Memaparkan catatan dengan label Apam Manis. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Apam Manis. Papar semua catatan

24 November 2014

APAM BALIK - msoreo myr

Dapat lebih kurang 10pcs saiz kecil
BAHAN:

2 cwn tepung gandum
1 1/2 cwn air/susu cair
1/2 cwn gula
1 biji telur A
1 camt baking powder
1/2 camt soda bikarbonat
1/2 camt esen vanila (ina tambah)
Garam
Pewarna kuning

*Inti: kacang tumbuk + gula + jagung krim dlm tin....nak buh kaya pun boleh...

CARA:

1.  Pukul gula dan telur sampai kembang dgn whisk.
2.  Campur air + soda + bp dll.
3.  Akhir sekali + tepung - kacau sebati.


*******************************************************************

Ina guna whisk dan senduk mcm ni. Adunan tak terlalu cair dan pekat.

Ina buh 3/4 senduk adunan....tak payah kacau ye.... biar smpi jadi buih2 cam ni.  Ina guna kuali non-stick saiz kecil.  Mmg nmpk comel sgt. Senang nak makan.

Bila dah agak kering sikit, tabur gula dan bhn inti yg lain.

Takde kacang tumbuk masa ni....so buh jagung krim dan gula je...huhuhu!  Sedap mkn klu buh jagung tu byk2.

Kemudian tutup dgn tudung mcm ni.  Sekejap je masaknya.  Jgn biar lama sangat tau! 

Angkat je kuih terus lipat ye.

Seronok sangat bila dapat buat sendiri.  Memang gebu adunan ni.  Terima kasih msoreo. 

Semuanya jagung meleleh2....hihihi


Gebuuuuu.....sangat!

Sekejap je habis.

Nanti nak buat lagi dan lagiiiiii..........

Kalau nak buat lempeng biasa pun ok jugak rasanya.  Cicah dgn sambal bilis...ehmmm tentu sedap!







20 Oktober 2014

SERABAI aka APAM MANIS

Ina memang suka sangat dengan kuih ni. Sedap bg tekak Ina.  Kegebuannya tu membuatkan Ina suka selain rasanya yang enak.  Sesuai la jugak bagi yg takde gigi....hihihi.  Resipinya Ina ambik dpd sorang blogger, tak ingat la pulak....mintak halal ye...

BAHAN:
250gm tepung beras
2 camt yis kering
2 camt baking powder

KISAR:
150gm nasi
175gm gula
450ml santan
1 1/2 camt garam
Pewarna hijau 

* 1 helai daun pandan untuk menggris

CARA :

1) Gaul semua bahan sampai sebati dalam 1 besen besar dan tutup rapat dgn tudung periuk. (Ina blend tepung bersama2 dgn bahan kisar - nak senang katakan...)

2)  Peram 2 - 3 jam biar sampai berbuih2...JANGAN KACAU YE!!

3)  Panaskan acuan dan griskan dgn sedikit minyak.

4)  Tuang adunan, biar smpi nampak berlubang2 dan kering sikit barulah ditutup dengan tudung periuk.

5)  Apabila adunan nmpk keperangan sekelilingnya, bolehlah diangkat.

NOTA:  
Adunan ni jugak boleh digunakan utk buat apam yg dikukus dalam cawan kecik2 tu sedap jugak tau!

**********************************************************************
Daun pandan digulung begini utk menggris pada acuan.


Ina isi adunan dalam bekas begini supaya senang nak tuang.


Inilah acuan serabai yang digunakan.  Baru dapat Ina cari kat pasar Changkat Jering, Taiping.  Dah lama mencari sebenarnya.  Tak sabar2 nak guna, Ina tak minyakkan pun selepas beli, petua mengatakan kena oles dulu dgn minyak atau kelapa parut supaya tak melekat semasa membakar, ada betul jugak rasanya. Kalau nak guna kuali kecil or non stick pun boleh jugak...tapi lambat le....kena bakar satu-satu.


Dah nampak lubang2 gini, tutuplah dgn tudung.


Dah keperangan sekelilingnya, bolehlah colek dan angkat. Hati2 ye....kalau acuan baru memang melekat sikit. Ina colek dengan sudu je....buat pelan2. 


Sorry, gmbr kurang jelas!!!


Kuih yg dah masak.  Berlubang2 you.....Gebu sesangat2nya.  Ina makan mcm gitu je.  Ada sesetengah orang suka buat tawar dan cicah dengan kuah durian atau kari/sambal tumis.  Sedap jugak tu.  

 Saiznya tak la besar sangat.





18 Mac 2013

APAM BAKAR LAGI


BAHAN:
A-kisar:
150gm nasi
450ml santan/air suam (Lebih sedap guna santan)
175gm gula (resipi asal 100gm je tp agak tawar bg ina, klu cicah dgn kuah durian mmg sesuai)
1 ½ camt garam
Pewarna - opt (ina bubuh sblm goreng)
 
B-gaul:
250gm t.beras
2 camt b.powder
2 camt yis
 
CARA:
1)  Bahan A + B - gaul sebati dgn senduk.
2)  Peram 1-2 jam. JGN KACAU apabila nak goreng spya rongga2nya menjadi cantik.
3)  Lepas tuang adunan, biar smpi nmpk rongga2nya agak kering..barulah tutup dgn tudung periuk. (ina guna kuali non stick).
4)  Mkn mcm gitu je pun sedap.




Setelah adunan digaul sebati dalam besen besar....beginilah rupanya.  Tak cair dan tak pekat sgt.

 Tutup dengan tudung periuk.  Peram 1-2 jam.  Ina peram 1 1/2 jam dah kira ok.

 Setelah 1 1/2 jam adunan akan kelihatan berbuih2 mcm ni...bermakna yis yg digunakan tu memang elok.  JANGAN KACAU ye....biarkan je mcm tu.

Tuang 1/2 senduk di tengah2 kuali non-stick/acuan serabai.

 
Apabila timbul lubang2 begini, biarkan agak kering sikit barulah tutup dgn tudung periuk.

Ina guna tudung periuk saiz kecil.

Kira2 1 minit buka tudung, tengok bawah apam dah kekuningan bolehlah diangkat.

Ina guna sudip kayu.

Tak jd bulat sangat la...tp lubang2nya tu yg buat Ina teruja utk masak berkali2.

Kali ni Ina guna santan....lagi sedap dan hasilnya lagi memuaskan.  Lubang2nya jd besor2 berbanding guna air suam je.  Untuk diet elok le guna air suam.

Ina suka makan cam gitu je.

Mcm menara condong di Teluk Intan...hihihi

Kalau tak habis boleh disimpan dalam peti ais.  Esok tu kita boleh kukus.  Klu bakar dia jd 'gelap' la pulak...hihihi.  So eloklah dikukus je akan jd lembut semula...takkan hilang rasanya yg asli.






12 Mac 2013

APAM MANIS/APAM BAKAR

Sumber: hana (Resipi Apam Serabai)
Dah try…sedap sgt!!!

BAHAN:
A-kisar:
150gm nasi
450ml santan/air suam (Lebih sedap guna santan)
175gm gula (resipi asal 100gm je tp agak tawar bg ina, klu cicah dgn kuah durian mmg sesuai)
1 ½ camt garam
Pewarna - opt (ina bubuh sblm goreng)
 
B-gaul:
250gm t.beras
2 camt b.powder
2 camt yis
 
CARA:
1)  Bahan A + B - gaul sebati dgn senduk.
2)  Peram 1-2 jam. JGN KACAU apabila nak goreng spya rongga2nya menjadi cantik.
3)  Lepas tuang adunan, biar smpi nmpk rongga2nya agak kering..barulah tutup dgn tudung periuk. (ina guna kuali non stick).
4)  Mkn mcm gitu je pun sedap.

***************************************************************************************************
Resipi yang amat mudah dan yg paling penting......MENJADI!!!!
Anda try la sendiri, pasti tak mengecewakan.

ADUNAN kali ni Ina guna air suam....ada perbezaan tau....guna santan lubang2nya jadi lebih besor.  Kalau guna air suam....lubang2nya jadi kecik2.

 
Sorry...dah nk habis baru teringat nak snap picture...hihihi  Ina peram 1 1/2 jam je. Ina buh sikit color hijau sebelum peram.  Adunan ni boleh juga dibuat apam kukus.

Tuang sedikit adunan ke dlm kuali...ia akan jd bulat dgn sendirinya. 

Biar sebentar smpi nmpk lubang2 mcm ni dan agak kering sikit.

Barulah ditutup dgn tudung periuk.

Apam yg dah siap masak.. Nmpk kekuningan bhgn bawahnya bolehlah diangkat.

Sangat gebu apam ni tau!

Guna acuan serabai lagi bagus...cepat dan mudah!!

Ina makan dengan kelapa parut + garam.

Makan cam gitu je pun sedap jugak.

Memang dapat byk 1 adunan ni.

Adunan apam masa ni Ina guna air suam je...(jaga badan konon...), tkde stok santan....Bg Ina sedap lagi guna santan.

Suka tengok lubang2nya.  Nak buat plain je pun boleh.

Ina suka sgt dgn color hijau.  Sejuk mata memandang.