KEK BUAH
sumber: dayangjack
Bahan
A : Loyang 20-22 cm (Loyang besar)
360g
tepung gandum (ayak 3 kali)
2 camt
baking powder (diayak)
1
camt soda bikarbonat (diayak)
1/4
camt serbuk kulit kayu manis – opt
125ml
jus oren/2 camb sunquick + air (bancuh)
Pewarna
kuning…jika guna gula halus (klu guna gula perang x payah buh warna ni)
Bahan B :
250g
mentega
250ml
susu cair
170g
gula kastor (guna gula perang lagi cantik)…ina guna 160g gula halus
2
camb susu pekat manis atau golden syrup
300g
mix fruits (dihiris halus atau dicincang)…ina guna 150g aje!
Bahan untuk taburan :
30g
badam cincang - optional
Cara-cara
:
- Bahan B : Satukan semua bahan kecuali mix fruits ke dalam periuk dan masak hingga larut dan sebati. Tutupkan api dan terus masukkan mix fruit. Gaulkan. Selepas itu, sejuk/rendamkan selama 4 jam atau boleh juga disimpan semalaman.
- Bahan A : Ayakkan kesemua bahan kecuali jus oren ke dalam mangkuk pengadun. Kemudian dikacau rata. Barulah disatukan dengan Bahan B tadi. Sebatikan dengan senduk kayu atau spatula sahaja.
- Akhir sekali barulah dimasukkan jus oren. Kacau lagi hingga sebati.
- Tuangkan ke dalam loyang yang sudah disapukan dengan mentega dan ditaburkan dengan sedikit tepung (jika suka, guna loyang yang mempunyai lubang di tengahnya atau loyang chiffon supaya kek masak sempurna dan tidak mendap di bahagian tengahnya).
- Kemudian taburkan badam cincang jika suka.
- Bakarlah selama 50 minit atau 1 jam atau sehingga masak pada suhu 160-170C (kepanasan suhu bergantung pada jenis oven masing-masing).
- Setelah masak, keluarkan dari oven. Sejukkan terlebih dahulu sebelum dikeluarkan dari loyang dan dipotong.
Alhamdulillah....berkat kesabaran & tak putus asa....setelah kali ke 4(cuba pelbagai resipi) barulah menjadi Kek Buah ina ni. Terima kasih dayang.
Tak guna telur pun...menjadi rupanya.
Ina bakar dlm loyang ni je.
Anak2 pun suka kek ni.
Nanti nak buat lagi...teruja pulak...hihihi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan