19 Julai 2012

KEK BUAH

KEK BUAH 
sumber: dayangjack


Bahan A : Loyang 20-22 cm (Loyang besar)
 360g tepung gandum (ayak 3 kali)                           
 2 camt baking powder (diayak)
1 camt soda bikarbonat (diayak)                
1/4 camt serbuk kulit kayu manis – opt
125ml jus oren/2 camb sunquick + air (bancuh)
 Pewarna kuning…jika guna gula halus (klu guna gula perang x payah buh warna ni)

Bahan B :
250g mentega                                             
250ml susu cair                                          
170g gula kastor (guna gula perang lagi cantik)…ina guna 160g gula halus 
2 camb susu pekat manis atau golden syrup
300g mix fruits (dihiris halus atau dicincang)…ina guna 150g aje!

Bahan untuk taburan :
30g badam cincang - optional

Cara-cara :
  1. Bahan B : Satukan semua bahan kecuali mix fruits ke dalam periuk dan masak hingga larut dan sebati. Tutupkan api dan terus masukkan mix fruit. Gaulkan. Selepas itu, sejuk/rendamkan selama 4 jam atau boleh juga disimpan semalaman.
  2. Bahan A : Ayakkan kesemua bahan kecuali jus oren ke dalam mangkuk pengadun. Kemudian dikacau rata. Barulah disatukan dengan Bahan B tadi. Sebatikan dengan senduk kayu atau spatula sahaja.
  3. Akhir sekali barulah dimasukkan jus oren. Kacau lagi hingga sebati.
  4. Tuangkan ke dalam loyang yang sudah disapukan dengan mentega dan ditaburkan dengan sedikit tepung (jika suka, guna loyang yang mempunyai lubang di tengahnya atau loyang chiffon supaya kek masak sempurna dan tidak mendap di bahagian tengahnya). 
  5. Kemudian taburkan badam cincang jika suka. 
  6. Bakarlah selama 50 minit atau 1 jam atau sehingga masak pada suhu 160-170C (kepanasan suhu bergantung pada jenis oven masing-masing).
  7. Setelah masak, keluarkan dari oven. Sejukkan terlebih dahulu sebelum dikeluarkan dari loyang dan dipotong.

 
Alhamdulillah....berkat kesabaran & tak putus asa....setelah kali ke 4(cuba pelbagai resipi) barulah menjadi Kek Buah ina ni. Terima kasih dayang.

Tak guna telur pun...menjadi rupanya. 

Ina bakar dlm loyang ni je. 

Anak2 pun suka kek ni. 

Nanti nak buat lagi...teruja pulak...hihihi

BANTAL BULAT SAIZ BESAR 13 1/2" X 6"

SMOCKING CORAK DAUN + LABU

 Bantal bulat saiz besar. Dia(13 1/2") x H(6").  Sesuai letak kat sofa.

Yg ini corak daun + labu.  Warna 'light orange'...seakan2 jingga pun ada. 

Sebenarnya bantal ni blm siap sepenuhnya lagi.  Ina kena bubuh butang kat tengah2nye tu...tapi tak sabar2 nak tengok mcm mana rupa kejadiannya...masyaAllah...besar sungguh!!! 

Beginilah corak daunnya.

Beginilah rupanye setelah dibubuh butang tengah.  Ina buat bentuk bunga.

Bunga 5 kelopak.

Memang besar bantal ni. Menggunakan byk fibre utk kasi kembung gitu.

 Montel sekali.