Memaparkan catatan dengan label KREATIVITI. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label KREATIVITI. Papar semua catatan

12 Mei 2015

CORAK NANAS + TIKAR

Sejujurnya corak ni lebih sesuai dan lebih cantik untuk bantal 4 segi.




Pada mulanya nak buat bantal bulat tapi....setelah masukkan fibre, kejadiannya agak kurang memuaskan hati.  Corak tikar kurang terletak.  So Ina dok fikir2 nak buat apa ye???  Utk bekas tisu lah.




10 April 2015

CORAK LABU + DAUN - ungu manggis dan cream

Alhamdulillah sekali lagi Ina berkesempatan menyiapkan bantal corak labu + daun ini utk customer dari KL.  Nak kawin bulan Mei nanti.  Semoga anda gembira dgn hasil tangan akak ini ye.  4 biji color manggis + 2 biji color cream.

Permulaan nak buat mesti kena garis macam ni, bab yg ni lah paaaaalinnnnng penat sekali!!!  Kena banyak sabar.  Lagi kecil saiz kotak lagi cantik dan berseni.  Hanya yang betul2 berminat sahaja mampu menghasilkannya.  InshaaAllah. 

 Kain gelap mcm ni kena guna pensel warna supaya senang nak jahit nanti.  Fuhhh! bukan sikit tau nak menggaris ni....ratusan kotak!!!!!

Selepas tu, kena la jahit macam ni pulak.  Yg ni sebelah belakangnya.  99% jahit tangan.  Mereka yang betul2 bijak menilai 'handmade' sahaja tahu betapa bernilainya hasil seni mcm ni dan tidak mengira nilai kos yg dikenakan.  Tengok sahaja memang mcm senang kan???? Tapi kalau mencuba sendiri barulah tahu susah payah utk menghasilkannya.  Ina percaya anda semua boleh mencuba dan rasai kepuasannya. 

 Yg ni pandangan sebelah hadapan.  Baru 75% siap.

 Dah nampak corak daunnya.

 100% siap.  Inilah hasilnya.

 Color cream.

Color ni mmg menjadi pilihan ramai.





21 November 2014

SIAPKAN TEMPAHAN LAGI

Terima kasih sidia di Kelantan yang sudi menempah bantalku.  InshaAllah minggu depan siap.  Ina faham ramai pelanggan yg menempah tak sabar2 nak dpt cepat, Ina pun mcm tu jugak....kalau boleh secepat mungkin tapi apakan daya....cuma ada 2 tangan je, smocking ni bukannya pakai mesin tp tangan ni la yang jadi mesin.  Jadi Ina harap semua pelanggan Ina sedia maklum ye klu Ina terlewat siapkan.  Maaf byk2.

Color gold jadi pilihan. 

Sidia nak 4 biji, 2 gold dan 2 kuning ubi.  Corak nanas tetap jadi pilihan.  Yg gold dah 50% siap, insyaAllah kuning ubi akan menyusul kemudian.  Sabarrrr ye....

Mulanya nak light choc dan gold tp malangnya light choc kehabisan stok di kedai so tukar kpd kuning ubi.  Matching jugak kan bila dihias kat sofa tu....

Cantik sangat ruang sofa tu.  Tentu bertambah cantik bila dihias dgn bantal2 tu nanti.





01 Julai 2013

MENGHIAS FRAME GAMBAR

Sebenarnya kita boleh menghias frame gambar agar jd lebih menarik dgn kreativiti sendiri.  Minat perlu ada.  Tak susah pun.  Di bawah ni ina guna apa yg ada di rumah.  Semasa kita hadiri kenduri kahwin tentu kita dihadiahi dengan pelbagai souvenir dan bunga telur.  Jgn dibuang semua tu, anda boleh menggunakannya di kemudian hari spt hiasan begini.

 
Di atas ni bunga2 tu ina buat sendiri.  Ina tambahkan serinya dgn 'love' berantai. Senang je. Anda juga tentu mahir membuatnya.
 
Bunga ni pulak ina ambik dr bunga telur.  Just tempek je kat bucu tu dgn gam. Ina guna gam uHu.

Puas hati tau klu dpt buat sendiri.  Susun je bunga2 tu ikut citarasa anda.

Yg ini ina hias simple je.

Ina guna 2 jenis riben.

 
Setelah siap.