Memaparkan catatan dengan label MAJLIS PERASMIAN. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label MAJLIS PERASMIAN. Papar semua catatan

25 November 2014

MAJLIS GRADUASI DAN ANUGERAH CEMERLANG 2014

Sekolah rendah inilah tempat ku menimba ilmu suatu ketika dulu.  Banyak perubahan yg ku lihat dari segi bangunannya, kalau dulu hanya berdindingkan papan tp kini semuanya batu-bata.  Bangunan tambahan juga turut dibina.  Bertuah budak2 sekarang kerana byk kemudahan diperolehi. Tahniah SKT!


Alamak! gambar tak jelas la pulak.  Anakku yg ke3, Nurul Hidayah sedang menerima hadiah sempena Hari Graduasi dan Anugerah Cemerlang.

Semua murid tahun 6 diberi peluang menyarung jubah ini sbg pembakar semangat untuk terus maju dlm pelajaran. Guru Besar, Raja Zainal memang sentiasa mengambil berat tentang anak2 muridnya.  T.ksh cikgu!  Jasa mu dikenang sampai bila2.

 2014 menjadi kenangan buat Nurul kerana tahun terakhir dia di SKT.

 Bersama rakan karib, Sakinah yg teramat pemalu orangnya.

 Semoga Nurul berusaha lebih gigih lagi utk kejayaan akan datang.

 Bersama rakan, Amni....nak masuk RKA katanya.

Sebahagian guru sedang menikmati juadah sambil memerhatikan anak2 muridnya naik ke pentas. 

Pelajar2 tahun 6 sedang berbaris naik ke pentas.




07 Mac 2013

HARI PERASMIAN KIDS @ KEPENGGUNAAN

Sempena Hari Perasmian Kids@Kepenggunaan yang diadakan di SK.King Edward (1) pada hari sabtu melibatkan 10 buah sekolah rendah sekitar Taiping.

 
 Hanya pelajar yang terlibat sahaja hadir termasuklah anak Ina.  Mcm2 pertandingan diadakan.  Hadiahnya agak lumayan juga.  Setiap pelajar mendpt goodie bag.
 
 Masa ni awal lagi....baru jam 8.30pg.  Tak ramai ibubapa yg dtg mungkin ada hal lain yg lebih penting.

Adik Izwan terpaksa tunggu lama di sini....acara tamat jam 1.30ptg.  Dia buat hal pulak.....kumpul gelang getah.  Lagi2 dia pi ambik polisterin yg berisi bihun (sarapan pagi yg diberikan kpd org ramai).  Kat situ ada ikatan gelang getah....dia kata, "nak kumpul getah byk2"....huhuhu sakitnya jiwa Ina.  Nak balik lambat lg...mau tak mau knalah tunggu jugak sbb kakaknya terlibat dlm acara.

Keadaan bwh khemah agak becak sbb smlmnya hujan lebat. Ramai yang cuba mengelak.

Sebahagian pelajar Convent terlibat menjadi pengiring YB Tan Lian Hoe yg dtg merasmikan majlis.

Cantik2 pakaian dan pelajar ini.

Ina tak duduk bwh khemah tu...cuma lepak kat koridor bilik darjah je....panas!  Pening dibuatnya.  Siap ada jemputan artis lagi...  Ina tak kenal pun....huhuhu