21 Oktober 2009

TETAMU RAYA 2009

Kunjungan dari pelajar 5SN SMKPA (Fatin & the gang).  Mereka semuanya agak akrab denganku semasa di sekolah. Aku senang dengan mereka.  Semoga mereka akan berjaya dengan cemerlang dalam SPM nanti.

Ini adalah pada hari raya ke3. Ramai sungguh tetamu yang datang sampai jam 12.oo mlm. Meriah sungguh.  Anak-anakku apa lagi...seronok kutip tol kata mereka.  Tahun ni pecah rekod, kuih raya habis langsung dalam masa 5 hari je.  Aku buat 9 jenis, ada jugak yang tak sempat jamu raya sebab anak-anak aku jamu perut mereka terlebih dahulu.Lepas raya pun aku buat lagi, pun.....habis!  Lepas ni...mereka minta buat lagi. Adoiiii.....



Apa yang lucu sangat Fatin tu?  Seronok aku tengok mereka ramai-ramai datang beraya.  Aku dulu-dulu tak de peluang la nak melaram macam mereka.  Sekarang ni mereka guna motosikal, aku dulu guna basikal.  Nak beraya jauh sikit mesti kena marah.... opp! imbas kembali kenangan lama.

 
Adiba nak pergi mana tu?  Nanti......duit raya belum bagi lagi....Merajuk ke?







Tiada ulasan:

Catat Ulasan