SEPRAH OREN 1
Projek yang masih belum siap lagi (dihujungnya). Kalau nak lebat kenalah tambah lagi coraknya.
Ada juga Ina tengok sulaman cuma dibuat pada dua bucu sahaja so jimatlah sikit.
SEPRAH OREN 2
Yang ini pun tak siap juga. Sebenarnya dah lama Ina tak sentuh kain ni. InsyaAllah kalau
ada kelapangan nanti Ina sambung kembali.
SEPRAH PINK
Corak yang Ina suka sangat sebab mudah nak jahit. Warna pink & biru adalah padanan warna yang serasi.
SEPRAH PUTIH
Seprah ni Ina jahit semasa usia 19 tahun. Masa tu tak pandai lagi nak sulam. Sebenarnya kena jahit jarang sikit tapi Ina hentam jahit rapat-rapat. Walau bagaimanapun Ina tengok macam cantik je...perasan sendiri. Silapnya Ina guna kain putih. Dah takut nak alas...sayang oiii kalau kena kari...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan