26 Mac 2013

APAM SERABAI

Guna resipi apam bakar/serabai dibuat apam kukus. Hmmm.....memang menjadi dgn sukses sekali.

BAHAN:
A-kisar:
150gm nasi
450ml santan/air suam (Lebih sedap guna santan)
175gm gula (resipi asal 100gm je)
1 ½ camt garam (klu nk mkn dgn kelapa parut tak payah la masukkan garam ni ye)
Pewarna - opt (ina bubuh sblm peram)
 
B-gaul:
250gm t.beras
2 camt b.powder
2 camt yis
 
CARA:
1)  Bahan A + B - gaul sebati dgn senduk.
2)  Peram 1-2 jam. JGN KACAU terus je kukus.

***************************************************


Buat 2 color, pink dan blue.

Gebu sangat2...memang puashati sungguh!!!

Tak rugi try resipi ni.

Tak perlu peram lama2 1 1/2 jam peram dah boleh kukus.

 Sorry gambar kurang jelas....lihatlah kegebuannya...sangat teruja!!

Griskan dulu acuan lompang tu ye....senang nti nk keluarkan apam.

 Yg ini Ina guna acuan seri ayu.

Boleh difrozenkan tau....nk mkn kita kukuskan sekejap je, memang lembut mcm asal.

 1 adunan memang dpt byk.

Ina bubuh hampir penuh acuan lompang tu.  Seronok tengok apam naik tinggi.

22 Mac 2013

ORDER BANTAL HIASAN

BANTAL BULAT CORAK NENAS

Alhamdulillah rezeki datang lagi.  Kali ni Ina sempat siapkan beberapa biji bantal yang ditempah.  Nampaknya ramai customer suka color yg hampir sama saja.  Sebenarnya anda boleh memilih warna kesukaan sendiri, tunjukkan je contohnya....In shaa Allah Ina akan sedaya upaya mencari di sini. Wlbgaimanapun Ina tetap memenuhi kehendak semua customer yg masih gemarkan warna2 sebegini.

Warna koko dan cream jadi pilihan Shieda dari S'pore.

Semoga anda berpuashati dgn hasil tanganku ini.

4 pcs utk Shieda.

Pandangan hadapan bantal.

Saiz normal: 10 1/2" x 4.7".

Kain satin memang sesuai sbb coraknya akan timbul apabila dilihat.  Ada terang gelapnya.

Sesuai dihias di mana saja.  Untuk pelamin pun ok!

Corak yang mendapat pilihan ramai.

Corak nenas ni memang menarik sekali.  Ina pun suka menjahitnya dpd corak yang lain.




18 Mac 2013

APAM BAKAR LAGI


BAHAN:
A-kisar:
150gm nasi
450ml santan/air suam (Lebih sedap guna santan)
175gm gula (resipi asal 100gm je tp agak tawar bg ina, klu cicah dgn kuah durian mmg sesuai)
1 ½ camt garam
Pewarna - opt (ina bubuh sblm goreng)
 
B-gaul:
250gm t.beras
2 camt b.powder
2 camt yis
 
CARA:
1)  Bahan A + B - gaul sebati dgn senduk.
2)  Peram 1-2 jam. JGN KACAU apabila nak goreng spya rongga2nya menjadi cantik.
3)  Lepas tuang adunan, biar smpi nmpk rongga2nya agak kering..barulah tutup dgn tudung periuk. (ina guna kuali non stick).
4)  Mkn mcm gitu je pun sedap.




Setelah adunan digaul sebati dalam besen besar....beginilah rupanya.  Tak cair dan tak pekat sgt.

 Tutup dengan tudung periuk.  Peram 1-2 jam.  Ina peram 1 1/2 jam dah kira ok.

 Setelah 1 1/2 jam adunan akan kelihatan berbuih2 mcm ni...bermakna yis yg digunakan tu memang elok.  JANGAN KACAU ye....biarkan je mcm tu.

Tuang 1/2 senduk di tengah2 kuali non-stick/acuan serabai.

 
Apabila timbul lubang2 begini, biarkan agak kering sikit barulah tutup dgn tudung periuk.

Ina guna tudung periuk saiz kecil.

Kira2 1 minit buka tudung, tengok bawah apam dah kekuningan bolehlah diangkat.

Ina guna sudip kayu.

Tak jd bulat sangat la...tp lubang2nya tu yg buat Ina teruja utk masak berkali2.

Kali ni Ina guna santan....lagi sedap dan hasilnya lagi memuaskan.  Lubang2nya jd besor2 berbanding guna air suam je.  Untuk diet elok le guna air suam.

Ina suka makan cam gitu je.

Mcm menara condong di Teluk Intan...hihihi

Kalau tak habis boleh disimpan dalam peti ais.  Esok tu kita boleh kukus.  Klu bakar dia jd 'gelap' la pulak...hihihi.  So eloklah dikukus je akan jd lembut semula...takkan hilang rasanya yg asli.






12 Mac 2013

PARCEL

Parcel berisi bantal hiasan yg ditempah oleh customer..  Terima kasih dan semoga berpuashati.







APAM MANIS/APAM BAKAR

Sumber: hana (Resipi Apam Serabai)
Dah try…sedap sgt!!!

BAHAN:
A-kisar:
150gm nasi
450ml santan/air suam (Lebih sedap guna santan)
175gm gula (resipi asal 100gm je tp agak tawar bg ina, klu cicah dgn kuah durian mmg sesuai)
1 ½ camt garam
Pewarna - opt (ina bubuh sblm goreng)
 
B-gaul:
250gm t.beras
2 camt b.powder
2 camt yis
 
CARA:
1)  Bahan A + B - gaul sebati dgn senduk.
2)  Peram 1-2 jam. JGN KACAU apabila nak goreng spya rongga2nya menjadi cantik.
3)  Lepas tuang adunan, biar smpi nmpk rongga2nya agak kering..barulah tutup dgn tudung periuk. (ina guna kuali non stick).
4)  Mkn mcm gitu je pun sedap.

***************************************************************************************************
Resipi yang amat mudah dan yg paling penting......MENJADI!!!!
Anda try la sendiri, pasti tak mengecewakan.

ADUNAN kali ni Ina guna air suam....ada perbezaan tau....guna santan lubang2nya jadi lebih besor.  Kalau guna air suam....lubang2nya jadi kecik2.

 
Sorry...dah nk habis baru teringat nak snap picture...hihihi  Ina peram 1 1/2 jam je. Ina buh sikit color hijau sebelum peram.  Adunan ni boleh juga dibuat apam kukus.

Tuang sedikit adunan ke dlm kuali...ia akan jd bulat dgn sendirinya. 

Biar sebentar smpi nmpk lubang2 mcm ni dan agak kering sikit.

Barulah ditutup dgn tudung periuk.

Apam yg dah siap masak.. Nmpk kekuningan bhgn bawahnya bolehlah diangkat.

Sangat gebu apam ni tau!

Guna acuan serabai lagi bagus...cepat dan mudah!!

Ina makan dengan kelapa parut + garam.

Makan cam gitu je pun sedap jugak.

Memang dapat byk 1 adunan ni.

Adunan apam masa ni Ina guna air suam je...(jaga badan konon...), tkde stok santan....Bg Ina sedap lagi guna santan.

Suka tengok lubang2nya.  Nak buat plain je pun boleh.

Ina suka sgt dgn color hijau.  Sejuk mata memandang.