27 Februari 2013

IKAN MASAM MANIS

Masakkan ni adalah hasil tangan suamiku.  Beliau memang pandai memasak.  Kalau time rajin, selepas je ambik ina dr sekolah....smpi depan pintu rumah...hmmmmmm....sedapnya bauuuuu....rupanya beliau dah siap masak.  Wlupun dah pukul 3.30 ptg, beliau dan anak2 setia menunggu untuk makan bersama.  Memang berkat keluarga makan bersama setiap kali tiba waktu makan.  Jangan diabaikan jika ada kesempatan.  In Shaa Allah selamat dan bahagia rumahtangga.

Resipinya main agak2 je.

Ikan merah - bersihkan + garam kunyit - goreng

Utk Sos:

Sos cili
Sos tomato (jika suka)
Lobak merah - potong mcm dlm gmbr
Bunga kobis
Bawang merah
Bawang putih
Halia
Garam
Sedikit air
Daun sup dan bwg

Cara:

1)  Tumis bawang2 + sos + air dll - mendidih - ketepikan.
2)  Susun ikan dlm pinggan - curahkan sos tersebut.
3)  Hias daun sup dan bwg.

 


Ikan merah masak masam manis.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan