23 Oktober 2009

SEPRAH/KAIN ALAS

SEPERAH/KAIN ALAS

          Seprah adalah kain alas untuk hidangan makanan.  Ianya sangat terkenal pada zaman dahulu.  Selalunya digunakan dalam majlis keraian seperti kenduri kahwin, pertunangan dan sebagainya.  Nampaknya sekarang ini sudah tidak ramai menyambung warisan ini mungkin disebabkan kerja menyiapkannya agak rumit.  Maklumlah nak kena sulam tangan terlebih dahulu.

          Pada zaman sekarang serba serbi canggih.  Jadi tak perlu susah-susah nak mengeraskan jemari menyulam guna je mesin 'janome' tu...macam-macam corak boleh dibuat.

          Walaubagaimanapun aku percaya hanya mereka yang cintakan seni ini sahaja yang sanggup mengorbankan masa untuk membuatnya.

          Di bawah ni adalah sebahagian daripada projek ku.  Kebanyakan coraknya adalah design aku sendiri.


SEPRAH BIRU




Kalau baru nak belajar menyulam eloklah buat corak yang mudah-mudah macam ini
(ketika Ina mula-mula berjinak dengan sulaman tangan).  Ina guna reben je untuk hiasan tepi kain.


SEPRAH HIJAU


Sehelai seprah selalunya Ina sulam dengan 2 corak bunga di bucunya.  Ina sulam pada keempat-empat bucunya sekali.  Barulah ada kepuasan.  Ina belajar menyulam ni bergurukan dengan buku sahaja.  Ina pinjam dari library sekolah dan buat fotokopi. 

SEPRAH JINGGA


2 corak pada sehelai seprah.


Ini corak yang Ina suka tapi perlu kesabaran nak menyulamnya.


Corak yang simple sesiapa pun boleh membuatnya.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan