20 Mei 2011

PANCAKE PISANG

Sangat puashati mencuba resepi kak hanieliza ni.

Memang gebuuuu... 

Sedap lagiiiii.......

PANCAKE PISANG 
sumber hanieliza


BAHAN:

8 biji pisang berangan [lecekkan hancur]
1 s/k garam
1 s/b gula
2 s/b susu tepung
1 biji telur
1 cawan tepung gandum ]
1 s/k soda bikarbonat ] ayakkan
sedikit majerin

CARA: 

1. Gaulkan pisang dengan garam, gula dan telur. Kacau rata.
2. Masukkan susu tepung dan juga tepung gandum dan soda bikarnonat yg telah diayakkan.. Gaulkan rata.
 3. Panaskan pan non-stik dengan api paling minimum.
4. Lenserkan dengan majerin sikit dan letakkan 1 senduk adunan dan ratakan sikit.
5. Tutupkan non-stik pan dan terbalikkan bila nampak kekuningan.
6. Terbalikkan adunan supaya masak kedua belah.
 7. Angkat dan hidangkan bersama dengan madu.
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan