21 Mei 2013

KEJOHANAN GIMNASTIK ARTISTIK 2013

Di sinilah dewan latihan gimnastik anak2ku berlatih setiap hari kecuali Sabtu dan Ahad.  Tanpa jemu suamiku menghantar anak ke4 dan ke5 dtg berlatih jam 3-6 petang.  Jurulatih mrk diimport dari China, sgt prihatin dan rajin sekali. Aku kagum dgn kesabarannya melayan setiap kerenah pelajar2 yg kadang2 agak agresif.  Peringkat umur yg kecil2 ni mmg kurang fokus, apabila berlatih lama sikit mulalah....main2.

Suamiku mmg suka sgt melihat anak2nya cenderung dgn sukan ini. Hasil penat lelahnya menghantar dan mengambil mrk setiap hari terjawab kini apabila mrk berjaya memenangi beberapa acara dlm pertandingan. Baru-baru ini pada 18hb Mei 2013 yg lalu kedua2 anakku telah menyertai pertandingan zon larut matang dan selama sbg wakil sekolah.  Masing2 menggondol 4 pingat.  Alif telah terpilih sbg pelatih tetap MSN Perak.  Dia wakil tunggal dari SKKE VII (I) Taiping dan yg termuda sekali (9 thn).  Izwan pula pelapis baru (7 thn) akan ikut jejak abangnya juga....inshaaAllah.

Pusat latihan gimnastik Taiping.

Alif (9 thn) berjaya mendpt pingat dlm acara palang sejajar.


 Alif menjadi johan acara lantai.

Alif menjadi johan acara melombol.

Alif menjadi johan keseluruhan individu level 2 tertinggi mengalahkan pesaingnya yg usia lebih dpdnya.
Hari ni (21 Mei 2013 - Selasa) Alif terpaksa menjawab mid year exam di gym seorang diri.  Klu kwn2nya menjwb exam 3 hari tetapi Alif terpaksa jwb 1 hari shj.  5 m/pljrn teras kna jwb hari ni jugak kata ckgunya. Manakala subjek lain jwb selepas cuti sekolah nanti.  

Minggu ni Alif ada latihan intensif selama 4 hari kerana cuti sekolah nti dia akan bertanding dan membuat persembahan di Shah Alam.  Latihannya bermula dari pukul 8 - 5 petang.  

Peserta2 lain juga diwajibkan menjawab exam di gym tersebut.  Terharu pulak apabila melihat keprihatinan seorg guru membawa bekalan nasi utk sorang muridnya ketika menjawab soalan smlm. Guru dari SMK Hua Lian, Taiping sungguh mengambil berat.  Syabas cikgu!!  Jasamu dikenang.  Anakku pula MSN yg bekalkan nasi dari pagi smpi petang.  Terima kasih byk2.  Sekolah juga ada sumbangkan sedikit wang.  Alhamdulillah.


 Maaf gambar kelabu la...Izwan (7 thn) 1st time mencuba nasib menyertai pertandingan level 1.  Alhamdulillah dia mampu bersaing dgn rakan2 yang lebih tua dpdnya dan kelihatan paling kecil sekali. Pesaingnya agak ramai, lebih 10 org. Latihan tanpa jemu telah membuahkan hasil.

 Izwan seronok sungguh dpt pingat sbb dia tak sangka boleh menang.  Pesaing2nya tinggi2 belaka.

Nurul, anak ke3.  Dtg bersamaku memberi sokongan kpd adik2nya.
 
 Suasana dlm pusat latihan.

Ucapan perasmian oleh pegawai PPD, En. Sabri....org kpg suamiku...Bt.Kurau.

Para peserta sabar menunggu pengumuman pemenang.

 Cgu Norhayati, Pen.Kanan Ko-ko SKT.

 
 Izwan menunjukkan pingat kemenangannya.

 Baru 5 bulan berlatih.  Byk lagi yg perlu dipelajari.

 Izwan wakil tunggal SKKE VII(I).

 Rakan2 lain semuanya dari SKKg.Jambu.

 Org lain semua tinggi2 kata Izwan.

Semoga terus maju dan berjaya.

 Izwan seronok dgn kwn2.

 Bergaya konon....