SEMPERIT
(setiap kali raya wajib buat)
BAHAN
1 cwn gula icing
250gm butter
1 bj kuning telur
1 camt esen vanila
2 cwn tpg. kastad
1 1/2 cwn tpg. jagung (tambah lagi jika adunan lembik)
1 1/2 cwn tpg. gandum
Ceri merah utk hiasan
CARA
1. Pukul gula dan butter. Kemudian masukkan telur & esen vanila. Pukul lagi sampai sebati.
2. Masukkan tepung2 yang telah diayak dan uli menjadi doh.
3. Tekan dengan acuan semperit dan hias dgn ceri.
4. Bakar
*Nota: jika lembik tambah tepung jagung.
(Ina guna senduk kayu je untuk membuat sebarang jenis biskut)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan