29 Oktober 2009

RENUNG SEJENAK

TANDA-TANDA SAAT-SAAT KEMATIAN
sumber: majalah

100 hari  :  seluruh badan rasa bergegar.

60 hari  :   pusat rasa bergerak-gerak.

40 hari  :  daun dengan nama orang yang akan mati di arash akan jatuh dan malaikat maut pun datang kepada orang dengan nama tersebut lalu mendampinginya sehingga saat kematiannya.  Kadang-kadang orang yang akan mati itu akan merasa atau nampak kehadiran malaikat maut tersebut dan akan sering kelihatan seperti sedang runsing.

7 hari  :  mengidam makanan.

5 hari  :  anak lidah bergerak-gerak.

3 hari  :  bahagian tengah dahi bergerak-gerak.

2 hari  :  seluruh dahi rasa bergerak-gerak.

1 hari  :  terasa bahagian ubun bergerak-gerak di antara waktu subuh dan asar.

Saat Akhir :  Terasa sejuk dari bahagian pusat hingga ke tulang solbi (di bhgn belakang badan).  Seelok-eloknya bila sudah merasa tanda yang akhir sekali, mengucap dalam keadaan qiam dan jangan lagi bercakap-cakap.

BISKUT OAT BAR

sumber: rakan

BAHAN:

250gm butter
180gm gula halus
1 bj kuning telur
250gm tpg. gandum
150gm oat (disangai dan kisar)
2 camb serbuk koko
Hiasan:  80gm susu tepung + 20gm gula icing - digaul bersama


CARA:

1.  Pukul butter dan gula sampai kembang.  Masukkan telur dan gaul.
2.  Ayak masuk tepung, oat dan serbuk koko.  Uli menjadi doh.
3.  Terap dengan acuan 4 segi.
4.  Bakar 170 C selama 20 min.
5.  Sejukkan biskut terlebih dahulu barulah digolekkan dalam susu tepung yg dicampur dengan gula icing.

Ada juga Ina tengok yg drizzle cooking choc di atas biskut dan baru digolek dalam susu tpg.

APAM LENGGANG (APAM MANIS)

sumber: rakan setugas, Jothi

Sebelum ni memang Ina tak tau buat apam ni, dah ramai orang Ina tanya macamana nak buat dan banyak kali juga Ina kecewa.  Akhirnya Ina tanya pada rakan sendiri, bangsa india memang pakar buat apam.  Alhamdulillah...sekali cuba terus menjadi.  Punya la seronok sebab kuih ni kegemaran kami sekeluarga. Tq Jothi...







BAHAN:

3 cwn beras - cuci bersih                                  )
4 1/2 genggam nasi baru masak - sejukkan dulu) rendam selama 6 jam
1 1/2 genggam sagu biji                                   )
4 1/2 camb tepung beras
750ml air
3 camt yis kering - bancuh dengan sedikit air
350ml santan (RM1.00 @ 1/2 bj kelapa parut-ambil santan)
1 1/2 cwn gula (ikut rasa)
Garam
1 bj telur - pukul

CARA:

1.  Rendaman beras tadi hendaklah ditapis dan masukkan air serta tepung beras.  Kemudian kisar halus dan ditapis(jangan guna penapis santan, boleh juga guna pengayak tepung sebab nakkan tepung yg sehalusnya) ke dalam besen besar. 
2.  Masukkan yis, kacau rata dan peram lagi.  Tutup dengan tudung periuk. (selalunya ina buat waktu malam, esok pagi baru masak).
3.  ESOK PAGI masukkan santan, gula, garam dan telur.  Kacau sebati.  Adunan agak pekat spt roti jala.
4.  Biarkan 1/2 jam.
5.  Panaskan kuali (seeloknya guna kuali non-stick atau kuali yg selalu guna dan dah tak melekat lagi.  Ina guna kuali yg selalu guna je..).  Sapu sedikit minyak (macam buat kuih ketayap), bubuh sesenduk adunan dan lenggang sedikit je. Tutup dengan tudung periuk.  Dengan sendirinya kelihatan gelembung di tengah-tengahnya. 
6.  Apabila di bahagian tepinya garing, bolehlah diangkat.

*Tips:  (Cara yg selalu Ina buat)
-  Mulakan rendaman pada jam 3.30ptg, kisar jam 10.00mlm
-  Mengadun dan menggoreng jam 9.00pg esoknya
-  Dapat lebih kurang 35 keping
-  Kalau guna kuali non-stick, tak perlulah dimasukkan TELUR

* memang agak rumit nak membuatnya tapi tak mengecewakan...cubalah!

BISKUT NESTUM

Sumber: inaria-487.blogspot.com

BAHAN:

1 cwn gula kisar
250gm butter
1 bj kuning telur
1 camt esen vanila
1 cwn tpg. gandum (goreng dulu)
1/2 cwn tpg. ubi/kastad
2 cwn tpg. kek (ikut lembut)
1 cwn nestum - kisar kasar
2 cams susu tepung (jika suka)
Hiasan: Putih telur
            Serbuk nestum

CARA:

1.  Pukul gula dan butter sampai hancur.  Masukkan telur dan esen vanila.
2.  Masukkan nestum dan tepung2 yang telah diayak.  (1 cwn tpg. kek dimasukkan akhir sekali ikut lembut).
3.  Uli menjadi doh.  (Adunan memang lembut pada mulanya dan akan sedikit mengeras apabila dibiar lama kerana nestum mula mengembang).
4.  Canai dan terap. Sapu putih telur dan tabur serbuk nestum.
5.  Bakar.

BISKUT MAZOLA

sumber: kak sal

BAHAN:

4 cwn tpg gandum
3 cwn kacang tanah - goreng tanpa minyak dan kisar kasar
1 3/4 cwn gula kisar
Minyak mazola ikut lembut
Secubit garam
Hiasan: Kuning telur
            Kacang goreng

CARA:

1.  Gaul semua bahan, kemudian masukkan minyak mazola ikut lembut.  Jangan terlalu banyak minyak sangat, agak-agak boleh dibuat bentuk bulat atau diterap.
2.  Hias dengan kacang goreng dan sapu kuning telur.
3.  Bakar.

BISKUT SARANG KOTA SEMUT

Sumber: guru kemas

BAHAN:

3/4 cwn gula castor
1 cwn butter
3 bj kuning telur
1 camt esen vanila
2 cwn tpg. kek
1/2 cwn tpg. gandum
Hiasan:  Cooking choc
             Paper cup
             Choc. rice

CARA:

1.  Pukul gula dan butter sampai hancur.  Masukkan telur dan esen vanila.
2.  Ayak masuk tepung2, uli menjadi doh.
3.  Bentukkan bulat2 seperti guli.
4.  Bakar. Sejukkan.
5.  Cairkan cooking choc, hias atas biskut tadi dan tabur choc. rice.
6.  Kemudian masukkan dalam paper cup.
7.  Choc dah keras bolehlah disimpan.

BISKUT 'Y'

Resepi original.
Sumber: Maksu Dah


BAHAN:

2 1/2 cwn tepung gandum - digoreng dahulu sampai ringan
1/2 cwn gula pasir (nak lebih manis sila tambah)
Butter/planta ikut lembut

CARA:

1.  Gaul tepung dan gula hingga rata.
2.  Masukkan butter sedikit-sedikit ikut lembut.  Uli menjadi doh.
3.  Tekan dalam acuan 'Y'.
4.  Bakar.

AGAR-AGAR SANTAN

AGAR-AGAR SANTAN

BAHAN

10gm agar-agar strip
900ml air
1/2 cwn santan (200ml)
3/4 cwn gula
1 bj telur (pukul)
1 helai daun pandan (carik dan simpul je)
Pewarna hijau
Secubit garam

CARA

1.  Masak agar-agar  daun pandan, biar sampai mendidih.
2.  Masukkan gula, kacau sampai hancur.
3.  Sementara tu dalam mangkuk lain masukkan santan, telur, garam & pewarna hijau, kacau sebati.
4.  Masukkan ke dalam agar-agar tadi. Kacau lagi sehingga mendidih dan kelihatan seperti lumut.
5.  Tutup api dan sejukkan dalam acuan.

27 Oktober 2009

SAUDARA SEBELAH SUAMI


Ayah dan bonda mertua bersama maksu dan anak-anaknya  (yang baju oren tu, anak bujangku) ketika sama-sama beraya di kampung suamiku.  Lagi la ramai.....


Ibu mertua bersama 4 orang adiknya.

SAUDARA SEBELAH IBU


Sepupu dan anak sedara berkunjung pada raya yang lepas.  Adoiii...tak menang tanganku dan suami dibuatnya.  Kami jamu soto dan kuih raya je lah...

 
Mak Long dan Mak Tih serta anak menantunya di ruang dapur.  Nanti datang le lagi....


LAKETOWN RESORT, BUKIT MERAH

 Dah beberapa kali melawat ke sini.  Seronok la jugak.  Sempat bermalam dan menikmati suasana malam.  Bagi anak-anak tentulah mereka seronok sangat tapi ina rasa...biasa je.  Datang le...menarik tempatnya.  Kalau hari cuti memang ramai sangat yang berkunjung.

 
Ina bersama mak usu di hadapan kedai cenderamatanya di Laketown.  Bersebelahan dengan video games & snooker. Kalau kalian datang ke sini bolehlah ke kedainya.  Beliau amat peramah sekali.  Macam-macam ada dijual.

 
Anakku yang bongsu (Izwan), tangan pun tak sampai nak pegang ada hati nak bawa motor.  Oppp! hati-hati nanti langgar ibu dan ayah pulak....

 
 Anak kedua (Nur Ain) bergaya di hadapan kedai tok su.

TAKDIR

MALANG TAK BERBAU

          Enam tahun yang lalu berlaku satu peristiwa yang tak boleh ku lupakan.  Kejadian itu adalah berkenaan ayahandaku yang sangat disayangi.  Dia mengidap kencing manis selama beberapa tahun tanpa pengetahuanku kerana dia merahsiakannya daripada semua ahli keluarga.  Sebenarnya aku pernah bertanya, ubat apakah yang dimakannya setiap hari.  Dia cuma menjawab,"itu adalah ubat sakit lutut".  Aku taklah pula menyangka sebaliknya.

          Sebelum itu, aku sekeluarga dan ayahanda ditimpa kemalangan jalanraya sehingga menyebabkan ayahandaku patah bahu kirinya.  Pada hari tersebut aku mengambilnya dari kampung kerana mengubati penyakitnya yang sebelum itu demam yang agak lama.  Sewaktu pulang itulah kejadian buruk berlaku.  Kereta yang dipandu oleh suamiku telah dihimpit oleh sebuah lori minyak yang tidak berperikemanusiaan dari sebelah kanan.  Memandangkan kereta wira yang semakin hampir dari arah bertentangan tiba itulah maka lori yang tak lepas memotong kereta kami itu cuba mengelak lalu menghimpit kami.  Suamiku tidak boleh berbuat apa-apa kerana 2 tayar telah terangkat menyebabkan kereta kami berpusing-pusing ke sebelah kanan jalan.  Dengan sekelip mata aku terdengar dentuman yang kuat di pintu depan sebelah kiri ayahandaku.  Aku dengar ayahanda melaungkan nama Allah.  Aku sempat menarik dan memeluk erat kedua-dua anakku yang sedang tidur sambil berdoa agar tidak berlaku kecederaan dan sebagainya.  Aku sungguh cemas memandangkan di kiri dan kanan jalan tersebut ada parit kecil yang dipenuhi air dan tidak jauh dari situ ada jiwa yang maut serta masih baru lagi kerana tali AWAS merintangi kawasan kejadian.

          Aku bersyukur kerana kereta tidak menjunam masuk ke dalam parit.  Aku juga berterima kasih kepada kereta wira yang melanggar kami itu, jikalau tidak sudah tentu kami semua menemui ajal tenggelam di dalam air.  Kereta wira itulah juga menyebabkan kereta kami berpusing dan berhenti di tempat yang selamat.  Keretaku remuk teruk.

          Dalam kemalangan itu juga melibatkan kenderaan lain.  Sebuah penunggang motorsikal bangsa india telah tercampak ke atas rumput tebal berhampiran parit tersebut.  Dia pengsan menurut orang ramai yang melihat. 

          Lori yang melanggar kami itu sungguh tak berhati perut kerana cuba melarikan diri.  Alhamdulillah kerana ada 2 insan yang datang membantu mengejar beliau dan dapat mengesannya serta menyuruhnya membuat report.

          Seperkara yang amatku kesali ialah berjam-jam kami menanti van ambulan tapi tak kunjung tiba dan akhirnya kami dihantar oleh seorang bangsa cina (penunda kereta kami) ke hospital sehinggalah selesai pemeriksaan dan dihantar pulang.

          Aku cuba mencari 2 orang lelaki melayu yang membantu kami dahulu untuk memberi sedikit sumbangan ikhlas tapi malangnya tidak tercapai kerana no.telefon yang aku call orang lain yang jawab.  Semoga Allah membalas jasa mereka itu.

          Akibat daripada peristiwa itulah juga maka penyakit ayahandaku semakin melarat sehingga lebih sebulan dimasukkan ke hospital.  Kemasukkannya setelah jatuh dan koma di rumah.  Melihat keadaan itu aku benar-benar cemas dan hilang kawalan emosi.  Aku tak sedar menangis dengan raungan yang kuat sehingga pipiku ditampar oleh suamiku barulah aku tersedar.  Kemudian aku mengambil wuduk lalu membaca yassin.

          Selepas itu ayahandaku asyik keluar masuk ke hospital.  Tetapi berkat tidak putus asa serta doa berpanjangan kepadaNya, kini ayahanda kembali sihat tetapi setiap hari perlu makan ubat.  Alhamdulillah.

          Kini, ayahandaku sering teringatkan anak sulungnya yang berada jauh di utara kerana jarang bertemu.  Mungkin abang sibuk melayan student-studentnya di matrikulasi lantas tidak dapat pulang selalu menziarahinya.  Jadi aku mohon abang luangkanlah masa pulang ke kampung menjenguk ayahbonda yang masih bersisa usia mereka itu walau seketika cuma......  Maafkan adikmu...

BISKUT 'Y' CORNFLAKES

BISKUT 'Y' CORNFLAKES
(sumber: inaria-487.blogspot.com)

BAHAN

4 1/4 cwn tpg. gandum
1 1/2 cwn gula kasar
1 cwn cornflakes - dikisar
2 camb susu tepung
Butter ikut lembut

CARA

1.  Gaul semua bahan dan masukkan butter ikut lembut.
2.  Tekan dalam acuan 'Y'.
3.  Bakar.

* Ina tak guna acuan 'Y'.  Ina ambil je bekas ice cube bentuk 'love' (saiz kecil) atau apa-apa bentuk yang menarik (mcm acuan putu kacang ke..tapi mestilah saiz kecil), Ina masukkan adunan ke dalamnya dan ketuk keluar.  Susun dalam tray dan bakar.  Ina rasa lagi menarik bentuknya.  Itu CITARASA Ina.....









BISKUT BIJAN KOKO

BISKUT BIJAN KOKO
(sumber: inaria-487.blogspot.com)



BAHAN

200gm butter
160gm gula castor
1 bj kuning telur
1 camt esen vanila
2 1/4 cwn tpg. ubi
1/2 cwn tpg. jagung
1 1/2 cwn tpg. gandum (ikut lembut)
3/4 cwn serbuk badam
3/4 cwn  bijan disangai (ambil sedikit utk hiasan)
1/2 cwn serbuk koko
Hiasan: Putih telur
            Bijan utk ditabur

CARA

1.  Pukul gula dan butter. Kemudian masukkan telur dan esen vanila.
2.  Masukkan badam dan bijan serta tepung2 yg telah diayak.  Tepung gandum hendaklah dimasukkan akhir sekali ikut lembut. Uli menjadi doh.
3.  Bahagikan adunan kepada 2 bahagian.  1 bhgn dimasukkan serbuk koko.
4.  Cubit sedikit kedua-dua bahagian(adunan) dan bentukkan bulat2 seperti gambar di atas.  Kemudian sapu dengan sedikit putih telur dan taburkan bijan.
5.  Bakar 180C.

* adunan memang lembut




26 Oktober 2009

PUDING SUSU

PUDING SUSU

BAHAN

10gm agar-agar strip
3/4 cwn gula
1 tin susu cair
3 1/2 cwn air/600ml
1 cams planta
1 bj telur (pukul)
3 cams tpg. jagung (bancuh dgn sedikit air)

CARA

1.  Masak agar-agar dgn air.  Setelah mendidih masukkan gula.
2.  Masukkan semua bahan kecuali telur dan biar sampai mendidih.
3.  Kemudian masukkan telur, kacau sebati.
4.  Tutup api.  Bubuh dalam acuan atau loyang.
5.  Sejukkan.






PUDING KASTAD

PUDING KASTAD

BAHAN

1 cwn tepung kastad
4 cwn santan/susu cair
3 senduk sup gula pasir(ikut manis)
1 camt garam
1 tin jagung krim

CARA

1.  Campur semua bahan dalam periuk dan masak atas api perlahan.  Kacau sentiasa sampai berkilat dan pekat.
2.  Tutup api dan bubuh dalam acuan atau loyang.
3.  Sejukkan.

* rasanya lemak-lemak manis

BISKUT BUAH PINGGANG

BISKUT BUAH PINGGANG
(memang sedap, rugi kalau tak cuba)
Sumber: Jiran mak yang selalu ambil tempahan




BAHAN

1 cwn gula kisar                                 
1 1/2 cwn butter (1 kiub)                    
1 bj kuning telur                                  
1 camt esen vanila   
1 cwn tpg. gandum      
2 cwn tpg. kek
1 cwn biskut marie putih (sukat dulu baru kisar)
1 1/2 cwn cornflakes             "          "
Hiasan:  Putih Telur & Sedikit Cornflakes kisar

CARA

1.  Pukul gula dan butter sampai kembang.
2.  Masukkan telur dan esen vanila. Pukul sebati.
3.  Masukkan tepung2 yang diayak, biskut marie dan cornflakes.  Uli menjadi doh.
4.  Canai dan terap dengan acuan.  Sapu putih telur dan tabur sedikit cornflakes kisar.
5.  Bakar.

BISKUT SARANG SEMUT

BISKUT SARANG SEMUT
(sumber: eryne)



BAHAN


1 1/2 cwn butter                                                  
1 cwn gula castor                                                
1 bj kuning telur                                                  
1 camt emplex - optional                                     
3 cwn tpg gandum - ikut lembut
1 cwn bumbun tpg. jagung @ t.kastad
1 cwn esen vanila
Hiasan: coklat rice
            paper cup

CARA


1.  Pukul gula dan butter. Masukkan telur dan esen vanila kacau sebati.
2.  Ayak masuk tepung2 dan emplex.
3.  Uli menjadi doh.  Sagat atau tekan dengan acuan maruku dalam mangkuk.
4.  Cedok masuk ke dalam paper cup dan hias dengan choc. rice.
5.  Bakar.

BISKUT KOKO SUSU

BISKUT KOKO SUSU
(sumber: SAJI 2008)
(resepi tak guna telur)

BAHAN

1 cwn butter/planta                                      
3/4 cwn gula icing  
1 camt esen vanila
3 cwn tpg. gandum                  
1/2 cwn susu tepung                                      
Serbuk koko - optional
Hiasan: ceri merah

CARA

1.  Pukul butter dan gula.  Masukkan esen vanila.
2.  Masukkan susu tepung - kacau.
3.  Ayak masuk tepung gandum, uli menjadi doh.
4.  Bahagikan kpd 2 bhgn. 1 dibubuh koko.
5.  Tekan dengan acuan tart/semperit.  (adunan memang lembut)
6.  Tekan 2 kali dengan acuan, bunga pertama putih dan kedua (atasnya) bunga koko (bertindih la ni)
7.  Bakar.

* Pegang... keras tapi bila makan...rangup.

KEK COKLAT LEMBAB





KEK COKLAT LEMBAB
(sumber: kak zie LLM)


BAHAN

1 cwn gula kisar                                             
1 cwn butter@ 200gm butter 
3 bj telur 'A' 
1 1/2 cwn tpg. gandum  
1/2 camt soda bikarbonat                                           
1 camt baking powder
1 1/2 camt esen vanila                                   
1 camt nescafe
1/2 cwn serbuk koko                                            
3/4 cwn air



CARA

1.  Step pertama bancuh koko, air, nescafe esen vanila, simpan dalam peti ais.
2.  Pukul butter dan gula sampai kembang barulah dimasukkan telur sebiji demi sebiji.
3.  Masukkan tepung2 yang telah diayak dengan bhn kering lain berselang seli dengan bancuhan koko tadi.
4.  Masukkan dalam loyang dan bakar sampai masak.

Hiasan: Choc. rice

Topping

1/2 cwn susu pekat (agak2 je)
1/4 cwn serbuk koko (aku guna van houten)
2 cams minyak masak

Cara:  Masak semua bhn atas api perlahan sampai pekat. Tuang di atas kek yang dah sejuk tadi dan tabur dengan choc. rice.  Emmm...sedap!

Ralat:  Ina heran la beberapa orang rakan yang mencuba resepi ni, mereka kata susah nak jadi tapi Ina tak de lah pulak.  Setiap kali buat pasti jadi.  Ina pernah buat untuk jamuan.  Pertama kali Ina buat dulu pun tak de masalah.  Terima kasih banyak kak zie...

KEK MARBLE

KEK MARBLE
(sumber: newspaper)

BAHAN

1 cwn gula kisar                                    
1 cwn butter                                         
3 bj telur 'A'     
1 1/2 cwn tpg. kek 
1/2 camt baking powder
1 camt esen vanila
1/2 cwn serbuk koko

CARA

1.  Pukul gula dan butter sampai kembang.  Masukkan telur sebiji demi sebiji dan esen vanila. Pukul lagi.
2.  Masukkan  tepung yg telah diayak bersama dgn baking powder, gaul sebati.
3.  Bahagikan kepada 2 bahagian.  1 bhgn dibubuh koko.
4.  Tuang ke dalam loyang berselang seli dengan adunan asal.
5.  Bakar.

Memang menjadi setiap kali Ina buat



BISKUT KELAPA

BISKUT KELAPA
(sumber: hanieliza)

BAHAN

1 kiub butter                                             
200gm gula castor                                    
1 bj kuning telur                                               
1 camt esen vanila   
1 1/4 cwn tpg. gandum
2 cwn kelapa kering
1/2 cwn nestum kisar
1 1/4 cwn tpg. ubi  
                                  
Hiasan: Cooking choc/Kuning Telur
            Kelapa kering

CARA

1.  Butter dan gula dipukul. Bubuh telur dan esen.
2.  Campur bahan-bahan kering berselang seli dan gaul jadi doh.
3.  Canai dan terap. Hias ikut suka.
4.  Bakar 170C - 15min.


Memang gebu sangat

BISKUT KERANG/DAM

BISKUT KERANG
(sumber: Kak Zana)

BAHAN

1 cwn butter                                       
3/4 cwn gula castor                             
1 bj kuning telur                                  
2 camb susu pekat 
1 1/2 cwn tpg. jagung
2 cwn tpg. gandum
1 camt esen ros/vanila
1 camt baking powder
1 camt emplex (optional)
Serbuk koko                                      

CARA

1.  Pukul butter dan gula. Kemudian bubuh telur dan esen vanila.
2.  Ayak masuk tepung2 dll kecuali serbuk koko. Uli menjadi doh.
3.  Bahagikan kepada 2 bahagian.  1 bahagian dibubuh serbuk koko dan 1 lagi dibiarkan asal.
4.  Letak sebelah menyebelah kedua-dua adunan ini(bentukkan 4 segi atau bulat) dan dipotong dengan benang.
5.  Bakar.

Resepi ni sesuai juga untuk biskut aiskrim.  Anak-anak Ina suka sebab ada rasa susu.
    (gambarnya nanti Ina uploadkan, tak sempat nak snap raya lepas)




KEK BATIK

KEK BATIK
(sumber: Asniza - rakan setugas)



 Belum keras lagi dah kena potong...tak sabar2 nak ngappp..


BAHAN

250gm butter
1/2 cwn biskut marie kisar
Biskut marie secukupnya (dipatah-patahkan)
1 tin susu pekat
1 camt esen vanila
1/2 cwn milo
2 cams serbuk koko
Hiasan: kacang tanah goreng yg dikisar kasar

CARA

1.  Cairkan butter kemudia masukkan koko, milo, susu dan esen vanila. Kacau sebati dalam kuali.
2.  Bubuh biskut marie dan kacau sampai pekat.  Tutup api.
3.  Susun biskut marie yang dipatah2kan dalam loyang, tuang adunan tadi.  Ulang lagi proses ini sehingga habis.
4.  Akhir sekali tabur dengan kacang tanah kisar.
5.  Biar beku dan simpan dalam peti ais.

*************************************************************************** 

 Ini ina guna resepi lain...guna telur.  Resepinya nanti ye.

Dapat lagi banyak.


SEMPERIT

SEMPERIT 
(setiap kali raya wajib buat)



BAHAN

1 cwn gula icing                                         
250gm butter                                             
1 bj kuning telur                                         
1 camt esen vanila
2 cwn tpg. kastad
1 1/2 cwn tpg. jagung (tambah lagi jika adunan lembik)
1 1/2 cwn tpg. gandum
Ceri merah utk hiasan

CARA

1.  Pukul gula dan butter. Kemudian masukkan telur & esen vanila. Pukul lagi sampai sebati.
2.  Masukkan tepung2 yang telah diayak dan uli menjadi doh.
3.  Tekan dengan acuan semperit dan hias dgn ceri.
4.  Bakar

*Nota: jika lembik tambah tepung jagung.

(Ina guna senduk kayu je untuk membuat sebarang jenis biskut)











23 Oktober 2009

JAMU MATA

IKAN KALUI


Ini ikan dalam akuarium rumah Ina. Hobi suamiku la ni. Tak cukup dalam rumah dia buat pulak rock garden di luar.  Macam-macam jenis ikan dibelanya dan dah banyak juga yang mati.



IKAN LAMPAM


JAHIT MANIK

Baju kurung ni Ina jahit sendiri tau. 
(baju raya lepas)

Warna purple jadi pilihan.

Ni pun baju raya ina.  Jahit manik simple2 je. 
  
Ina reka sendiri jahit manik ni.  Tak le secantik mrk yg dah pro tu.  Utk kepuasan sendiri je. 




KRUSYE-ANEKA SENI

CORAK LOVE
(nanas dan anggur)

Sarung bantal yang Ina hasilkan.  Belajar daripada adik ipar.


BEKAS TISU
(ini guna acuan)


CORAK ANGGUR

KRUSYE LAGI

DOILY(corak matahari)




Senang je nak buatnya.  Cubalah!

DOILY (matahari lagi... Ina guna benang tebal)




Bulat Kecil (dicantum)
Ina suka corak tengahnya yang gelembung2. Sesuai guna benang tebal barulah nampak gelembungnya.  Cantik bila nampak dari jauh, timbul.



BUNGA NANAS
(guna 2 warna. Corak yang simple. Guna benang halus. Ramai rakanku yang sukakannya)






KRUSYE

KRUSYE

          Krusye atau mengait adalah sebahagian daripada hasil seni yang Ina ikuti.  Sudah lama tidak mengait kerana sekarang ni musim menyulam.  Jadi Ina lupakan buat sementara.  Kebanyakan hasil seni ini Ina buat semasa di bangku sekolah dan sebelum mendirikan rumahtangga.  Kalau di masa ini ada-ada saja yang nak tumpang mengait sama. 
    
          Di sini Ina tunjukkan gambar krusye yang Ina buat untuk alas meja makan yang bersaiz agak besar juga.  Memang agak lama juga mengambil masa untuk menyiapkannya.  Itu zaman anak dara le...masa Ina tinggal di K.L.  Tak sangka pula ada lelaki bujang nak menempah pada masa tu tapi bukan untuk meja makan sebaliknya untuk lapik tv saja.  Nak tengok.....? Inilah hasilnya:-





          Selain tu ada beberapa siri lain yang Ina buat.  Yang di bawah ni Ina buat untuk meja bulat (besar juga).  Ina suka guna benang putih sebab mudah dipadankan dengan apa saja.  Coraknya menarik macam spider web.  Masa membuatnya tak sabar-sabar nak tengok rupa yang dah siap.  Oleh sebab itulah juga Ina lebih suka membuat corak yang kecil-kecil dan dicantum jadi besar.

SPIDER WEB






 CORAK ANGGUR & NANAS




CORAK BERANGKAI



          Mengait ni kalau dah mula memang susah nak berhenti.  Puas bila dah siap cuma para suami je yang tak berapa seronok bila si isteri asyik sangat dengan benda ni.  Jangan le marah...gila benda ni tak pe jangan gila benda lain....kan?  Kalau gila barang kemas macam mana?




BANTAL HIASAN 1

BANTAL HIASAN

          Kepandaian Ina menjahit corak bantal ini datangnya dari suami.  Dia belajar ketika menghadiri kursus di Giatmara.  Dia taklah minat nak buat benda ni, sebenarnya Ina yang lebih...Ina paksa dia tanya tok gurunya supaya bagi buku nak pi fotostat.  Dah dapat buku tu, apa lagi...gila-gila la Ina cari kain dan jahit.  Mungkin dah minat sangat kot, Ina berjaya menjahitnya.  Alhamdulillah...ramai yang tanya nak belajar pada Ina pulak.  Tak pe...Ina sedia membantu.  Banyak juga yang telah Ina jual.  Mereka sukakan bantal bulat tapi buat masa ni Ina tak uploadkan lagi.  Sorry....


BUNGA LAWANG


Sebahagian yang masih belum siap.  Bila la agaknya nak sentuh.


Guna kain satin baru cantik....Nampak shining.  Ada yang menempah padaku corak ni.

BUTANG


Coraknya seperti butang.  Menjimatkan kain sebab corak tak rapat sangat. Agak susah
nak jahit tapi kalau ada kemahuan semuanya boleh jadi. Ina buat alas TV.  Kalau alas meja
habis la...penyek kena tindih dengan benda.

SISIK IKAN


Perlu kesabaran menjahitnya.  Naik juling mata ketika menjahit tapi bila dah siap rasa bangga sebab berjaya menyudahkannya.  Ina buat untuk bantal bersaiz 16 x 16inci letak di belakang kereta. Corak ni
memerlukan kain yang agak lebar kerana coraknya rapat-rapat.


Ini yang belum cantum lagi untuk dijadikan sarung bantal.  Nantilah ye Ina upload gambar
bantal yang dah siap sepenuhnya.