Memaparkan catatan dengan label SHOULDER BAG. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label SHOULDER BAG. Papar semua catatan

13 Mac 2014

MESSENGER BAG

Assalamualaikum semua.  Kali ni Ina telah berjaya hasilkan sebuah lagi beg, 'messenger bag' utk anak lelaki Ina dlm Tahun 4.  Alif guna untuk pi tuisyen.  Ina ikut 'sebijik' tutorial seperti di bawah ni...cuma Ina tambah poket luar dan dalam je...ikut citarasa sendiri.  Material beg ni ialah baldu color biru gelap.

Sila rujuk di sini utk keterangan lanjut.....http://mmmcrafts.blogspot.com/





Ini ukuran tapak beg.  Anda tentu dah sedia maklum...kan?



*************************************************************************


Ina buat applique huruf  'M A N' (singkatan nama anak Ina) kat poket luar. Ina guna bias kuning di sekeliling bingkai dan cover poket.  Nak bg kontra color sikit jd nampak le keserlahan beg tu.



Ini poket kat flap beg.  Huruf A tu = Alif....panggilan manja tuan empunya beg...hihihi  Buat 1 hook kat situ + butang.  Niat di hati nak tampal corak lain....tak pe lah nti try utk beg yg lain pulak yeeee.

Memang banyak poket Ina buat utk beg ni.  Ini poket sebelah dalam beg.  Tengah rajin masa ni, Ina buat bias jugak kat poket2 tu.  Memang puas hati sangat hasil tgn kali ni.

Berhari2 jugak le Ina ambik masa nak siapkan.  Ni gambar poket yg dicantum pada lining semasa 60% siap.  Sebelah atas tu 1 poket je manakala sblh bawah pulak Ina buat 2 lapis poket.

Huruf A tu = flap bag, MAN pulak = outer bag.  Proses sebelum mencantum.

Selak poket sekali lagi...hihihihi

Dah siap......sebelah belakang beg ada 1 poket besar.

Sebelah depan poket kecik je....

Pandangan sisi beg.  Ina guna tali yg dibeli siap saiz 1.5 inci.  Oh ye....kat tengah tali tu Ina buh pelapik utk keselesaan Alif, elak sakit bahunya semasa menggendong beg ni....dia yg suruh buatkan.  Lupa snap gmbrnya pulak....sorry!










08 Februari 2014

SHOULDER BAG

1st time buat beg ni, byk lagi yg perlu dipelajari.  Ina guna interfacing yg keras tu je...nak cari batting tebal lembut sikit tu tak tau lak kat mana...huhuhu.  Kwn2 boleh bagi tau tak kt mana boleh dpt? Oleh sebab tu lah jugak beg ni nmpk mcm berkedut2 sikit....masa terbalikkan tu agak rumit sbb terlalu keras!!!  Ina belajar dari tutorial internet.  Mmg bagus betul la...lupa lak drp blogger sape tah....Pe pun t.ksh byk kpd mrk yg tunjuk tutorial tu.

Beg ni ina ikut ukuran sendiri je.  Untuk anak perempuan ina bw pi tuisyen.  Sebenarnya dh de beberapa buah beg ina buat utknya.....so bertukar2 le dia apabila jemu.  Ina pulak suka mencuba paten yg baru.  Nk tengok hasil akhirnya.  Lps ni ada 1 lg projek nk buat flap bag utk anak lelaki pulak.  Dia pun nak jugak katanya.

Cuma hias 1pc riben kat flap tu.

Bhgn tepi beg ina buat paten mcm ni.  Sedikit melengkung di bhgn bwhnya. Perlu berhati2 ketika menjahit 'curve' di sini.


Talinya ina beli je. Ina buh ring besi sbg penyambung.  Bhgn belakang ina buh poket zip.  Perlu diperkemaskan lagi.

Bhgn dlm beg, ina guna lining oren kotak2....guna kain yg ada je....  Buat 2 poket.


Ina guna velcro sbg ganti butang.

beginilah rupanya apabila dibuka.

2 beg yg terhasil.


Nurul sedang menggayakan beg tuisyennya.


** NOTE: Ina guna tutorial dari blogger ni.....terima kasih ye tuan empunya.
http://www.theribbonretreat.com/blog/messenger-bag-tutorial.html
http://www.fromthebluechair.com/2013/03/messenger-bag-tutorial-cutting_18.html