31 Januari 2011

TEMPAHAN PELANGGAN

Assalamualaikum semua, nampaknya baru hari ini saya berkesempatan melihat blog saya yg sudah lama tak di update kan kerana lebih mengutamakan facebook sahaja.  Kini, saya akan mulakan kembali lembaran baru. 

Sehingga kini saya banyak menerima tempahan untuk membuat bantal hiasan.  Kepada sesiapa yang berkenan bolehlah pm kepada saya.  Harga ikut jenis kain.

Jom lihat hasil tangan saya ini.

 Kombinasi yang serasi.

Bantal hiasan pelbagai saiz...boleh juga dibuat souvenir untuk para tetamu pengantin yang hadir. Diletak sebiji manik di tengah2nya.  Bantal saiz besar sesuai dihias atas sofa, kereta, bilik tidur, pelamin dan mcm2 lagi.

Kombinasi satin plain + cotton bunga.

Pandangan lebih jelas.
Boleh juga dibuat keychain.

Terdapat dlm pelbagai warna.
Satin kuning.


 ******************************************************************
SARUNG BANTAL 4 SEGI

Ini bantal 4 segi (13 x 13 inci).  Sarung sahaja ye... Bahagian tepinya dihias dengan manik berantai. Harga juga ikut jenis kain.  Satin ini agak mahal...order dari orang Sabah.

 Pandangan hadapan.  Corak empat segi tenggelam timbul.

Pandangan belakang, dijahit zip.

Sarung bantal 4 segi saiz 13 x 13 inci.

Nanti saya tunjuk pattern yang lain pulak ye.

Pandangan lebih dekat lagi.

 Bantal bulat & sarung bantal saiz normal 4 segi yang ditempah oleh Liza, orang Kamunting sempena Hari Perkahwinannya.  Jenis satin kualiti yang memang menarik warnanya.

Sepasang bantal bulat saya buat sekali dengan kekabunya.  Ada sulaman comel bunga ros (sulam tangan) di tengah2nya khas untuk Liza. Ini corak nenas...yang terbanyak sekali ditempah pelanggan.
Pandangan dekat.

 Pandangan lagi dekat.

Sulaman tangan pada sarung bantal 4 segi.

Saya juga sempat merakamkan gambar di bilik pengantin Liza.  Begitu anggun Liza pada hari tersebut.  Semoga berpanjangan jodohnya.
.
SARUNG BANTAL BIASA - ROPOL

Sarung bantal normal 4 segi.  Juga disulam ringkas pada setiap bucunya.

Pandangan penuh di hadapannya.

Dijahit zip di belakangnya.

Sulaman ros pada bucunya.

 Sepasang bantal bulat corak nenas tempahan dari Melaka. Satin kualiti warna light brown.

Pandangan dekat.

********************************************************************

BANTAL PELUK COMEL

Bantal peluk comel (sekali kekabu).  Satin biasa warna gold.  Corak ombak.

Tengoklah dekat2 ye...

Pandangan dekat butang tengahnya.
Ombak beralun.

******************************************************************

BANTAL BULAT

 Bantal bulat corak tikar, satin biasa yang dahpun jadi milik orang.

Kuning diraja.

Pandangan dekat.

Kain satin memang sesuai untuk bantal hiasan begini.

Bantal bulat biru gelap corak labu.
Memang nampak montel corak ni.

Pandangan sisi.

 Pandangan hadapan.  Butang tengahnya warna putih.

Satin biasa harganya agak murah sikit.

 Satin biasa warna seakan2 gold.  Tempahan rakan lama dari Penang.

Corak nenas jadi pilihan.

 Masih lagi dengan corak nenas.  Satin biasa & jenis lembut.  Harga berbeza ikut jenis kain.  Order dari orang Selangor dan KL.

Kain bunga jenis lembut.  Menggunakan kekabu yang agak banyak.

Pandangan dekat.

Pandangan dari sisi.

 Satin kualiti merah cili jadi pilihan Kak Wan dari KL.

 Menarik juga warna ni.  Corak nenas jugak...

2 pasang untuk Kak Wan.  Terima kasih Kak Wan ye...lain kali order la lagi...

Satin biasa...corak nenas untuk Kak Ani dari Kamunting.

Pandangan hadapan.
Order dari Siti, KL. Satin biasa warna cream & koko.
 Warna kegemaran ramai.

Sorry, gambar kurang jelas.  Koko gelap jadi pilihan Kak Wan.  Terima kasih kerana order lagi.
 2 pasang untuk Kak Wan.

Order dari orang Selangor & Negeri Sembilan.
 Jenis kain lembut, order dari Kak Murni, Selangor.

Lega bila dah siap...tunggu nak pack je ni...  Corak labu & nenas.
 Corak labu order dari Siti NurAfina, Negeri Sembilan. Satin kualiti & satin biasa.

Warna pilihan Siti.  Tahniah kerana dah selamat diijabkabulkan.
 Suka tengok kedut2nya tu.  Hijau pucuk pisang.

Satin biasa, pink gelap.
 Memang mcm labu.

Sarung bantal 4 segi 13 x 13 inci, satin biasa, corak tikar order dari Kak Ani, KL
.
Murah sikit dari satin kualiti.
 Dijahit manik di sekelilingnya.

Satin kualiti hitam jd pilihan Pn Dayana, Selangor.  Terima kasih ye.
Butang tengahnya corak polka dot.  Memang menarik.
Pandangan dekat.
 Order lagi dari Kak Murni. Koko gelap.

Butang tengahnya corak kotak2.
 Untuk para pelanggan ku.  Semoga anda semua berpuas hati dgn hasil tangan ku.  99% jahit tangan.

Jenis cotton, pilihan Kak Murni dari Selangor.
Corak bunga kecil2.
Yang ini pula order dari rakan lama, KL.
Pandangan dekat. Satin kualiti, warna kuning ubi.
Yang sempat disiapkan.

 *********************************************************************
BANTAL PELUK COMEL
Saiz 12"(H) x 9"(Dia)

 Corak bunga lawang + labuci n manik.

Satin putih.  Pandangan dari atas.

Pandangan pada badannya. Manik dijahit berselang seli.  Sesuai sekali utk hiasan pengantin.

Zoom lagi dekat.

Hias kuntuman bunga polka dot + butang. Ina suka warna hitam putih gini.

Kena bijak pilih warna baru nampak anggun.

******************************************************************

KEYCHAIN
Saiz 2" x 2"

Hias manik berantai di sekelilingnya.

 Satin biru langit.  Nak buat bantal besar pun boleh.
*******************************************************************

SARUNG BANTAL 4 SEGI
Saiz 13" x 13"

 Corak polka dot. Kombinasi yang serasi.

Belum dicantum lagi.








2 ulasan:

  1. salam...
    sis, pm harga utk Bantal bulat corak tikar...nk order utk tunang..
    email nurulasmazulkifly@gmail.com
    terima kasih...URGENT..

    BalasPadam
























































































  2. wsslm

    Akakk dah PM dlm fb ye


    BalasPadam