Memaparkan catatan dengan label Kek. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kek. Papar semua catatan

16 Oktober 2015

KEK CHOC. MOIST





BAHAN

1 cwn gula kisar                                             
1 cwn butter@ 200gm butter 
3 bj telur 'A'
1 1/2 cwn tpg. gandum 
1/2 camt soda bikarbonat                                           
1 camt baking powder
1 1/2 camt esen vanila                                   
1 camt nescafe
1/2 cwn serbuk koko                                            
1/4 cwn air



CARA

1.  Step pertama bancuh koko, air, nescafe esen vanila, simpan dalam peti ais.
2.  Pukul butter dan gula sampai kembang barulah dimasukkan telur sebiji demi sebiji.
3.  Masukkan tepung2 yang telah diayak dengan bhn kering lain berselang seli dengan bancuhan koko tadi.
4.  Masukkan dalam loyang dan bakar sampai masak.

Hiasan: Choc. rice

Topping

1/2 cwn susu pekat (agak2 je)
1/4 cwn serbuk koko (ina guna van houten)
2 cams minyak masak


Cara:  Masak semua bhn atas api perlahan sampai pekat. Tuang di atas kek yang dah sejuk tadi dan tabur dengan choc. rice.  Emmm...sedap!




15 Oktober 2015

KEK MILO KISAR






Resipinya:

3 biji telur
1 cwn minyak
3/4 cwn gula
3 camb susu pekat
3/4 cwn milo
1/4 cwn serbuk koko
1 cwn tpg. Gandum
1 camb baking powder
1 camt esen vanilla

Cara:

1.  Kisar telur, gula, minyak n esen sampai hancur.
2.  Tuang dlm tpg yg diayak bersama b.powder + milo + koko...kaup balikkan.
3.  Bakar 




24 Mac 2014

MUFFIN MILO

Sumber: Kak Fida
Minta izin ye....

Muffin_milo



 



Bahan-bahan ( 15pcs muffin bergantung pd size muffin cup )

  • 100 g mentega cair/minyak masak
  • 100 g gula perang
  • 100 g gula halus
  • 2 biji telur
  • 1 sk esen vanilla
  • 1/8 sk garam (jika guna minyak)
  • 80 g serbuk Milo
  • 280 g tepung naik sendiri - diayak
  • 120 g susu segar (Ina:  susu pekat + air pun boleh jugak)
  • Hiasan: choc cip, choc rice, milo balls, cornflakes, cocoa pebbles dll...

Cara-cara:

  1. Masukkan bahan2 ke dalam mangkuk ikut urutan sambil dipukul rata dengan hand whisk.
  2. Masukkan adunan ke dalam mangkuk muffin 1/2 paras dan tabur dengan topping pilihan jika suka (akak tabur dengan cocoa pebbles cereal)
  3. Bakar pada suhu 170C selama 25-30 min atau hingga masak.






01 Julai 2013

MAGIC PAN

Try bakar kek pisang dlm magic pan ni.  Saiz pan ni ialah 36cm...mmg besar. Boleh bakar 2 ekor ayam saiz sederhana (kna potong2 leee...).  Cepat dan jimat masa.  Harganya masa beli tu RM100...tak lama kemudian....balik kpg di Bt. Kurau harganya jatuh RM80 je...huhuhu....'Tipah tertipu"....




 1st time bakar kek dlm ni. Yg ni baru masukkan adunan.   Hmmm....dari segi masa mmg tak dinafikan, sgt cepat masaknya.  Kira2 30jam tp malangnya....bahagian tghnya agak terlbh masak la pulak....wlp api dah slow tp still nmpk hitam.  Kena lapik dgn tudung periuk gak ke???

Setelah masak, naik tinggi...cantik!

 Gebu je...tp jgn selak bwhnya ye...ada hitam sikit kat tghnya...huhuhu

 
Ina guna resipi Kak Fida.  Blend je.
 
Pe pun ina lebih suka bakar dlm periuk bingka, wlp agak lama masaknya tp lebih memuaskan.

Kalau panggang ayam memanglah terbaiiiiiikkkkk!



08 Mac 2013

KEK KELAPA KERING

Kek ni memang sedap dan gebu sangat2.  1st time ina try terus menjadi!  Kepada sesiapa yang ingin mencuba, bolehlah tengok resipi di bawah.  Sumber: Rohaimi fb.  Terima kasih Amy ye dgn resipi yg sedap ini.  Byk juga resipi2 Amy yg lain tu akak cuba.  Semuanya menjadi.

KEK KELAPA KERING

1 ½ adunanagak tebal

BAHAN:
A: PUKUL KEMBANG:
195g gula halus 
300g majerin
3 biji telur A/4 bj B  
 
B:AYAK:
225g tepung gandum
1 ½ camt baking powder 
½ camt soda bikarbonat  
 
C:
1 ½ camt esen vanilla
½ cwn kelapa kering
3 camb susu tepung 
3 camb susu pekat (ina tmbh)
 *sedikit koko n kelapa kering - tabur
 *bubuh sedikit kaler hijau dlm adunan
 
CARA: 

1)   A + B + C.
2)   Bakar.







21 Februari 2013

KEK KOKO KISAR


Sumber: K.Fida myr
  
Bahan-bahan ( loyang 8 inc. / 9 inc. )

2 ½ cwn tepung naik sendiri - ayak = (tpg gandum + 2 camt b.powder + ½ soda)
1 ¾ cwn gula halus (boleh kurangkan)
250g mentega cair 
1 1/4 cawan susu segar/susu cair
4 biji telur
1 sk esen vanilla/esen perisa buah2an pilihan
5 cams serbuk koko 

NOTA: Nak buat kek marble pun boleh.
 
Cara-cara

1)  Blend semua bahan kecuali tepung dan esen. Tuangkan 
     adunan ini ke dalam mangkuk

2)  Masukkan tepung sedikit2 sambil dikacau rata + esen
     dan kacau lagi hingga sebati.

3)  Tuang adunan ke dalam loyang.

4)  Bakar pada suhu 160C selama 50 min-1 jam.

********************************************************************** 


Kek Koko yang mudah.  Guna blender je.


Ambik resipi Kak Fida di myr.

KEK LAGI

KEK COKLAT LEMBAB (BAKAR or KUKUS)
sumber: Kak fida.myr

Bahan-bahan ( loyang 9 inc ) 

Bahan A (MASAK – BIARKAN SUAM) :- 
300 g susu sejat/cair (dalam tin) = ( 1 1/4 cwn ) 
275 g mentega/majerin (1 cwn + 1/8 cwn) 
270 g gula halus ( 1 1/4 cwn )

Bahan B :- 
3 biji telur - pukul ringan dengan garfu 
1 sk esen vanilla 

Bahan C (AYAK DLM MANGKUK) :- 
185 g tepung gandum ( 1 2/3 cwn ) 
100 g serbuk koko (80g pon ok) = ( 3/4 cwn + 1/8 cwn ) 
3/4 sk soda bikarbonat
3/4 sk baking powder

Cara-cara 
1)  Bahan2 B dimasukkan ke dlm Bhn A - kacau rata. 
2)  Tuang campuran susu ke dlm Bhn C-gaul hingga sebati.
3)  Tuang adunan ke dalam loyang yang dialas kertas dan 
     sapu minyak/mentega.
4)  Tutup loyang dengan alum. foil dan kukus selama 45min.
     dengan api sederhana.

 Kek coklat lembab.  Boleh juga dikukus tp Ina lebih suka bakar.  Tak ingat dah la ambik kat mana resipinya.  Nanti Ina cari ye.

 Bakar dlm loyang gini je.

 
 Memang moist.

Guna susu cair.

************************************************************************
KEK KELAPA PANDAN
sumber: Rohaimi fb

1 ½ adunanagak tebal
BAHAN:
A: PUKUL KEMBANG:
195g gula halus 
300g majerin
3 biji telur A/4 bj B  
 
B: AYAK:
225g tepung gandum
1 ½ camt baking powder 
½ camt soda bikarbonat  
 
C:
1 ½ camt esen vanilla
½ cwn kelapa kering
3 camb susu tepung 
3 camb susu pekat (ina tmbh)

 *sedikit koko n kelapa kering - tabur
 *bubuh sedikit kaler hijau dlm adunan
 
CARA:
1)A + B + C..
2)Bakar.

Kek Kelapa Pandan.

 Memang gebu yg amat sangat.

Guna kelapa kering.

Layanlah dulu gambar2 ni ye...nanti Ina buh resipinya.

 Dah lama tak buat kek ni.

 Sedap...lemak2 gitu...

 
Lihatlah kegebuannya.  Sungguh teruja.

Puashati sangat dengan resipi ni tau!  Ina rasa ina ada letak kat dlm fb - Lina Rohaslina.  Cubalah anda survey ke sana.

**************************************************************************
KEK PISANG KARAMEL
sumber: kak fida.myr    
MEMANG SEDAP..GEBU!

BAHAN: 1 ½ adunan

A-MASAK SMPI AGAK2 PERANG:
2 cwn pisang lecek (480g)
1 cwn gula pasir
250g mentega
4 camb susu segar/cair/susu pekat
 
B-AYAK:
3 cwn tpg.kek(300g) =  (t.gndm + 3 camt b.powder)
1 camt soda bikarbonat
 
C-PUKUL dgn whisker je
4 biji telur
1 camt esen vanilla

CARA:
1) Bahan A + B + C - gaul rata.
2) Bakar.
NOTE:  Boleh juga dikukus.



Seronok la mencuba pelbagai resipi kek.  Ina ada juga masukkan dlm fb - Lina Rohaslina.  Anda carilah resipinya di sana ye.  Ina tak sempat la nak letak dlm ni.  Ada masa nti Ina buh dlm n.....jangan marah...

Hasilnya memang tak mengecewakan.  Selain warnanya yg menarik sbb gula dihanguskan dulu bersama pisang, rasanya juga sedap tambah2 klu guna pisang emas. Berurat2 gitu jadinya.

 Warna keemasan yang sgt cantik!!!

 Bersarang2 jadinya.

Kebanyakan kek Ina masak dlm loyang gini je...senang!!!

Kek pisang memang sedap bg ina seisi keluarga.

Jom makan!