Memaparkan catatan dengan label Kenduri Kahwin. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kenduri Kahwin. Papar semua catatan

02 April 2014

MELARAM ATAS PELAMIN

Hadir kenduri sepupu di Gunung Semanggol pada 23/3/2014.  2 beradik nikah serentak. Sungguh meriah majlis tersebut.  Tahniah buat mereka berdua (Intan dan Ju).

Sorry.....gambar kabur!
Bersama anak ke 3 dan 4.

Bersama anak sulung.

Sebenarnya pelamin ni jadi hiasan je....pengantin tak duduk pun....so sape2 yg dtg bertandang boleh aje berposing kat situ...hihihi.   Memang cantik sgt pelamin ni tau!

Bersama anak ke 4.  Tak lama lagi dah nak berjauhan dr ibu.......huhuhu







22 Januari 2010

ALAN DAN ISTERI

 KENDURI KAHWIN DI RUMAH MAKNGAH


 Alahai pengantin tunduk la pulak.

 
 Aaaa.....barulah nampak muka.  Yg perempuannya pemalu kot...

 
Ni la makngah.  Kurang sihat sikit. Jaga diri baik-baik.


Ole-ole untuk pengantin.  Alakadar je... Sudilah terima hendaknya.


ANGAH DAN ISTERI


ROMBONGAN Pengantin lelaki baru sampai di masjid utk upacara akad nikah (disember lepas).Ina tak dapat ikut sebab ada hal lain. Kendurinya pada 15hb Feb nanti.


Duit mas kahwin.


Gementar ke angah (anak abang ipar)? Hai...nanti lepas kenduri boleh le honeymoon atas kapal....pegawai navy le katakan.... Suruh isteri tu minta posting kat Lumut.


Seronoknye.....dapat rantai baru.  Maktih nak jugak.


PENGANTIN MENJAMU SELERA

Suasana di meja makan pengantin.


Amboiii...malu-malu pulak!



Ha...tengah suap apa tu?



Macam Hang Tuah pun ada...



Dah habis makan ke...tambah la lagi.




20 Januari 2010

UDA & IZMA


Pelamin untuk merpati 2 sejoli. Siap ada sangkar ikan lagi...


Sangkar ikan dah kena bakar....hi..hi..


Rombongan pengantin perempuan dari Selangor.  Pengantin ni bekerja di K.L.Teringat ina semasa bertugas di sana, wahduh! tension dengan jalanraya yg sentiasa sesak.  Lega bila dpt bertukar ke kpg sendiri.
Maklong nak lari ke mana tu....?(sebelah kanan gambar).



 Semasa kenduri kahwin uda(sepupu) dan izma di kampung.  Yg baju ungu tu...ina dan anak ke 3. Pengapit di sebelah sana tu kak Salmah, menantu maklong.

 
Ni semuanya anak menantu maktih.



4 orang anak-anakku.  Yg sulung tak de kat sini.



Tengok la tu anakku yg bongsu.....paling banyak kerenah, asyik nak jadi superman je...Habis la bangku pengantin.



Hemmm....bukannya nak makan, dia tolong susun gelas pulak!



Muhammad Syafiq, anakku yang sulong.  Di sebelahnya pulak, Nurul Hidayah (anak ke3).Baru nak makan...



Suamiku tengah bebel la tu, penat melayan kerenah anak-anak.  Tak cukup tempat duduk la pulak meja kecil sangat.  1 meja untuk 7 orang mana boleh....

16 Oktober 2009

SENYUM ADA MAKNA TU...



Anak dara sulung maktih,  masih solo...
Hai, lawan pengantin nampak....
Awak bila pulak?

YONG (PENGANTIN PEREMPUAN)

Yong dan Ana (menantu maktih).  Kedua-dua mereka ni memanglah susah sungguh aku nak bertemu.  Hari beginilah baru dapat berkumpul dan bersembang panjang.  Aku memang seronok bila ada majlis macam ni. 

AYAHNDA (SONGKOK PUTIH) BERSAMA PENGANTIN LELAKI



Ayahndaku bersama pengantin, Abang Din & Abang Fozi (anak-anak maklong).  Dah lama tak bertemu, maklumlah duduk jauh-jauh.

PENGANTIN PEREMPUAN (ANAK MAKLONG)



Aku tak melepaskan peluang bergambar kenangan dengan Yong dan suaminya.  Anakku yg baju putih & baju merah tu pun sibuk sama. Itulah majlis perkahwinan terakhir anak maklong jadi ramailah saudaramara pulang meraikannya.  Semoga panjang jodoh Yong dan suami. Amin...

NURUL YANG COMEL



Aku (baju kuning) bersama 2 orang anakku dan Nurul (anak sepupu) ketika menghadiri kenduri kahwin di kampung.