23 Oktober 2012

KEK CHOC. BLENDED

KEK CHOC. BLENDED 
(asalnye kek butter blended)

Ambik resipi kak fida.myr.

Bahan-bahan ( loyang 8 inc. / 9 inc. )
2 1/2 cawan tepung naik sendiri - ayak (tpg gandum + 2 camt b.powder + ½ soda)
1 3/4 cawan gula halus (boleh kurangkan)
250 g mentega cair 
1 1/4 cawan susu segar/susu cair
4 biji telur (ina guna 3 bj 'A')
1 sk esen vanilla (atau esen perisa buah2an pilihan)
NOTA: ina buh 5 cams koko – buat kek koko

Cara-cara
1)    Masukkan kesemua bahan kecuali tepung dan esen ke dalam blender.Kisar hingga sebati dan gula larut.Tuangkan adunan ini ke dalam mangkuk.
2)    Masukkan tepung sedkit2 sambil dikacau rata.Masukkan pula esen dan kacau lagi hingga sebati.
3)    Tuang adunan ke dalam loyang yang dialas kertas dan disapu mentega.
4)    Bakar pada suhu 160C selama 50 min-1 jam atau hingga masak.

Kek yang dah siap ni moist skali,sekiranya permukaan kek kelihatan melekit,boleh bakar dengan api atas utk menggaringkan lagi.

Sedap...rasa lemak2 gitu...

Kasi garing sikit...

AYAM PERAP KICAP

Mari kita try resipi ni.

 
sumber : kak fida@myresipi.com

BAHAN: ( 1 famili )

  • 1 ekor ayam (1kilo) - potong kecil 
  •  
  • BHN PERAP:
  • 6 ulas bwg putih- tumbuk halus                                     
  • ½” halia - tumbuk halus
  • 1 sb cili giling (lebihkan jika suka pedas)                    
  • 1 sb serbuk rempah kari
  • 1 sk serbuk kunyit                                                            
  • ½ cawan kicap manis
  • 1-2 sb air asam
  •  
  •  BAHAN LAIN:
  • garam dan gula secukup rasa
  • 2 bj kentang - ptong baji dan goreng
  • 1 bj bwg besar** - hiris bulat                          
  • 2 biji tomato** - belah 4                                  
  • 1 bj cili merah +1 bj cili hijau** - ptg serong(INA tumbuk cili padi sikit)
  • 1 biji lada benggala merah** (jika suka) - potong kecil
  • sedikit daun sop,daun bawang** - dihiris

Cara-cara

  1. Bersihkan ayam dan toskan.Masukkan ke dalam sebuah mangkuk dan campurkan ayam dengan bahan2 yang bertanda * . Gaul rata2 hingga sebati.Perapkan dan simpan dalam peti ais untuk beberapa jam atau semalaman.
  2. Panaskan sedikit minyak masak dalam kuali/periuk dan masukkan perapan ayam dan gaul hingga rata + kentang. Tutup kuali/periuk dan masak lauk ayam hingga pekat atas api sederhana.
  3. Buka penutup kuali/periuk dan kacau lagi rata2 dan tambah sedikit air jika inginkan berkuah.Tambah sedikit garam dan gula jika perlu secukup rasa.
  4. Akhir sekali masukkan bahan2 bertanda ** dan gaul sebati dan masak hingga lembut atas api kecil. Siap untuk dihidangkan.Tabur sedikit bawang goreng,dan tambahan hirisan daun sop dan daun bawang jika suka. 
 Ina suka berkuah sikit.

Makan dgn nasi impit pun sedap agaknye.


SAMBAL PERUT + PETAI

Sedap la masakkan ni.  Ina ambik resipi kat Radio Perak.  Sebenarnya ramai yg dah buat masakkan ni kan?  Cuma Ina je baru try sbb anak2 tak berapa pandai nak makan petai.

BAHAN:

BAHAN HIRIS:
2 Cili hijau dan merah (ina tumbuk cili padi sikit - kasi pedas)
2 ulas bwg putih
3 bj bwg merah (ina guna 1/2 bj bwg bsr)
1" halia

1/2 kg perut - direbus - hiris nipis (jgn nipis sgt)
2 kpg petai 
Udang
Sedikit belacan
1-2 bj limau kasturi
1/2 mgkk santan
garam dan gula

CARA:

1)  Tumis bahan hiris + perut dll bhn.
2)  + air limau kasturi...rasalah masam manisnye.  Siap...

 
 Ala2 masakkan jawa.


KEK CHOC.KUKUS ATAU BAKAR

Seronok mencuba pelbagai resipi kemudian menjadi pulak tu!  Tambah2 lagi kalau ada yg tukang 'perabis'...lagi2 la tmbh rajin cari resipi lain.  Di bawah ni Ina try Kek Choc. Kukus (ina lebih suka 'bakar').

 
KEK CHOC. KUKUS ATAU BAKAR

BAHAN A: (ina Blend je)
2 biji telur
1 cawan minyak masak (ina guna planta cair - so tk payah le bubuh garam tu ye...nti masin!)
1 cwn gula halus (kurgkan klu tk nk manis)
1/2 cwn susu pekat
1 camt esen vanila
*KALAU nk guna 1 cwn susu cair pun boleh tp knalah jdkan 1 1/2 cwn gula halus & abaikan susu pekat atau kurangkan sukatan susu pekat - bg yg suka susu pkt le...)
BAHAN B: (ayak dan gaul)
2 cawan tepung gandum
1 1/2 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat
3 sudu besar serbuk koko
1 sudu teh garam halus

BAHAN C:
1 cawan air panas mendidih (ina guna air suam)

CARA:
1)  Masukkan Bhn A ke dlm Bhn B - gaul rata.
2)  Kemudian masukkan Bhn C - gaul sebentar [utk rata sahaja] dan terus dituang ke dalam loyang berlengser.
3)  Kukus atau Bakar suhu 170C selama 1 jam.

TOPPING

1/2 cwn susu pekat
1 camb serbuk koko
1 camb planta
sedikit esen vanila (opt)
Hiasan: choc. rice

CARA:
Masak semua bahan atas api kecil smpi sekata. Sejukkan - tuang atas kek dan tabur choc. rice.

Memang sedap rasanye.  Simpan dlm peti ais sekejap.

Anak2 ina tak percaya ibunye sendiri yg buat kek ni...mrk ingat ina beli kat kedai.

Yg ini Ina buat versi KUKUS...saja test! Memang moist gitu...

Elok2 je sukatan topping tu.

Suka tengok lelehannye tu.

Sekejap je habissss!!!!

10 Oktober 2012

KEJOHANAN GIMNASTIK ARTISTIK REMAJA KEBANGSAAN 2012

Pada 5-7 Oktober 2012 yang lalu Ina sekeluarga kecuali anak sulung (tak dpt hadir sbb nak baca buku utk PMR) meluangkan masa menyaksikan pertandingan Kejohanan Gimnastik Artistik Remaja Kebangsaan yg diadakan di Kompleks Sukan Negara,Bukit Jalil.  Anak ke 4 Ina berusia 8 thn telah terpilih sbg wakil Perak.  Hanya 3 org sahaja peserta dari SK.King Edward VII (I) terpilih manakala selebihnya dr SK.Kg. Jambu.  5 org peserta perempuan turut terpilih.

Di sinilah gelanggang acara dipertandingkan.  Semasa Ina smpi, acara telahpun bermula. Hai...nk smpi ke kompleks sukan ni pun jenuh bertanya org.  Inilah pertama kali Ina menjejakkan kaki ke situ.  Dah lama tak ronda2 KL.  InsyaAllah klu ada kesempatan Ina akan dtg ke sini lagi.

Semua peserta yang terlibat adalah di bawah umur 12 thn. Klu tak silap Ina, 7 negeri masuk bertanding. Anak Ina sbg wakil Perak kategori 7-8 thn.

Ini acara lantai.  Tak sempat tengok anak sendiri bertanding dlm acara ini, lewat smpi.


Semasa sessi latihan Alif tak pernah guna gelang ni, tiba2 semasa pertandingan, dia kena lakukan...huh! risau sungguh hati Ina.  Takut kalau2 tercedera nanti.  Alhamdulillah...Alif berjaya membuat pusingan sblm lompat ke lantai. Tak sangka anakku boleh melakukannya. Maaf gmbr agak kabur sbb snap jauh dari stage.


Setelah mendarat ke bawah.  Tunduk kpd juri.  Terima kasih kpd cikgu (baju hitam) di sebelah yg byk membantu selama berada di sana.

Sebahagian dpd peserta diminta duduk sementara menunggu pemberian hadiah.


Pada mulanya tersilap dewan...terpergi ke dewan peserta perempuan...hahaha.  Rupa2nya dewan lelaki di tingkat 3.

Anak Ina dpt 3 pingat.  2 pingat dlm acara individu + 1 pingat berkumpulan.  Perak menang emas acara berkumpulan (7-8 thn).  Tahniah!!!

Menang acara individu keseluruhan 7-8 thn. Tempat pertama dan ke2 dimenangi oleh wakil Selangor.

 
3 wakil Perak dari SK.KE VII(I) yang jd kontroversi, Guru Besar mrk tak izinkan mereka hadir dlm pertandingan tersebut.  Akhirnya mrk ber3 terpaksa ponteng sekolah 1 hari. Mungkin tak percaya mrk boleh dpt pingat kot....

Acara 1 palang ini pun Alif belum pernah melakukannya tapi terpaksa berbuat demikian kat sini.  Syukur Alif berjaya menunaikannya.

Mcm2 gaya.

Knpa ni Adik Izwan?

Sedang menyusun madle.

Sebahagian peserta duduk beratur nk ambik hadiah.



Kakak sibuk nk tgkp gambar jugak.

Menang acara individu.

Turut hadir untuk memberi sokongan kpd Alif.  Memandangkan dia amat berminat dgn sukan ni maka sbg ibubapa, kami memberi galakkan kpdnya utk terus aktif.  Smoga Alif terus berjaya mengejar cita2nya.

Amboiiiii....adik Izwan...kenapa muncung....je?


Saja suka2.

 Dok sorang2 je.








04 Oktober 2012

TRY RESIPI LAGI

Tak henti2 mencuba...sementara masih sihat dan berselera ni apa salahnye kita menimba ilmu kan?  Kali ni ina try resipi masakkan vietnam.  Agak manis sikit sbb menggunakan byk gula.  Dah resipinya mcm tu...lain kali nak kurangkan.

AYAM SERAI PEDAS VIETNAM
 sumber: Tulip77.myr

BAHAN:

3 kpg isi ayam - ina goreng dulu
3 camb gula (klu suka manis)
2 camb minyak masak
3 camb sos ikan (ina guna 2 camb)
3 btg serai - ketuk
1 camb cuka
1 camb sos tiram
1 bj bwg besar - potong dadu bsr2
cili merah dan hijau - potong serong (ina tmbh cili padi)
Kcg pjg or buncis (opt)

CARA:

1)  Panaskan minyak + gula dan biarkan sebentar hingga bertukar warna gelap. Masukkan ayam - empuk.
2)  Lps 5 min masukkan serai dan cili serta bawang.
3)  Perlahankan api dan masukkan bahan2 lain - gaul sekata.  Jika kering sgt + air.
4)  Rasalah masin manisnye ye... 

 Ina tak buat byk kuah.  Udang pun ina masuk sekali.

Putik jagung pun ina masukkan.

Makan ketika panas mmg sedap.

Nanti nk buat lagi lah.  Sedap jugak.