Memaparkan catatan dengan label SAYUR. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label SAYUR. Papar semua catatan

23 Oktober 2012

SAMBAL PERUT + PETAI

Sedap la masakkan ni.  Ina ambik resipi kat Radio Perak.  Sebenarnya ramai yg dah buat masakkan ni kan?  Cuma Ina je baru try sbb anak2 tak berapa pandai nak makan petai.

BAHAN:

BAHAN HIRIS:
2 Cili hijau dan merah (ina tumbuk cili padi sikit - kasi pedas)
2 ulas bwg putih
3 bj bwg merah (ina guna 1/2 bj bwg bsr)
1" halia

1/2 kg perut - direbus - hiris nipis (jgn nipis sgt)
2 kpg petai 
Udang
Sedikit belacan
1-2 bj limau kasturi
1/2 mgkk santan
garam dan gula

CARA:

1)  Tumis bahan hiris + perut dll bhn.
2)  + air limau kasturi...rasalah masam manisnye.  Siap...

 
 Ala2 masakkan jawa.


28 September 2012

SUHUN MASAK JAWA

Ini masakkan jawa..bahan2nye main campak2 je...tp memang Ina suka sgt makanan ni.  Kira kenalah dgn selera sendiri.  Bubuh suhun byk2 lagi sedap.

BAHAN:
1 bungkus suhun - direndam
1 bungkus tempe - digoreng
Cili padi ikut pedas sendirilah ye
Bawang merah - tumbuk bersama cili tadi
Udang basah
Kacang pjg
1 btg serai - ketuk
Santan
Limau kasturi - ambil airnye
Gula
Garam
Sedikit belacan

CARA:

1) Tumis bhn tumbuk + serai dan bhn2 lain kecuali suhun dan santan.serta limau.
2) Masukkan suhun + santan + garam + gula.+ air limau...rasalah masin manisnye.
3) Siap dimakan.  Sedap ketika panas.



Sedap jika dimakan begitu sahaja. Tambah2 ketika masih panas.

Kalau nak masak basah2 sikit pun boleh.

20 Mei 2011

MASAKAN SAYUR

Tumis sawi pendek dengan sotong. Suamiku yang masak, rajin pulak buat sotong mcm tu.

 Suamiku ni memang suka masak.  Selalu gak la dia tolong ke dapur.

 Tauhu sumbat, cuma sumbat taugeh je.  Sorry...kuahnya tak sempat nak snap sekali.

Sayur paling simple, tumis kubis je.

Hmmm....udang je yang habis dulu..hihihi

Goreng udang ala nyonya...tengok masak2 kat tv.

Kerabu kacang botol.  Suamiku yang buatkan.  Dia tanya menu ni kat Golf Resort Bukit Jana, Taiping.  Sedap jugak! 

PECAL

Makan dengan nasi panas2 memang menyelerakan.  Ina buat tak banyak sbb anak2 tak makan sayur.


Makan begitu saja lagi sedap..hihi

Sayur campur dan beberapa juadah lain utk pi berkelah.  Hai..dah lama tak bawa anak2.