Semasa Hari Sukan sekolah di SK.Taiping. Alif masih di Prasekolah (5 tahun). Saja bagi dia biasakan di alam persekolahan. Dia kata; "penat la bangun awal pergi ke sekolah, tidur lagi best". Adoiii....pening kepala dibuatnya sebab letih nak kejut awal pagi.
Di bawah ni adalah gambar terkini Alif, usia 8 thn. Skrg Alif aktif dengan sukan gimnastik artistik sbgi wakil peserta Negeri Perak. Baru2 ni dia telah memenangi 3 pingat dlm Kejohanan Gimnastik Artistik Remaja Siri 1/2012 kategori 7-8 thn yang diadakan pada 5-7 Oktober 2012 yang lalu di Stadium Kompleks Sukan, Bukit Jalil. Memang Ina tak sangka sama sekali di atas kejayaannya itu kerana ada beberapa acara yang belum pernah dia lakukan selama sesi latihan. Tiba2 semasa pertandingan dia dpt melakukannya...huhhh! sungguh terkejut sekali!! Ina amat risau melihatnya ketika itu. Takut cedera!!!!
Alhamdulillah berkat kesabaran dan kerajinan yg ditunjukkannya selama ini telah membuahkan hasil. Tetapi...ada seperkara yang agak mengecewakan hati Ina dan beberapa org ibubapa peserta dari SKKE VII (I), pemergian mereka ke Kejohanan yang lalu tidak mendapat perhatian dpd Guru Besar sekolah. Sungguh kecewa kami rasakan. Mungkin tanggapannya bhw anak2 kecil ini tidakkan menyerlah bakat mereka kerana yang terlibat cuma 3 org sahaja manakala selebihnya dari SK.KG.JAMBU. Wlupun surat pelepasan sudah diterima namun Guru Besar tidak memberi keizinan utk pergi. Oleh itu, kami sbg ibubapa prihatin, sebulat suara mengizinkan anak masing2 ponteng sekolah pada hari2 yg terlibat.
Kami amat2 berterima kasih sekali kpd guru2 pengiring SK.KG.JAMBU yang sudi menjaga dan menunjuk ajar anak2 kami selama berada di sana. Alhamdulillah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan