11 Januari 2014

HANDMADE ICE-CREAM

HANDMADE ICE-CREAM
sumber: internet

BAHAN:

1 tin susu cair
1/2 tin susu pekat
2 cams ovalette (ina buh bumbun)
1 cams tepung jagung (ina bancuh dgn sikit air masak) - utk lambatkan aiskrim cair
1 camt esen vanilla
Perisa
Pewarna

CARA:

1) Kisar semua bahan kecuali perisa smpi kembang/gebu mcm kek (ina guna mixer) dlm mangkuk besar sbb adunan akan jd 2x ganda.

2)  Bhgikan beberapa adunan + perisa + pewarna.

3)  Simpan dlm peti ais semalaman.

* Ovalette mmg kna buh byk....klu tak, aiskrim tk mau gebu masa kisar....nti jd aiskrim M'sia pulak...



Putar semua bahan kecuali perisa dan pewarna smpi gebu.  Ina guna hand mixer je!

Setelah 20min akan jadi gebu mcm ni. Pekat mcm adunan kek.

Lps tu masukkan perisa yg anda suka.

Bhgkan kpd beberapa bahagian.  

Ini perisa strawberry....1 adunan dpt 1 1/2 bekas ni.

Mula2 buat Ina tak buh tepung jagung....mmg cepat cair.

Tabur sikit coklat rice masa hidang.



Berkali2 dah buat....ovalette tu yg main peranan.


Buh dlm bekas kecik2 mcm ni senang nk simpan dlm peti ais.








DAH POS Yeeeeeee....

Alhamdulillah dah selamat diterima oleh tuan empunya.  Selepas parcel dipos maka Ina tidak bertanggungjwb dah lagi ye... Segala kesulitan selepas itu adalah t/jwb sendiri. Segala urusan pos adalah mengikut prosidur yg betul.







JAHIT TELEKUNG

Pertama kali jugak ni tau.....ikut tutorial daripada seorang blogger, lupa pulak laman web nya.  Nak tengok?  Jom.....masih byk kekurangan, nk kena try lagi.

Bhgn kepalanya Ina buh lace biru dan jahit kedut.

Jahit tali getah utk keselesaan.

Color hijau tu utk anak ke 3, putih utk diri sendiri. Ina jahit renda dot2 biru sbg hiasan.

Ina guna 2m je kain utk telekung bidang 45".....klu bidang 60" lg cantiklah jadinya.

Utk Nurul cukup 3 m kain utk sepasang....badannya kecik je!

Nanti nk cari color lembut pulak.









TRY BUAT GAUN KANAK2

1st time jahit gaun kanak2....yg ni utk anak perempuan Ina yg no 3 tu....Ina tiru gaun lamanya yg dah kecil,  Ina tetas dan adjust ukurannya.  Alhamdulillah menjadi la jugak.....

Maaf le...gambar kurang jelas.  Ini gambar penuh gaunnya....ok tak?

Bhgn depan Ina buh bunga hiasan color biru (reka sendiri tau!) dan lace di bhgn pinggang.

Mcm ni lah rupanya.  Tengoklah tu...bukan main seronok Nurul dpt gaun baru.

Posing atas katil lagi....hihihi


Lepas ni Nurul mintak Ina buat lagi...huhuhu.....InshaaAllah selagi ibunya larat.  Dah beli kain pun....tunggu masa sesuai je nk gunting.  Kena tgok mood jugak.


Amboiiiii......


Seronoklah tu....


Ina buh zip pjg.


Bhgn belakangnya Ina buat riben pjg. Plain color.


Lehernya Ina buh piping je.


Tangannya pulak Ina jahit kedut dgn benang getah. Sengaja jahit atas sikit supaya hujung lengan jd bentuk loceng.


Taraaaaa....mcm ni lah hiasan di depan baju.


Bunga ni boleh jugak kita buat 'brooch'.  Senang je nk buatnya.  Ina byk belajar dari laman blogger.  T.ksh byk kpd mrk yg tak lokek bg ilmu kpd org lain.










CORAK NANAS-LIGHT PINK SUNGGUH MENAWAN

CORAK NANAS LAGI......tak jemu2 dgn corak ni.....alhamdulillah sebagai penutup tirai 2013 Ina sempat siapkan 6 bj bntl utk org KL dan S'gor.  Yg color pink dan deep cream tu...katanya nk guna utk hias kt pelamin....sblm ni beliau dah pernah order color cream.  Rupanya buat utk lapik tgn pengantin ketika merenjis air mawar.  Bagus jugak idea tu ye!

























09 Januari 2014

SELAMAT TAHUN BARU 2014

Alhamdulillah baru kini Ina berkesempatan menulis lagi.  Selamat Tahun Baru semua.  Semoga anda semua dirahmati Allah hendaknya.  Tentu masing2 sibuk dgn tugasan masing2 tak terkecuali juga bg Ina menguruskan 5 org anak yg masih bersekolah.  2 org di asrama manakala 3 lagi masih di rumah.  Byk keperluan yg hendak dibuat.  Alhamdulillah semuanya berjalan lancar.

Dah lama juga Ina tak upload apa2 hasil dlm blog ini....ada problem sikit sblm ni.  InshaaAllah lepas ni Ina update sikit2 ye.  Fb pun terpaksa update pada masa tertentu je....mmg bz sgt.  Mcm2 nk buat.