20 Februari 2013

MENGEJAR ILMU

SATU PERMULAAN HIDUP BERDIKARI

Alhamdulillah pada 13 Februari 2013 (Rabu) bermulalah detik hidup berdikari anak sulung ku di tempat orang.  Mengejar ilmu yang dihajati.  Awal pagi lagi kami sekeluarga bersiap2 menghantarnya ke MRSM Pengkalan Hulu yg memakan masa selama 2.30 jam perjalanan.  Rupanya dekat sgt dengan pekan Baling, Kedah...kira2 10km ke sana.  Klu nak shopping pun eloklah ke sini saja wlp tak sama dengan Taiping.

1 lokasi perjalanan menuju ke MRSM Pengkalan Hulu, memang agak jauh...kelihatan hutan di kiri kanan jalan tp aku suka suasana begitu...tenang dan damai.  Kalau malam agak menakutkan.

Beginilah rupanya pekan Pengkalan Hulu...taklah besar sangat.  Ramai org Siam je aku tengok.  Pergi kedai makan pun org2nya saja...tp ok la..  Nak cari bank BSN pun agak susah....rupa2nya cuma ATM GIRO servis je ada kat sana..dekat dengan masjid. Syukur...adalah jugak.


Singgah solat di masjid Pengkalan Hulu.  Cantik dan masih baru nampaknya.  Memang selesa.

4 tingkat bangunan asrama lelaki berwarna biru manakala asrama perempuan berwarna maroon.  Syafiq di tempatkan di tingkat 1. 1 bilik 8 orang. Kebetulan pula dia sebilik dengan seorang rakan sekolahnya dulu. Mereka juga berkongsi bilik bersama 4 orang pelajar lama di sana. Orang Kelantan dan Selangor pun ada.

Syafiq dan ayahnya sedang mengemas pakaian ke dalam almari...alahai...almari agak sedih sikit, kunci pun dah tercabut...so terpaksalah aku belikan mangga untuk keselamatan. Ayahnya lebih sibuk daripada aku nampaknya.

Adik2 Syafiq sibuk berposing di luar bilik.  Kecik2 lagi (thn 1 - 5).

Tengoklah Izwan tu...tersengih smpi tak boleh buka mata....hihihi.  Ayah pulak masih bz mengemas almari.  Aku...biasa la...tukang ambik gambar.  Gambar ni pun guna h/phone je......huhuhu sbb tu la gambar tak berapa cantik...almaklumlah h/p murah.... Sebenarnya aku ada bawa kamera tp sedih la...buat hal pulak...tak boleh snap. Nak kena beli baru la tu...hemmmm.

Sorry kelabu sikit.  Kenangan bersama Syafiq.

Syafiq bersama 3 orang adiknya.


 Hai...dah penat Alif rupanya almaklumlah masa ni dah pukul 2.30 tp masih tak pegi makan tengahari lg.  Nurul tu bukan main posing...terpejam2 dibuatnya.

Pejam mata lagi....kakak dok belek apa tah le...

Izwan suka sangat main kat tembok ni.....penat betul aku terjerit2 menegur 2 beradik ni.  Tak mau dok diam.

Kenangan Syafiq semasa lawatan ke masjid Putrajaya.

1st time masuk masjid Putrajaya.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan