21 Oktober 2009

SULAMAN TUDUNG


SULAMAN TANGAN

          Sulaman adalah salah satu cabang seni jahitan yang amat aku gemari.  Sebenarnya dah lama aku mengikuti perkembangan dunia sulaman, sejak dibangku sekolah lagi cuma aku tak praktikkannya sahaja.
          Satu hari, aku terpanggil untuk melihat di internet.  Wow! macam-macam ada.  Aku pun teruja la seketika.  Rupa-rupanya ramai yang buat duit dengannya. Aku rasa tak rugi aku berjinak-jinak dengannya semula.  Kini, aku dah menyambung kembali hobiku ini.
          Kalau bab mereka corak, aku rasa taklah sukar sangat sebab aku minat dalam bidang ni. Mungkin anugerah Allah SWT aku dipermudahkan untuk mendesign apa saja corak.  Alhamdulillah...  Oleh itu aku sedia perturunkan ilmu kepada mereka yang sudi.  Pertama-tamanya aku menzahirkan bakat ku itu di tempat kerja dengan membuat bingkai di papan-papan kenyataan, dalam makmal dan di bilik bertugasku sendiri.  Setiap kali aku bertukar ke sekolah lain sudah pasti aku cuba membuat sedikit perubahan untuk menceriakan suasana di sana.  Aku berpuashati kerana mereka sukakan dengan design yang aku hasilkan. Aku juga suka membuat lakaran kata di ruang dinding kosong disertakan dengan ukiran corakku sendiri. Aku cuma menggunakan polisterin berwarna.  Sebenarnya ini dikategorikan sebagai kraftangan.
          Berbalik kepada cerita sulaman tangan tadi aku ada la juga menyulam sebagai koleksiku sendiri je.  Tetapi pernah juga aku menerima tempahan tidak lama dulu.  Aku tak boleh ambil banyak tempahan kerana tersekat dengan waktu bertugas.  Itupun aku menyulam ketika masa lapang sahaja.  Maklumlah anak ramai dan masih kecil-kecil lagi.  Usia anak-anakku antara 3 - 12 tahun (5 orang semuanya).
          Nak tengok hasil sulam yang pernah ku buat?  Jom...

Tudung Biru



Ina corakkannya secara berangkai agar nampak lebat.  Menjahitnya agak memakan masa sebab lebar sangat.  Ina suka menjahit pada tudung bawal sebab mudah dijahit dan cantik.  Ini tudung raya yang baru lepas.  Tu pun ada cikgu-cikgu yang nak tempah. Insya-Allah...kalau ada kelapangan.


Tudung Kuning



 

 Corak bunganya Ina tiru dari satu blog (dah lupa kat mana) tapi Ina draw sendiri tau, bukan copy  & paste.  Mohon maaf  kepada pemiliknya.  Halalkan ye sebab Ina dah jahit pun. Ina suka dengan corak bunganya tu.

Tudung Putih

 
Corak yang ini Ina reka sendiri.  Ina memang suka sangat dengan corak bunga ros sebab bentuknya
bulat-bulat macam ulat.  Nak jahitpun taklah susah sangat.  Kalau jahit atas tudung warna putih atau
hitam memang mudah sebab matching dengan apa saja warna.  Ada juga yang bagi cadangan supaya  menyulam guna manik pulak  Insya-Allah Ina akan cuba pada masa akan datang.  Sekarang ni terhenti seketika sebab mood dah kurang.

 Tudung Ungu

 

Nampak sebam sikit sebab warnanya tak mengancam.  Masa tu Ina dah kehabisan benang yang sesuai so hentam sajalah baki benang yang ada tapi hasilnya tak berapa memuaskan. Nyesal....

Tudung Jingga

 

 


Ini tudung lama tapi ditambah sulam bunga sebab asalnya kosong je.  

 Tudung Hitam






Coraknya simple je, jahit setompok-tompok sebab mataku tak nampak lakaran yang dibuat atas kain tu.  Hitam pekat so...takkan nak pakai kanta kot.

Tudung Hijau Kuning



 

Bunganya tak lebat sangat sebab sulaman asal dah ada di bahagian tepinya.  Jadi Ina tambah
di bahagian tengahnya je.  Kalau lebat sangat pening pulak orang lain tengok.







         

Tiada ulasan:

Catat Ulasan