31 Oktober 2014

PALING TOP - CORAK NANAS

Kali ni color kuning lembut pulak.  Ina suka sangat dengan color ni.  Dah ramai juga yang order, kali ni utk customer dari Kelantan.  Alhamdulillah dah siap pun, tunggu nak pos je minggu depan.  Saborrr ye kak hajjah!  Tunjuk gambarlah dulu.  Memang tak salah pilih color buat kak hajjah utk hias dalam keretanya nanti.  Hmmm....mcm kerabat diraja la pulak...hihihi

Ina beli 4 meter tempoh hari kat Nagoya.

Baru 80% siap.  Nampak tak coraknya, ada yg kata mcm 'sisik ikan', ada gak yg kata 'nanas'....mcm2 lagilah.  Secara jujurnya corak ni memang ada 'kelas' gitu......paaaalingggg digemari sbb tu lah ianya mendapat ranking pertama pilihan ramai.  Ina pun semakin pantas pulak menjahit corak ni, boleh siap 2 hari je....seronok rasanya.



 Kalau letak kat pelamin ni....wowwww!!!

Butang tengahnya, kena bijak jugak tau masa nak jahit, nampak memang mcm senang tapi.....ada rahsia disebaliknya. Ina pernah beberapa kali tercucuk jarum.

 Nampak tak butang tu....ada sedikit tenggelam, kalau main letak cam gitu je bantal tak kelihatan cantik.  Bantal nmpk rata dan takde seni.  Kena tekan semaksima mungkin bahagian tengah tu.

Lipatan ira sekeliling butang tu pulak kena susun rapi, ikutlah kreativiti masing2 macamana nak bg nmpk cantik. Cara jahitnya kena betul, kalau tak......serabut jadinya!

Setiap ukuran kotak mesti sama, jgn ada kecik besar, nanti bantal jd tak seimbang. Kena kira betul2, tak boleh terlebih or terkurang kotak tu.  Lepas garis kotak2 kemudian jahit cantum.  Jgn lupa pulak 'iron' kain tu, tak kemas la kalau terus jahit corak....kenalah buat dgn hati yg ikhlas barulah berkat....customer pun puashati.  Alhamdulillah setakat ni semua customer Ina berpuashati.  Syukurrrr.

 Ina buat 6 baris corak.

Nak buat corak bersaiz kecil pun boleh dan nmpk lebih cantik tapi....juling bijik mata leee....hihihi! Harga pulak dah tentu naik lagi sbb bersesuaian la dgn penat lelah menggaris.  Ingat senang ke nak menggaris banyak2 atas kain?  Perlu kesabaran yg tinggi tau!  Tak percaya, cuba buat sendiri.  Ina pernah buat sekali utk 2 bj bantal 4 segi....saiz corak 1/2 x 1/2 inci...fuhhhh....tak sanggup dah lagi.  Itu je la sekali Ina buat. Ada customer nak order tapi Ina tak berani bg jaminan boleh siapkan dgn cepat....mohon maaf byk2.  Ina lebih suka buat yg bulat, cepat dan puashati. 


Saiz bantal ni kira2 10.5 x 5 inci.  Ada gak customer mintak buat lebih besar tapi Ina sanggup buat besar ni je. Kalau lagi besar susah nak pos dan dah tentu ada yg komplen kenapa mahal sangat?  Huh...Ina tak mau la mcm tu kan....Dah la 99% jahit tangan, nak mintak murah2 pulak....fikirlah sendiri ye kenapa 'handmade' selalunya mahal.  Cubalah tanya pendapat penjahit2 'handmade' mengenai harga gini.  Ina lebih suka jual kpd mrk yg betul2 menghargai seni tangan.

Ada jugak yang mintak Ina buat kelas tapi ada masalah sikit sbb Ina terikat dengan kerja gomen.  Sorang kakak (rakan fb) sanggup nak bekerjasama utk carikan tempat dan masa cuma Ina je rasa risau....huhuhu







30 Oktober 2014

Rempah Ratus: Mee Bandung

Rempah Ratus: Mee Bandung: Assalamualaikum semua.. Mee bandung ni adalah menu sekeluarga untuk makan malam nanti.. dah siap.. tu terus entry.. ianya juga adalah k...

28 Oktober 2014

KEM BAKAT GIMNASTIK ARTISTIK 1/2014 - BKT.JALIL

KEM BAKAT SUKAN GIMNASTIK ARTISTIK LELAKI (MAG) & WANITA (WAG) PELAPIS NEGERI 2014



(Artikel asal diambil dpd USPTN beberapa buah negeri...mohon izin)

Sesi Hari Pertama


23 Oktober 2014 (Khamis)


Pasukan Gimnastik Artistik Pelapis Perak menyertai Kem Bakat Gimnastik Artistik 1/2014 yang diadakan di Gimnasium 3, Majlis Sukan Negara Malaysia, Bukit Jalil, Kuala Lumpur seramai 16 atlet (12 lelaki & 4 perempuan). Pelapis Perak menyertai kem tersebut yang bermula pada 23 hingga 28 Oktober 2014.

Pendaftaran atlet yang hadir di tempat penginapan iaitu di Hotel Sri Petaling, Kuala Lumpur. 

Program sesi petang adalah sesi Taklimat Kem yang disampaikan oleh Encik Giam Fook Pang selaku Pengurus Sukan Gimnastik Artistik Cawangan Pelapis.  

Seramai 99 org atlet (53 lelaki & 46 perempuan), 18 org Jurulatih dan 5 orang SDO menghadiri Kem ini. Seterusnya, pada sesi malam pula dipecahkan kepada dua program seperti berikut::-

1. Jurulatih - Sesi Bersama Teknikal MGF

2. Atlet - Program Ice Breaking




Sesi Hari Kedua


24 Oktober 2014 (Jumaat)


Sesi pagi hari kedua kem bakat dimulakan dengan latihan asas. Program sesi pagi sepatutnya dimulakan Ujian Kecergasan telah diubahsuai di atas perkara yang tidak dapat dielakkan. Walau bagaimanapun, program latihan asas sesi pagi berjalan dengan lancar hasil kerjasama semua jurulatih yang terlibat di dalam program kem bakat.

Pada sesi petang, bersambung latihan asas bagi atlet lelaki (MAG) manakala atlet perempuan (WAG) menjalankan ujian fizikal ability. 

Seterusnya, pada sesi malam program dipecahkan kepada 2 iaitu:-

1. Jurulatih - Perjumpaan Bersama Pengarah Cawangan Pelapis

2. Atlet - Tayangan Video



Sesi Hari Ketiga


25 Oktober 2014 (Sabtu)


Sesi pagi hari ketiga dijalankan program latihan asas mengikut apparatus bagi atlet lelaki (MAG), manakala atlet perempuan (WAG) menjalankan program latihan tarian dan "Asas Balance Beam" dalam masa yang sama juga seramai 5 orang atlet telah dibawa ke klinik untuk menerima rawatan kerana demam dan mengalami kecederaan semasa latihan (3 atlet demam dan 2 atlet cedera). Walau bagaimanapun, setelah menerima rawatan atlet-atlet tersebut telah beransur pulih. Daripada 5 orang atlet yang dibawa ke klinik, 2 atlet dari Negeri Perak turut terlibat iaitu adik Alif Farhan (cedera kaki) dan adik Izwan Hakim (demam)- anak bongsu ku.....

Program latihan pada sesi petang pula dimulakan dengan latihan asas mengikut apparatus bagi atlet lelaki (MAG), manakala atlet perempuan (WAG) menjalankan program latihan level 1 bagi apparatus Balance Beam, Floor Exercise, Uneven Bar dan Vault. Setelah selesai latihan mengikut program latihan, jurulatih menjalankan permainan berkaitan apparatus untuk memberi keseronokan kepada atlet-atlet tersebut.

Seterusnya bagi sesi malam bersambung, program "Team Building" bagi atlet dijalankan. Program ini dikendalikan oleh fasilitator yang dijemput khas untuk menjalankan program tersebut. Pada sesi malam juga, seorang atlet telah dibawa ke klinik untuk menerima rawatan kerana sakit mata menjadikan jumlah keseluruhan atlet yang dibawa ke klinik seramai 6 orang atlet.

























Alif sedang diuji.




Adik Izwan(baju putih kiri) demam...tak boleh aktif lah ye?




















Alif diuji oleh En.Giam (Pengurus Pelapis). Kena ukur pulak....Alif dapat 9/10.


Alif diuji apparatus 'ring' pula.  Sakit tangan katanya.



Sesi Hari Keempat


26 Oktober 2014 (Ahad)


Program pada hari keempat dijalankan mengikut program bagi atlet lelaki (MAG), latihan asas mengikut apparatus manakala atlet perempuan (WAG) mengikut program " Warm Up and Strength Conditioning" dan " Level 1 Revision". Tiga orang atlet dari Pulau Pinang, Pahang dan Selangor telah dibawa ke klinik untuk menerima rawatan kerana sakit mata dan demam.

Seterusnya program pada sesi petang dijalankan program latihan bagi atlet lelaki (MAG), bagi program atlet perempuan (WAG) pula dijalankan program latihan "Level 2 Apparatus Balance Beam, Floor Exercise, Vault and Uneven Bar".

Program bebas bagi jurulatih dan atlet pada sesi malam ini agar atlet-atlet mendapat rehat yang secukupnya untuk menyambung menjalani latihan ujian pada hari berikutnya.



Sesi Hari Kelima


27 Oktober 2014 (Isnin)



Program pada hari kelima dimulakan dengan perhimpunan pagi dan nyanyian lagu "Negaraku". Seterusnya sesi dijalankan mengikut program bagi atlet lelaki (MAG), "Control Testing - Flexibility & Physical" manakala atlet wanita (WAG) mengikut program " Warm Up and Strength Conditioning" dan " Level 2 Revision".

Seterusnya program pada sesi petang dijalankan program latihan bagi atlet lelaki (MAG), "Control Testing - Element" dan bagi program atlet wanita (WAG) juga nenjalankan program latihan " "Control Testing - Element".

Sesi malam pula dijalankan program Sesi Rumusan Kem Bersama Ketua Jurulatih bagi semua jurulatih terlibat manakala atlet program bebas/rehat.

Seramai 3 orang atlet di dalam kedudukan 5 atlet terbaik peringkat dalam " Control Testing" :-


1. Alif Najmi (lelaki) - Pertama (umur 9 -10 tahun) - anakku yg ke-4(10t)

2. Aiman Aeron (lelaki) - Keempat (umur 9 -10 tahun)

3. Ooi Shu Wen (wanita) - Kelima (umur 9 -10 tahun)

Tamatlah sesi dan program sepanjang Kem Bakat Gimnastik Artistik 1/2014.


Sekian.




27 Oktober 2014

JUBAH RAGLAN

Jubah ni memang senang sangat nak buat.  Hasil tutorial dpd CtieShasha (rakan fb) maka terhasillah baju ni. Ina memang puashati sgt2.  Sedap dipakai dan cantik.  Yg pasti sangat menjimatkan.  Ina guna 2 1/2m bdg 45" kain tapi kena sambung sikit kat lengan dan bawahnya...tp tak jd masalah mmg nak fesyen gitu.  Klu bidang 60" lagi bagus.  Beruntung jugak badan kecik ni ye...jimat kain...hihihi!  Pe pun untuk selamat lebih baik beli 3m.

Ina mmg ikut 100% tutorial Ctie tu.  Jubah raglan tak payah nak potong2 ketiak...senang punya kerja. Potong ikut shape je.

Baju ni tak sempat nak iron lagi, terus Ina snap gmbr.  Excited sangat katakan.  Takde tempat lain dah nak possing...jangan mareee.

 Puas sangat dpt pakai baju buatan sendiri. Trend sekarang JUBAH mmg jadi kegilaan.

Ina buh tali riben kat belakang jubah ni.



HANTAR PARCEL

Dah pos ke Johor ye....semoga selamat sampai kpd tuan empunya.  Saya jual dan lebih kurang mintak halal ye.  Sesungguhnya setelah parcel dihantar maka tanggungjawab Ina stop setakat situ sahaja ye, selebihnya adalah tanggungjawab tuan empunya.  Harap maklum.

Semua parcel Ina hantar melalui pos laju. Haiiiii.....nampaknya selepas ni tentu naik lagi le harga pos....almaklumlah April 2015 dah pun bermula GST. Nasib leee...peniaga2 on9 mcm Ina ni, bukannya biz besar mana pun.  Selalu jugak customer pertikaikan kenapa harga mahal...dah tentu la mahal sbb kos bungkusan dan pos semakin naik sekarang....mcm barang makan jugak.

Semoga selamat.




BANTAL HIASAN CORAK NANAS PALING TOP

Projek menjahit bantal hiasan diteruskan lagi dan selamanya selagi mampu.  Alhamdulillah bantal ni Ina dpt siapkan 3 hari je!  Lepas masak dan buat kerja rumah semua terus buat benda ni.  Kadang2 lupa nak makan tau....Ina memang taksub sangat2 kalau buat satu2 benda, selagi tak siap, selagi tu la Ina tumpukan perhatian. Tak sabar nak tengok hasilnya wlp dah byk kali buat.

 Yg ni baru 3%.

 Yg ni pulak dah 80%.

100% siap. Ramai customer Ina sukakan corak ni.  Sejujurnya corak ni memang cantik sekali!!!  Wlp cara jahitnya agak rumit tp hasilnya sungguh2 berbaloi.  Ina pernah jahit coraknya dlm saiz yg kecil (1/2 inci)....adoiiiiii tersangatlah mencabar dan juling biji mata ni...huhuhu.   Tetapi bila dah siap....rasa puas dan bangga sekali.

Yg ini color merah cili.  Semua color adalah pilihan customer sendiri.  Ina ikut je kehendak mereka agar puas hati masing2. Sorry la sbb gmbrnya kurang jelas.

 Bantal ni untuk customer dr Johor.  Nak guna utk hari kahwin anaknya.  Semoga berpuashati ye.

 Tembamnyeee!

Sebenarnya Ina teringin nak letak butang tengahnya dgn color lain tp ramai customer tak berapa setuju. Mereka lebih suka color yg sama.  Hmmm....ikut je la.....

 Dah banyak Ina buat untuk orang lain tapi sendiri punya.....ada 1 je, tu pun utk contoh je!


Nampaknya color ni dah jadi pilihan customer dr Kelantan pulak tp yg ini dah jadi milik org tau....tunggu Ina pi cari kain dulu ye....saboooorrrr....Ina pun berkenan dgn kuning lembut ni....very cool youuuu!

Paling top!!!

TERIMA KASIH SEMUA CUSTOMER KU YG MENYOKONG KU SELAMA INI.  SEMOGA ANDA SEMUA BERPUASHATI DGN HASIL TANGANKU.