dengan varnis memang nampak mcm rotan asli tau...  Ina buat sbg bekas pen.

 Ini adalah saiz bakul telur.  Bab nak menggulung news paper tu je yang malas sikit.  Masa menganyam memang seronok sangat. Cepat dan pantas je bila dah tau caranya.

 3 corak berlainan utk bakul telur.  Boleh jugak buat besar utk hiasan rumah.

Ini paten bulat.

BROOCH LAGI

Sebahagian brooch yang dapat ina siapkan untuk Rachel di Sabah.  Nak guna masa sambutan Hari Guru katanya.  Semoga berpuashati.  Rachel order kira2 50 pcs semuanya.  Terima kasih diucapkan.


 Ada pelbagai warna dan beberapa design.

 Inilah beberapa corak brooch yg ina hasilkan.

Suka tengok...kelihatan berwarna-warni.

Boleh jugak dibuat sepit rambut.


 Di belakangnya ina guna pin bulat.

Ini crochet brooch.

3 kuntum crochet brooch.

23 Mei 2011

PAJERI TERUNG

Memang menjadi kegemaran ina tp suami pulak kurang suka, dia suka pajeri nenas.

 Makan dengan ikan masin memang menyelerakan.

Masak pekat2 baru terangkat!

MEE HAILAM

Terima kasih Cikgu Aminah.  Resepimu memang sedap sekali.  Dah berkali2 jugak teman buat tau.

 Kena pulak dengan udang besor2 gitu....huh!

Kena makan panas2 baru umppph...

BINGKA PANDAN

Ambik resepi dari blog mat gebu.  Memang puashati sangat.  Sedapppp!

 Kat kedai pun tak dapat rasa sebegini tau! 

 Ina suka bijannya banyak.  Buat sendiri lagi berbaloi.

Emmm....yummy!  Anak2 pun suka.

*********************************************************************

RESIPINYA:-

BAHAN:

2 1/4 cwn tepung gandum            
1/2 cwn gula (3/4 cwn klu nk manis)
2 cwn santan
3 bj telur 'B'
1 cwn jus pandan (6 helai)
1 cams (paras) mentega
1 camt garam
1 camt pewarna hijau
Bijan 

CARA:

1)  Kisar semua bahan kecuali bijan.
2)  Lengser loyang (Ina guna periuk bingka berlubang) dgn mentega dan panaskan sekejap-2 min.
3)  Tuang adunan dan taburkan bijan.
4)  Bakar sampai masak.
5)  Sejukkan betul2 baru dipotong.