27 Februari 2013

APAM SALJU


SUMBER: mat gebu
 
BAHAN-BAHANNYA :-)

2
cawan nasi
2
cawan tepung gandum
2
cawan tepung beras
1
cawan gula perang (brown sugar) - ina tak guna
3/4
cawan gula pasir ( Ina guna 1 1/4 cwn )
2 1/2
cawan air
2
camca teh instant yeast (mauripan)
Kelapa parut + secubit garam, gaul rata
Pewarna jika nak buat warna-warni

CARA MEMBUATNYA :-)

1. Kisar nasi,air dan gula sampai sebati.
2. Dalam satu bekas, campur tepung beras, tpg gandum
    dan yis, gaul rata + no. 1  tadi gaul sebati. Tutup dgn
    tudung dan perap 3 jam.
3. Panaskan kukusan, balut penutup kukus dengan kitchen 
    towel bersih. Sapu acuan apam dengan sedikit minyak.
    Sudukan adunan apam tadi 3/4 atau hampir penuh.
    Kukus 5 minit sejukkan.
4. Hidang dengan parutan kelapa tadi....

*******************************************************************************
 
 Maaflah ye, gambar tak berapa clear....guna h/set murahan je.  Kamera yg rosak tu belum berganti lagi...huhuhu!  Mmg niat nak pi cari jugak.  In Shaa Allah.

Pelbagai acuan ina guna.  Saja buat corak2 mcm tu. Bubuh je penuh2...takkan melimpahnyeeee....hihihi

Guna cup seri ayu pulak...ini adunan yang belum masak ye.

Haaaa....yang ini dah masak....masih panas lagi tau!  Buat kaler biru n putih.  Kalau nak kasi 'merekah'..   En. Mat Gebu kata kena guna api besar.

 
 Seronok pulak buat apam ni. 1st time buat terus menjadi.  T.kasih byk2 le en. mat ye...  Dah byk jugak la resipi yang ina ambik dr blog en. mat dan yg pastinya....MENJADI!!!!  Lepas ni nk try yang lain pulak.  Rasa2nya nk try buat Apam Bakar pulaklah.
Seronok tengok bila dia naik kembung gitu.  Anak bongsu Ina mmg suka apam ni.  Sekali makan 5-6 ketul habis.  Tak sabar2 nk tunggu sejuk.

 Yang ini kukus kali ke-2.  Kiranya 1 adunan tu kena 2 kali kukus leeee.

 Tak sempat nak kira dpt berapa biji.  Lain kali...buat kena bilang.  Ini time rajin... tu yg bubuh dlm cup kecik2, klu penyakit 'M' dtg hentam je lah dlm loyang besar...hahaha.

 Ina suka sangat dgn kaler hijau ni.  Naiknya pun cantik je.

Alahai....kesiannya....nak la tunjukkan rongga2nye tu...tp kelabu la pulak.  Tak pe...kita tunggu je 1 masa nti.  Dah dpt kamera baru kita posing sakan.  Gerammmm.... ni.
 
Nampak tak rongga2nya?  Klu ada rongga2 mcm tu...kiranya apam kita menjadi la tu!
 Apam ni tak senyum ye.  Dia suka licin...gitu.

 Ina buat apam ni dah pukul 8.00 mlm...so takde la kelapa parutnye.  Makan mcm gitu je...sedap jugak!
Yang mana cantik?

Biru putih.

 Kena gris cup tu ye supaya apam keluar nti pun kelihatan cantik je...tak le melekat2.

Anda try la resipi ni...pasti tak mengecewakan.

Cantik jugak guna acuan seri ayu ni.  Nak hias kelapa parut pun senang, just letak je kat tengah2nya tu.

Apamku yg lembut hingga keesokkannya.  Percaya tak?  Klu tak percaya, cuba la sendiri.  Selamat mencuba....

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan