Biskut nestum ni resepi asalnya dari mat gebu, mohon halalkan ye mat... nama resepinya IRISH COOKIES. Aku cuba semasa raya yang baru lepas. Emmm...sedap! Terima kasih mat sebab resepi yang anda bagi memang menjadi setiap kali dicuba. Ni dia resepinya (aku ada ubah sikit je):-
BISKUT NESTUM
BAHAN A
200gm butter/planta
130gm gula castor
1 bj kuning telur
1 camt esen vanila
BAHAN B
1/2 camt baking powder )
200gm tpg. gandum )- diayak bersama
100gm tpg. ubi )
40gm nestum - kisar kasar (nak guna cornflakes pun boleh gak)
Hiasan: ikut suka (nak celup dengan cooking choc. pun boleh)
CARA:
1. Pukul butter dan gula. Masukkan telur & esen vanila pukul lagi sampai sebati.
2. Masukkan tepung dan nestum. Uli menjadi doh.
3. Canai dan terap dengan acuan. Hias ikut kreativiti sendiri.
4. Bakar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan