29 April 2013

SMOCKING PILLOW

Tak jemu2 jahit bantal....hihihi.

Color merah corak labu. Putih corak nanas.

Kombinasi color yg serasi.

Corak labu dan nanas.

Terima kasih kpd semua customer ku yg menempah.  Alhamdulillah semuanya selamat diterima oleh mrk.  Ada juga yg buat ulangan order.  T.kasih sekali lagi atas kepercayaan anda semua.

Sebenarnya byk ujian dan cabaran telah Ina hadapi dlm biz ni.  Alhamdulillah Allah sentiasa bersama Ina.  Syukur kehadhratNya kerana Ina berjaya harungi sehingga kini.








22 April 2013

BANTAL IDAMAN

Bantal yg warna oren ni saiznya agak besar (13" x 5.2"). Ina buat corak daun + labu dan letak bunga (buat sendiri jugak bunga ni tau!) di tengah2nya. Mula2 buat ingatkan kecik je saiznya tp bila dah jadi....mashaAllah....terkejut teman....hihihi!  Ina suka yg saiz normal je.

Ada jugak yg suka saiz besar begini dan ada yg mintak ina buat lagi besar tp....mintak maaflah ye ina tak larat nk buat lagi besar.  99% proses tangan tau....huhuhu.   Nak menggaris tu yg rasa tersiksa sikit.

Setelah terhasil begini rasa puas sangat.

 Kena isi fibre gemuk2 baru cantik.

 Mcm tayar pun ada....hihihi.

 Pandangan sisi (corak labu).

Pandangan atas (corak daun).

Light orange.

 Ini utk customer dari JB. Corak Labu jadi pilihan.  Nak warna merah cili katanya.

Semoga berpuashati hendaknya.

 Merah cili.

 Saiz normal.  Pandangan atas.

Agak rumit menjahitnya sbb saiz bunga kecil2.  Lagi kecil saiznya lagi cantik coraknya dan sudah pasti kesukaran ada di situ... so kenalah nilai dgn imbuhan yang diberikan ye. Nmpk mmg mcm senang.

 Perlu kesabaran utk membuatnya.

Corak yg kecil2 memang ada seni dan kepuasan.

100% siap.



18 April 2013

KUCING KU

Sayang sangat dengannya wlp dia bukanlah gebu, bukanlah gemuk, bukanlah.......tp disebabkan dia pandai jaga kebersihan maka seisi keluargaku menyayanginya.  Jgn nakal2 tau...

Tiger namanya.


17 April 2013

KAIN UNTUK BANTAL HIASAN

Warna2 yg menjadi pilihan customer.












JOM ORDER BANTAL KU

Warna yang menjadi kegemaran customer2 ku. Cream dan brown.
Order dari org Singapura.

Masih dgn corak nenas.

 Ina juga suka dengan warna koko ni.

 6 bj semuanya.

 99% menggunakan jahitan tangan.

 Agak rumit utk membuat bantal ni, memerlukan kesabaran yang tinggi.  Hanya org yg minat sahaja dpt membuatnya.  Bukan nak angkat bakul sendiri ye...kenyataan!

 Org yg tak pernah membuatnya memang akan nmpk mcm mudah je nk buat tp hakikatnya....try lah sendiri baru tahu.

 Ada juga yg pernah belajar dgn Ina tp akhirnya sekerat jalan je....tak sanggup katanya.

 Ina byk belajar dari internet.

 Alhamdulillah dah jadi sumber pendapatan sampingan Ina sekarang ni.

 Bukannya ambik untung byk sgt pun...

Color yg menarik.




ORDER SETERUSNYA

Permintaan seterusnya.  Alhamdulillah....  Yang ini customer dari Singapura.  Ina kenakan bayaran ikut harga Malaysia je tp dgn syarat, mestilah guna alamat di Malaysia ye...

 Corak nenas lagi.  Warna cream saiz normal.

Semoga Kak Yani berpuashati ye.

Memang sesuai guna kain satin sbb barulah nampak coraknya.

Kalau nak kirim kain sendiri pun boleh....bisa diatur....

 Warna yang sentiasa jd pilihan customer.

Harga bantal termasuk sekali dgn fibrenya.

Sesuai juga utk hiasan pelamin.  Ada beberapa customer yg mengusahakan biz hias pelamin dan berendoi jadikan bantal Ina ni sbgi lapik tangan pengantin semasa merenjis air mawar.  Hmm....good idea!!  Oh ye...ada sorang customer dr Indonesia nk mintak Ina buat saiz besar mcm org akad nikah tu....huhuhu...mintak maaflah ye....tak berkesempatan lagi.  Ada jugak yg suruh buatkan cadar...mak aiiiiii!  Ina mengaku dgn sejujurnya memang tak mampu leeeeee.....Ina memang kagum dan tabik kpd mrk yg mampu buat cadar dan langsir dgn corak smocking gini.  Dah byk Ina tengok mrk dr negara Amerika Latin sana berjaya buat.saiz besar2 cam tu. Tahniah!!!!





02 April 2013

BANTAL KU....ORDER JANGAN TAK ORDER!

HASIL TANGANKU SENDIRI.

 Ini masih belum siap lagi....80% siap.

Color purple gelap.  Cantik! Ina buat corak labu spt mana yang diminta oleh K.Lina dari Pahang.

2 pcs corak labu dan 2 pcs corak nenas.

Corak nenas tu warna maroon tp nmpk terang pulak foto ni.  Cahaya h/set ina ni kot.

 Sorry la gambar2 ni tak berapa stabil la pulak warnanya.  Yg ini nmpk purple nya. Saiznya kecil sikit dpd yg maroon tu.  Agak rumit tp cantik...

 Ina memang suka buat corak ni.  Mmg dapat permintaan ramai.

 Corak tepi labu tu lebih menarik kerana ina buat corak kecil2 tp agak rumit dpd yg maroon tu.  Lagi kecil bantal tu lagi rumit nak membuatnya.

Semoga berpuashati ye..K.Lina.

Sebenarnya ina asyik buat utk org je...sendiri punya tak terbuat...hihihi!!!