19 Mei 2011

PUDING ROTI

 Resepi ambik kat myr tapi tak ingat siapa nama tuan empunya.

Macam bunga api la pulak.

Yang ni buh dalam tupperware, nak bawa bekal ke sekolah.


PUDING ROTI

BAHAN:

10gm agar2 strip - rendam dulu
4 @ 5 kpg roti gardenia (atau ape2 jenis pun boleh)
3/4 @ 1 cwn gula (ikut manis)
1000ml air
200ml susu cair (1/2 tin)
1/2 cwn susu pekat
1 cams planta
1 bj telur - pukul sikit
1 camt esen vanila
Pewarna 

* Nak buh milo sahaja pun boleh

Cara ina: Ina suka buat agak lembut sikit, ina guna 1400ml air + 200ml susu cair. Kalau tak de susu cair...guna air sepenuhnya pun tak per...sbb susu pekat dah ada.



CARA:

1. Masak agar2 + 800ml air smpi mendidih + gula.

2. Dlm blender dimasukkan baki 200ml air + susu dll bahan kecuali pewarna - KISAR.

3. Tuang ke dlm agar2 tadi - kacau sampai agak pekat. (masa ni nak bubuh milo sahaja pun boleh...so pewarna tak perlulah lagi ye...namanya Puding MILO lah pulak).

4. Angkat. Tuang ke dlm loyang yg dibasahkan terlebih dahulu.

5. Titikkan pewarna...lorekkan dgn lidi...buatlah mcm mana corak yg dikehendaki.

6. Sejukkan dlm peti ais.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan