21 Oktober 2009

TAT NANAS

Biskut ni memang kesukaan my family.  Ina dah cuba pelbagai resepi tat sebelum ni tapi yang inilah yang Ina rasa paling sedap.  Resepinya dari Kak Liza.  Terima kasih kerana ikhlas memberi resepi ni.  Siap ada yang suruh Ina ambil tempahan.  Tengoklah kalau Ina mampu boleh gak sahut cabaran rakan-rakan di sekolah (tempat kerjaku) tu.  Resepinya:-

TAT NANAS



BAHAN

250gm/1 kiub butter
70gm gula icing
1 bj kuning telur
1 camt esen vanila
50gm tepung jagung
350 tepung gandum
Hiasan: kuning telur

CARA:

1.  Pukul butter dan gula. Masukkan telur dan esen vanila. Pukul sampai sebati.
2.  Ayak tepung2 dan masukkan ke dalam adunan butter tadi.
3.  Uli menjadi doh. Tekan dengan acuan tat gulung, bubuh inti dan gulung.  Sapu kuning telur di atasnya.
4.  Bakar 20 min.


* Ina lebih suka guna acuan semperit ulat bulu kerana saiznya tak terlalu besar...senang nak masukkan ke dlm mulut.  Maklumlah...biskut ni gebu takut nanti bertabur semasa makan.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan