Satu lagi corak terkini yang sempat dibuat. Corak yg ini memang rumit sbb saiz kotak setiap corak adalah 1.5cm...ratusan garisan terpaksa ina lakarkan...fuhhhh! loya dibuatnya. Mengambil masa lama utk menyiapkannya. Kesabaran yg tinggi amat perlu di sini. Sesiapa yg pernah membuat smocking begini tentu tahu betapa sukarnya utk menjahit sulaman ini. Sekali pandang mmg nmpk mudah tapi....hakikatnya bg mereka yg pernah membuat sendiri akan rasa keperitannya. Alhamdulillah sehingga kini ina masih dpt mengharungi semua ini. Smoga Allah memberi kesihatanku yg baik sentiasa. Aminnnn.
Light purple color. Lembut je warnanya.
Customer dr Pahang.
Kepuasan terasa setelah dpt menyiapkannya dgn sempurna.
Memang nmpk mcm tayar.
Kalau saiz coraknya besar tak nmpklah seninya dan kuranglah cantik jadinya. So anda bolehlah nilai sendiri harga dgn hasil tangan yg ina buat ni. Setakat ni Alhamdulillah sgt2 kerana semua customer berpuashati....tkde yg komplen.
Sayangnya sulaman camni sekarang tidak ramai yg warisi. InshaaAllah Ina akan turunkan ilmu ini kepada anak2 Ina yg berminat. Ina dpt ilmu ini pun....setelah suami beriya2 bg galakkan. Tkde tok guru pun cuma tgok dan belek2 lakaran buku yg tak berapa lengkap...then try buat sendiri....syukur Allah membantu otakku ini berjaya akhirnya.
Alhamdulillah Allah masih memberikan kesihatan yg baik utkku hasilkan semua ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan