28 Oktober 2013

CARA BUAT BANTAL BULAT CORAK DAUN

Kesabaran dan ketekunan yg tinggi diperlukan untuk membuat sulaman ni.  Ina byk belajar dari tutorial blogger2 lain dan melihat corak2 yg dihasilkan mrk seterusnya try and error.  Kna berani mencuba barulah berhasil.  Klu setakat tengok je....huhhh...tak boleh kak oiiii!!!  Dulu Ina langsung tak pandai buat, bermula dari zero.  Suami lah yg byk bg perangsang....alhamdulillah skrg dah boleh reka sendiri tapi byk lg yg perlu dipelajari.  Tengok hasil org Brazil tu...hmmmm...sangat menakjubkan.  Mrk lebih rajin sanggup buat cadar lagi...huhuhu.  Ina belum terniat lg nk buat mcm tu.  Bantal2 mrk pun semuanya saiz besar2.  

Setelah siap.

Peralatan yang diperlukan.

Bab ni yg letih sekali....kna ukur betul2....jgn kasi bergerak kain tu...nampak tak hujung kanan atas gmbr tu... Ina guna penyepit baju......hihihi

Kena berhati2 masa menggaris, jgn terlalu 'menekan' mata pensel tu....nanti nampak garisan pada sebelah luar kain pulak.  Dah tak cantik....  Memang byk kotak kena buat.  Lagi kecil kotak tu, lagi byk la kna garis. Klu besar sgt tak cantik la pulak.

99% jahit tangan tau!!!  Mmg naik juling dibuatnya. Yg ini pandangan sebelah belakang.

Sebelah kiri tu adalah pandangan hadapan...yg kanan tu pandangan blkg.


80% siap.  Beginilah rupa daunnya (saiz kotak 1/2 x 1/2 inci).






PARCEL YG TELAH SELAMAT DIPOS

Alhamdulillah semua parcel yg telah dipos sebelum ni semuanya selamat diterima oleh pelanggan2ku.  Terima kasih byk dan lebih kurang mintak halal ye.  Semoga keikhlasan ku mendapat berkat dpdNya.  Aminnn.

Utk pengetahuan semua customer ku, setelah parcel dipos maka bukanlah tanggungjawab Ina lagi ye kerana segala urusan telah dibuat dgn prosidur yang betul.  Segala kesulitan yg timbul selepas itu adalah tanggungjawab anda sendiri.  Ini sbg peringatan sahaja kerana 'kita hanya merancang, Allah yg tentukan'.  Semoga anda semua sedia maklum.  T.kasih.






BANTAL BULAT CORAK DAUN 4 LINE

Inilah bantal alas dulang kawin pilihan K.Midah.  Dia nak color cream.  K.Midah order 3 pcs je tp Ina sedekahkan 1pc lagi sbgi hadiah kawin anaknya.  Semoga K.Midah gembira hendaknya.
Boleh juga dibesarkan saiznya spt bantal2 bulat yang lain tu. InshaaAllah.  Jika berminat bg tau Ina ye...PM je kat fb Ina Lina.  Harga mampu milik.

 Saiz corak ni 1/2 x 12 inci mmg agak rumit nak menggaris tapi hasilnya sungguh memuaskan.

 4 bj semuanya.

 Pandangan dekat.

 Color cream.


 Mcm ni la agaknya K.Midah nak letak bekas cincin tu....Alhamdulillah dah diterima dan terbang jauh ke Sarawak rupanya.

Nak letak pe lagi K.Midah ye?






16 Oktober 2013

BANTAL COMEL ALAS DULANG HANTARAN KAHWIN

Sesuai untuk letak barang kemas, jam dll lagi.  Ina buat bantal ni atas permintaan K.Hamidah dari Pahang sbg alas brg kemas utk hantaran kahwin anaknya....bakal menantunya org jauh...Sarawak katanya.  Sebenarnya yg ini hanya contoh sahaja.  K.Midah nak warna cream....nanti Ina tunjukkan ye.  Tak sempat upload lagi.  Saiz bantal ni 8 x 3 inci.  Saiz yg K.Midah syorkan.

 Corak daun jadi pilihan K.Midah.

 Nampak kecik dan comel je kan...tapi...teramatlah susah nak membuatnya berbanding dgn saiz bantal normal yg selalu Ina buat tu.  Lagi kecil saiz bantal tu lg susah nak membuatnya.  Nak tau kenapa?  Disebabkan saiznya yg kecil itulah juga maka setiap coraknya perlu dikecilkan...sekaligus Ina terpaksa menggaris setiap kotak...ratusan jadinya....huhuhu  Saiz setiap kotak/corak ialah 1/2 inci x 1/2 inci.  Anda boleh bayangkan sendiri ye brp byk kotak yg perlu Ina buat.  Lagi kecil kotaknya lg cantiklah coraknya.  Hanya mrk yg benar2 berminat sahaja bisa membuatnya.  Harganya juga berbeza dgn saiz normal ye.

Pandangan sisi.

Corak daun 4 lapis.


Color pink.

Color light gold....seakan2 cream.

Corak labu + nanas.






10 Oktober 2013

BANTAL CORAK LABU + NANAS

Corak ini juga semakin mendapat sambutan.  Alhamdulillah....InshaaAllah selepas ni ina akan cuba reka corak yg lain pulak ye.  Kena cari masa yg sesuai dan mood yg baik barulah boleh dtg idea...hihihi.  Jom tengok gambar di bawah ni.  Klu berkenan jgn segan silu bg tau ina ye.  

Ini color putih...customer dr Negeri Sembilan.  Dia nak lagi besar...8 bj katanya....huhuhu....sakit pinggang den nanti....bukannya ina tak boleh buat tapi segala2nya perlu ditambah.  Takut pulak nti kata tak berpatutan dan 'cekik darah'...ina tak mau digelar mcm tu...ina biz ni pun sekadar isi masa lapang je dan buat amal sikit2 utk bekalan akhirat nti.  So buat masa ni ina tak berani nk buat lebih besar.  Lagipun ina cuma pernah buat 2pcs sahaja saiz besar 13.5 x 6 inci utk koleksi sendiri je.  Saiz begini memerlukan fibre dan kain yg banyak...sudah tentulah memakan kos yg tinggi.  Belum lagi campur pos....huh...cubalah anda fikir sendiri.  Spnjang pengalaman ina guna pos laju, setiap kotak diambil kira berat dan ukuran kotak tersbut...memang memeningkan kepala.  Dulu tak mcm tu....sekadar berat sahaja TAPI sekarang....siap ambik tali tape lagi....kalau saiz besar....maka harganya turut melambung naik.  Rasa ralat di sini.  Semuanya duit!!!


Memang cantik sgt color ni...bersih je...Bg penggemar English Design, inilah color yg dipilih sbb itulah juga color cream dan putih paling byk dpt sambutan.


Ina buat butang comel di tengah2nya.


Cantik hias kat pelamin ni tau!

Warna hijau lumut....customer dr Yan, Kedah.

Sorry la gmbr kurang jelas...huhuhu









BANTAL CORAK TAYAR

Satu lagi corak terkini yang sempat dibuat.  Corak yg ini memang rumit sbb saiz kotak setiap corak adalah 1.5cm...ratusan garisan terpaksa ina lakarkan...fuhhhh! loya dibuatnya.  Mengambil masa lama utk menyiapkannya.  Kesabaran yg tinggi amat perlu di sini.  Sesiapa yg pernah membuat smocking begini tentu tahu betapa sukarnya utk menjahit sulaman ini.  Sekali pandang mmg nmpk mudah tapi....hakikatnya bg mereka yg pernah membuat sendiri akan rasa keperitannya.  Alhamdulillah sehingga kini ina masih dpt mengharungi semua ini.  Smoga Allah memberi kesihatanku yg baik sentiasa. Aminnnn.


 Light purple color.  Lembut je warnanya.

 Customer dr Pahang.

Kepuasan terasa setelah dpt menyiapkannya dgn sempurna.



Memang nmpk mcm tayar.


 Kalau saiz coraknya besar tak nmpklah seninya dan kuranglah cantik jadinya.  So anda bolehlah nilai sendiri harga dgn hasil tangan yg ina buat ni.  Setakat ni Alhamdulillah sgt2 kerana semua customer berpuashati....tkde yg komplen.

Sayangnya sulaman camni sekarang tidak ramai yg warisi.  InshaaAllah Ina akan turunkan ilmu ini kepada anak2 Ina yg berminat.  Ina dpt ilmu ini pun....setelah suami beriya2 bg galakkan. Tkde tok guru pun cuma tgok dan belek2 lakaran buku yg tak berapa lengkap...then try buat sendiri....syukur Allah membantu otakku ini berjaya akhirnya.

Alhamdulillah Allah masih memberikan kesihatan yg baik utkku hasilkan semua ini.







BANTAL BULAT CORAK NANAS/SISIK IKAN

Corak ini adalah yg paling laris sekali.  Ramai customer meminati warna cream dan choc.  Sesuai diletak atas pelamin, sofa, kereta, katil dll lagi.  Jika anda berminat bolehlah PM kepada saya atau ke fb Ina Lina....ada byk gambar dan pilihan di sana.  Boleh juga tengok halaman fb saya BANTAL HIASAN.  Harga sangat berpatutan termasuk fibre dan pos.

 Gambar yg ini warna cream dan gold.

 Customer dr Perak, KL dan S'gor.








 Yg ini utk customer dr Kedah.  Terima kasih ye...semoga anda berpuashati hendaknya.




 Nak letak atas pelamin katanya.