Memandangkan Ina cuma dua beradik sahaja jadi menjadi tanggungjwb Ina sbgi anak perempuan sorang untuk menjaga mereka. Alhamdulillah juga Ina dikurniakan suami yang faham dan prihatin dengan situasi ini. Syukur Ina duduk berdekatan dgn rumah ibu.
Setelah beberapa lama tergendala dengan keadaan ini, kini Ina bangkit semula untuk menjalankan aktiviti2 yang Ina minati. Dah lama tak menjahit rasanya. Rindu sangat2..
Di bawah ni Ina sempat mencuri masa menjahit beberapa buah Pencil Case utk anak2 Ina ke sekolah sempena 2012. Alhamdulillah Ina rasa cukup puashati dengan hasil rekaan sendiri. Semua gambar & tulisan yang ada tu Ina sulam tangan je. Tak guna mesin tau! Ina guna kreativiti sendiri dengan melihat beberapa tutorial dlm laman web di internet.
Yang ini adalah utk anak Ina dlm Tahun 2, Muhammad Alif Najmi.
Minat sangat dengan gambar kereta.
Ini pula utk Muhammad Izwan Hakim, Prasekolah. Saiz sederhana. Minat dengan 'Angry Birds' so Ina buat la satu untuk dia. Suka bukan main lagi.
Cantik tak yang ini? Saiz besar. Ini untuk Nur Ain Shuhada dlm Tahun 6, mintak Ina sulam namanya besar2, senang nampak katanya...hihihi
Gambar ni Ina sulam di belakang pencil case Ain tadi. So kedua2 belahnya ada sulaman. Guna benang DMC.
Yang ini pula untuk Ina la... sulam gambar kapalterbang. Saiz besar. Jenis kain jeans. Dilapik pulak lagi dengan interfacing...bagi keras gitu...barulah cantik, kan?
Ina guna zip yang berkualiti. Kepala zip tu Ina sangkut dengan chain berhias 'love', Ain nak mcm tu. Di kedua2 hujung zip tu Ina kemaskan dengan tampal sikit kain utk sedap dipandang.
Di sebelah belakang pencil case Alif, Ina sulamkan namanya besar2, senang nak cari jika tercicir.
Ada jugak yang serupa dengan namanya so Ina tambah Najmi di bawahnya.
Saja buka zipnya...sorry kabur sikit gambar ni.
Haaaaa....buka lagi besar zipnya. Tengoklah sendiri memang boleh isi byk benda, itu botol gam cair yang bersaiz besar tau! memang muat dok dlm tu..hihi. Ain memang suka pencil case yang bersaiz besar. Kalau boleh nak laaaaagi besar...oppps pengsan.....
Sulam gambar 'teddy bear' di belakang pencil case Izwan. Ok tak? Ada sesape berkenan boleh la inbox kat Ina.
Ina punya...gambar penuh utk tatapan anda semua. Ina suka warna hitam.
Pandangan dekat pemegang pencil case. Ina guna 'ring' kat situ. Jahitan mesti kukuh almaklumlah...anak2 kecil ni lasak sikit.
Ini isi dalam pencil case Alif, sikit je barang dlm tu sbb tak berapa pandai nak jaga harta sendiri...selalu je hilang pencil...geram dibuatnya.
Sederet hasil tanganku sendiri. Terima kasih sangat2 pada mereka yg sudi bg tutorial tu. Kini memang jd kenyataan bhw 'aku memang boleh buat'. Anda juga boleh buat jika ada kemahuan dan minat.
Ini Nurul punya. Hias 'lace' kuning kat situ. Sulam gambar ikan, biji matanya Ina guna manik besar. Ehmm...rupa2nya guru kelasnya minat dgn pencil case ni. InsyaAllah jika ada kesempatan Ina akan buatkan satu untuk cikgu ye...
Di belakangnya Ina sulam gambar burung terbang.
Saja nak tunjuk kepala zip tu. Gambar mickey mouse. Ina berkenan sangat.
Isi dalamnya belum penuh lagi tu....tunggu....!!!
Ain dan Nurul punya.
Sekarang dah gemuk pencil case tu...penuh dengan pensel warna.
Projek mula2 nak mencantum mesti kena sulam dulu.
** NOTE: Ina rujuk dr laman web ni:-
http://jedicraftgirl.blogspot.com/2013/06/my-favorite-zipper-pouch-tutorial.html
Tiada ulasan:
Catat Ulasan