22 Januari 2010

ALAN DAN ISTERI

 KENDURI KAHWIN DI RUMAH MAKNGAH


 Alahai pengantin tunduk la pulak.

 
 Aaaa.....barulah nampak muka.  Yg perempuannya pemalu kot...

 
Ni la makngah.  Kurang sihat sikit. Jaga diri baik-baik.


Ole-ole untuk pengantin.  Alakadar je... Sudilah terima hendaknya.


ANGAH DAN ISTERI


ROMBONGAN Pengantin lelaki baru sampai di masjid utk upacara akad nikah (disember lepas).Ina tak dapat ikut sebab ada hal lain. Kendurinya pada 15hb Feb nanti.


Duit mas kahwin.


Gementar ke angah (anak abang ipar)? Hai...nanti lepas kenduri boleh le honeymoon atas kapal....pegawai navy le katakan.... Suruh isteri tu minta posting kat Lumut.


Seronoknye.....dapat rantai baru.  Maktih nak jugak.


SAUDARAMARAKU


Abang Latif dan Suraya, keluarga sebelah makngah.

Kak Ros, isteri Abang Latif.  Tok Wan tu...ina tak kenal pulak.

Kak Salmah dan anaknya. Keluarga sebelah maklong.


PENGANTIN MENJAMU SELERA

Suasana di meja makan pengantin.


Amboiii...malu-malu pulak!



Ha...tengah suap apa tu?



Macam Hang Tuah pun ada...



Dah habis makan ke...tambah la lagi.




20 Januari 2010

UDA & IZMA


Pelamin untuk merpati 2 sejoli. Siap ada sangkar ikan lagi...


Sangkar ikan dah kena bakar....hi..hi..


Rombongan pengantin perempuan dari Selangor.  Pengantin ni bekerja di K.L.Teringat ina semasa bertugas di sana, wahduh! tension dengan jalanraya yg sentiasa sesak.  Lega bila dpt bertukar ke kpg sendiri.
Maklong nak lari ke mana tu....?(sebelah kanan gambar).



 Semasa kenduri kahwin uda(sepupu) dan izma di kampung.  Yg baju ungu tu...ina dan anak ke 3. Pengapit di sebelah sana tu kak Salmah, menantu maklong.

 
Ni semuanya anak menantu maktih.



4 orang anak-anakku.  Yg sulung tak de kat sini.



Tengok la tu anakku yg bongsu.....paling banyak kerenah, asyik nak jadi superman je...Habis la bangku pengantin.



Hemmm....bukannya nak makan, dia tolong susun gelas pulak!



Muhammad Syafiq, anakku yang sulong.  Di sebelahnya pulak, Nurul Hidayah (anak ke3).Baru nak makan...



Suamiku tengah bebel la tu, penat melayan kerenah anak-anak.  Tak cukup tempat duduk la pulak meja kecil sangat.  1 meja untuk 7 orang mana boleh....

YONG TAU FU

Standby nak bubuh kuah ni tau...

 

 
Taraaa...... emmm sehingga menjilat jari. Kangkung tu ina ambil kat kebun je...Ade le buat kebun sikit2, nanti ina n3 kat sini ye.

 
Ni my husband yg snap the picture, dia pun nak tumpang juga rupanya.
Apa tunggu lagi....jom makan! Nak tau kat mana ina dapat resepi ni?
Tentulah kat myr...terimakasih minami.


Bahan-bahan ( 5-6 orang )

10 tangkai cili kering  - digoreng
gula melaka
bijan goreng
gula(kalau kurang manis)
1 s.k garam
3 cm belacan
300 ml air
1 sudu besar minyak
1 1/2 s.b tepung jagung dibancuh dgn 50 ml air

Cara-cara :

1.  Masukkan minyak dalam kuali. Goreng cili kering sehingga garing dengan api yang kecil.
     setelah garing, angkat dan blend cili kering dgn sedikit air. 

2.  Panaskan air bersama gula melaka. Masukkan cili yang telah dikisar tadi dan juga belacan,
     Setelah mendidih, masukkan bancuhan tepung jagung untuk memekatkan kuah. 

3.  Masukkan garam dan gula(jika gula melaka kurang manis). 

4.  Tabur bijan goreng dan siap untuk dihidang.


KEK PISANG


Sedap dimakan waktu petang ni...


 
Loyang yg banyak berjasa pada ina, 2 in 1.  Kek dan bingka selalu dimasak dalam ni.

 



BAHAN:

1 1/2 cwn gula halus
3 bj telur A
1 camt garam
1 1/2 camt esen vanila
1 1/2 camt baking powder
3/4 camt soda
2 1/4 cwn tpg. gandum
3/4 cwn minyak/planta cair
5 bj pisang emas (saiz 5 inci) - lecek
* Koko emulco/serbuk koko jika suka

CARA:

1)   Pukul telur dan gula smpi kembang.  Kemudian masukkan esen dan garam, kacau rata.

2)   Masukkan minyak berselang seli dgn tepung yg diayak bersama soda dan baking powder.

3)   Masukkan pisang, kacau rata dan tuang ke dalam acuan bingka atau loyang kek yg telah digris.  Masa ni bolehlah dimarblekan jika suka.

4)   Bakar atas api perlahan atau suhu 190'C selama 1 jam.

*  Ina lebih suka plain je tapi yg ini ina try marblekan dengan koko(kokonya tak pekat sgt).


******************************************************************************

Ini Kek Pisang juga tapi ina guna resepi dari Chef Zubaidah.  Lagi gebu n lembut gitu...


KEK PISANG
sumber: chef zubaidah

BAHAN:

200gm/2 cwn tpg gandum
150gm/6 bj pisang emas saiz kecil
3 bj telur
150gm/1 cwn gula castor (klu gula pasir - guna 3/4 cwn je)
3/4 cwn planta cair/minyak
1 camt soda
1 camt baking powder
1 cams ovelette
1 camt esen vanila
1/2 camt pewarna kuning
1/2 camt garam
Sedikit Coklat rice

CARA:

1) Pukul gula + telur + ovelette smpi kembang (putih) dgn mixer.

2) Masukkan pisang + esen + planta cair + tepung yg telah diayak dgn soda n b.powder + pewarna + choc.rice.

3) Tuang dlm loyang yg telah dilengser dan bakar selama 1 jam.

Setelah dipotong inilah hasilnya.  Sorry gambar tak berapa jelas la pulak.

Suka la nak buat lorekan ni.


 2 tray di atas ina bakar dlm oven.  Lorek dengan coklat emulco.


Yg ini pula ina bakar dlm periuk bingka.  Hasilnya tetap sama cuma ina rasa lebih jimat gas sbb guna api kecil sahaja.

KUIH LAPIS

Dah banyak kali buat.  Sedap sangat....ambil dari resepi kak Hanieliza. 
Terimakasih banyak sebab ikhlas memberi resepi ni.

 
Anak-anak suka bebenor dgn kuih ni.

 RESEPINYA 


BAHAN:

1 1/2 cwn tpg. gandum
2 camb tpg. beras
2 camb tpg. jagung
3/4 cwn gula
4 cwn santan
1 camt garam
Pewarna merah

CARA:

1)   Kisar semua bahan, bahagikan kpd 2 bhgn.  1 bhgn bubuh warna merah dan 1 lagi dibiarkan warna asal.

2)   Panaskan kukusan (nak bubuh sehelai daun pandan dalam air kukusan tu pun boleh juga). Loyang disapu minyak dan letak dlm kukusan.

3)   Tuang setiap bhgn (1 cwn) berselang seli setiap 5 min. atau kelihatan lapisan adunan sedikit kering, baru tuang adunan lain.  Buat smpi habis dan terus kukus selama 20 min lagi.

4)   Sejukkan baru potong.


KEK OREN


Setelah dipotong 2, emmm....memang gebu dan lembap gitu....

 Setelah diterbalikkan dari acuan.

 
Yang ni ina guna acuan kecil.  Konon nak bubuh topping tapi tak sempat.  Sorry... 

Nilah rupa acuannya.  Comel je...

 
Yang ni pulak ina letak dalam loyang 4 segi.  Baru keluarkan dari oven antik. Terpaksa bakar pada suhu 200'C. Lupa le...berapa inci, nanti ina pi tengok ye. Ina ada letakkan RESEPInya dalam MyResepi.

BAHAN:

1 1/2 cwn butter/planta
1 1/2 cwn gula castor
5 bj telur A
1 1/2 cwn tpg. naik sendiri
1 cwn tpg. kastad
1/2 cwn tpg. gandum
1 1/2 camt esen vanila
1/2 camt soda
1 camt baking powder
1/2 cwn jus oren sunkist (1 bj)
1 1/2 camb kulit oren sunkist yg diparut
2 camb susu pekat

CARA:

1)   Pukul butter dan gula sampai kembang.  Kemudian masukkan telur sebiji demi sebiji, esen, susu pekat, jus oren dan kulit oren parut, gaul rata.

2)   Masukkan pula semua jenis tepung yg diayak bersama soda dan baking powder.

3)   Tuang ke dalam loyang yg telah digris dan bakar pada suhu 185'C selama 50 min atau sehingga masak.


18 Januari 2010

KEK BELANG

Nilah rupanya setelah dipotong.  Anak-anak Ina teruja sangat tengok belang-belangnya tu...Setiap kali raya memang kek nilah ina buat bersama kek coklat lembab.  Nak buat topping pun boleh juga tapi selalunya tak sempat bertopping dah habis!

 
 Kek yang telah dibelah dua.

Yang berlubang-lubang tu...sebab nak test masak ke tak lagi.  Sayang...rupanya dah kena cucuk dengan lidi.

JOM TENGOK RESEPINYA

BAHAN:

1 cwn butter/planta
3 bj telur A
3/4 cwn gula castor/halus
1 1/2 cwn tpg. gandum
1/2 camt soda
1 camt baking powder
1 camt esen vanila
2 camb susu pekat
Koko serbuk/koko emulco
Pewarna hijau

CARA:

1.   Pukul butter dan gula sampai kembang.  Masukkan telur sebiji demi sebiji, esen vanila dan susu pekat. Pukul lagi.

2.   Masukkan tepung yg telah diayak bersama soda dan baking powder.  Gaul rata.  Kemudian bahagikan kepada 3 bhgn.  1 diwarnakan hijau, 1 warna koko dan 1 lagi dibiarkan warna asal.

3.   Tuang 1 senduk setiap bhgn di tengah2 loyang yg telah digris.  Buat secara bertindih sehingga habis.  Ikut suka nak buat berapa lapis.

4.    Bakar dalam oven suhu 185'c atau periuk bingka (guna api perlahan) selama 50 minit atau sehingga masak.  Cucuk dgn lidi utk uji kek dah masak ke belum.  Kalau adunan melekat pada lidi maknanya belum masak.

Inilah cawan yg selalu ina guna untuk sukatan semua jenis kek & biskut.




14 Januari 2010

BISKUT AISKRIM



 

BISKUT AISKRIM

BAHAN:

1 cwn butter
3/4 cwn gula castor
2 1/2 cwn tpg. gandum
1 cwn tpg. jagung
1 bj kuning telur
2 camb susu pekat
1 camt esen rose @ vanila
1 camt baking powder
1 camt emplex
Hiasan:  Kuning Telur, manik urai, cooking choc.

CARA:

1)   Pukul gula dan butter (Ina guna senduk kayu je).  Kemudian masukkan telur, pukul lagi.
2)   Masukkan esen dan tepung2 yg telah diayak bersama dengan baking powder dan emplex.
3)   Uli menjadi doh.  Canai dan terap dengan acuan. Sapu kuning telur di permukaannya.
4)   Bakar.  Sejukkan biskut barulah dicelup dengan cooking choc. dan tabur manik urai warna-warni.