25 Jun 2014

GST VS ELAUN

Kenaikan Elaun Naik 2015 Kakitangan Awam? Syaratnya, Kerajaan Mahukan RM27 Bilion Setahun Melalui Cukai GST!!

   
Email
Kenaikan elaun 2015
Kenaikan Elaun Naik 2015 Kakitangan Awam penjawat awam : Suka atau tidak, bersedia atau tidak GST Malaysia tetap dilaksanakan bermula 1 April 2014. Melihatkan kata-kata Ketua Setiausaha Kementerian Kewangan, Tan Sri Dr. Mohd. Irwan Serigar Abdullah (SEPERTI DI SINI) yang mengatakan kenaikan harga barang, kos sara hidup seklaigus inflasi negara bakal berlaku, Datuk Seri Najib tampil dengan idea dan cadangan bagi meringankan beban kos sara hidup sebilangan rakyat Malaysia daripada 9 juta pembayar cukai GST kelak. Seperti….

Kenaikan Elaun Naik 2015 Kakitangan Awam?

  1. Kerajaan akan mempertimbangkan kenaikan elaun naik 2015 bagi 1.4 juta kakitangan awam
  2. Syaratnya, 9 rakyat Malaysia perlu berikan duit kepada kerajaan Malaysia melalui kutipan cukai GST Malaysia yang bakal dilaksanakan
  3. Kerajaan Malaysia memerlukan bajet, hasil dan dana tambahan bagi membolehkan hasrat 1.4 juta kakitangan awam bagi menikmati kenaikan elaun naik 2015 penjawat awam bakal menjadi realiti tidak lama sahaja lagi selepas “tergantung” sekian lamanya
  4. Dengan menggunakan sebahagian kutipan dana GST yang bernilai RM27 bilion setahun membolehkan kerajaan Malaysia mengumumkan kenaikan elaun naik 2015 kakitangan kerajaan tanpa meminjam daripada mana-mana institusi kewangan termausklah Bank Dunia yang bakal membawa negara ke arah bencana ekonomi. Siapa kata? Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Razak. Sekian.
Penantian satu penyiksaan. Adakah ini bermakna permintaan 1.4 kakitangan awam selama ini termasuk kenaikan elaun COLA dan rumah akan dipermudahkan dan kakitangan awam akan dihidangkan dengan pengumuman rasmi kenaikan elaun 2015 penjawat awam selepas ini?


CUKAI NAIK LAGI

Cukai Taksiran DBKL 2014 Naik 10% (Perumahan) & 25% (Komersil)!


Cukai taksiran kuala lumpur naik
Cukai Taksiran DBKL 2014 Naik 10% (Perumahan) & 25% (Komersil) : Atas nama mahu tempat yang anda mencari rezeki dan tinggal sekarang iaitu Kuala Lumpur sebagai bandar raya bertaraf dunia, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) perlu lebih banyak duit daripada anda semua melalui cukai taksiran sebagai contohnya bagi memastikan kemudahan yang dinikmati warga Kuala Lumpur bertambah baik.
Ditambah pula, hartanah di ibu kota Kuala Lumpur melonjak begitu mendadak, DBKL merasakan inilah waktu dan masa yang cukai sesuai bagi mengumumkan kenaikan cukai taksiran naik 2014 selepas dipersetujui sendiri oleh kabinet. Ditambah pula, nilai sewa hartanah berlaku kenaikan mendadak dianggarkan sehingga 300%.
Dan selepas mengambil masa 6 bulan, akhirnya Dewan Bandaraya Kuala Lumpur merasakan ini adalah kadar kenaikan yang paling sesuai pada ketika ini dengan harapan warga Kuala Lumpur tidak terbeban.
Kenaikan Cukai taksiran kuala lumpur

Kadar Cukai Taksiran DBKL Baru 2014?

  • Kenaikan cukai taksiran DBKL naik 10% bagi perumahan
  • Kenaikan cukai taksiran DBKL naik 25% bagi hartanah komersil
  • Insentif akan diberikan kepada OKU, pesara dan pemilik hartanah yang tinggal di hartanah milikan sendiri untuk tujuan pengurangan jumlah Cukai Pintu dibayar. Borangnya boleh diambil dari Kaunter Bayaran DBKL.
  • Tiada jaminan kadar cukai taksiran DBKL tidak naik lagi pada tahun hadapan

21 Jun 2014

DRAWSTRING BAG TERKINI











TISSUE HOLDER AND KEY HOLDER

Memang senang sungguh nak buat tissue and key holder ni.  Anda cari je tutorial yg berlambak2 kat dlm internet ni....sangat2 berbaloi!  Ina dah cuba mcm2 kreativiti begini....tak rugi!!

Mula2 gunting mcm ni....terpulanglah kpd anda nak saiz besar or kecik.  Ina ikut sedap rasa hati je....

Dah jadi pun.....try buat bentuk bulat.  Caranya sama je.

Siap leee beberapa pcs utk koleksi.

Nampak kemas la sikit apabila anak2 kunci tersorok dlm pouch tu.

Nanti nak buat lagi.

Tissue Holder.

Akan kelihatan begini setelah siap.  Ina buat hook pada setiap hujung zip supaya senang nak pegang..  Tutorial asal tak buat mcm tu.

4 segi dan bulat.









16 Jun 2014

GST PENYEBAB HARGA BARANG NAIK

Harga Makanan, Minuman & Barang Naik Lagi Selepas GST (April 2015), Inflasi Melonjak Naik! Nilai RM Semakin Mengecil?

   

Harga Barang Turun GST
Harga Makanan, Minuman & Barang Naik Lagi Selepas GST (April 2015) : Berita Semasa masih teringat kenyataan Ahmad Maslan selaku Timbalan Menteri Kewangan melalui laporan Bernama akhir tahun lepas mengatakan yang kerajaan tidak boleh dan tidak mampu mengawal sepenuhnya kenaikan harga harga barang & kos sara hidup di Malaysia.
Sebelum ini, Berita Semasa telah kongsikan bagaimana GST bakal menyebabkan gelombang kenaikan harga barang & lonjakan kadar inflasi di Malaysia (SEPERTI DI SINI). Terbaru….

Respon Pakar Ekonomi Terhadap Kesan GST April 2015?

Ketua penyelidikan Ekonomi Maybank Investment Bank (Suhaimi Illias) menjangkakan GST akan kenaikan kadar inflasi di kalaysia secara tidak langsung menyebabkan kenaikan harga makanan dan minuman serta barangan di Malaysia
  1. Sekarang ini, hanya 5000 restoran yang mengenakan cukai jualan dan perkhidmatan (10%). Tetapi bermula April 2015, sejumlah 15,000 restoran akan mengenakan GST kepada anda. Bersedia?
  2. Sekarang ini, hanya 40% jenis barangan & perkhidmatan disenaraikan di bawah Indeks Harga Pengguna (IHP). Tetapi bermula April 2015, peratusan akan meningkat sehingga 70%. Lebih banyak barangan akan dikenakan GST.

Apa Pula Kata Ahmad Maslan (Timbalan Menteri Kewangan)?

Mengapa mereka tidak mahu GST? Kerana akhirnya harga barang akan turun. Selama ini, mereka mengaitkan Barisan Nasional (BN) dengan ‘Barang Naik’ tetapi apabila GST dilaksanakan, barang akan turun” – Ahmad Maslan
Harga Barang Naik GST
Hakikatnya nilai wang RM semakin kecil. Jikalau dahulu dengan gaji RM1,000 macam-macam yang boleh diperolehi, rumah murah RM25,000, Proton Saga RM19,000 dan lain-lain lagi. Sekarang gaji RM1,000 boleh beli motosikal dan sewa rumah sahaja.
Sememangnya ketika pembentangan GST sebelum ini, beberapa pakar ekonomi terkejut kerana Malaysia memperkenalkan cukai GST pada kadar yang agak tinggi. Singapore bermula dengan hanya 4% sahaja dan kemudiannya naik kadar sedikit demi seidkit apabila pasaran dan orang ramai sudah mula menerima kehadiran pelaksanaan GST. Dalam pada masa yang sama cukai pendapatan, korporat di Malaysia tidak diturunkan pada kadar yang munasabah dalam pada kerajaan Malaysia bakal menerima pendapatan tambahan yang agak lumayan sejumlah RM27 bilion setahun dengan kehadiran GST.
Masalahnya di Malaysia, kita bermula dengan 6% dalam pada masa harga barang di Malaysia adalah “almost irreversible“. Yang merana adalah rakyat marhaen di bawah. Mengapa tidak mulakan dengan 3%-4%. Mengapa mesti 6%?
Mana satu yang perlu rakyat percaya ini? Menteri mengatakan tidak akan berlaku kenaikan harga barang manakala pakar ekonomi tampil memberikan peringatan awal kepada seluruh rakyat Malaysia supaya lebih bersedia bahawa kenaikan harga barang akan berlaku selepas GST dilaksanakan dek kerana lonjakan kadar inflasi di Malaysia pada ketika itu. Apa kata anda pula?
********************************************************************************************
***Dah terpahat dlm kepala ni....GST penyebab harga barang naik.....sangat2 pelik bin ajaib kalau TURUN....


INTERNET DI MALAYSIA - MAHAL!!!

Caj Langganan Internet di Malaysia Mahal Tetapi Kelajuan Internet Masih Lembap Kalah Dengan Kemboja & Vietnam

   

harga internet malaysia
Caj Langganan Internet di Malaysia Mahal : Persatuan Industri Komputer dan Multimedia Malaysia (PIKOM) pernah menemplak tahap perkhidmatan internet di Malaysia sangat mahal tidak berpadanan dengan servis yang kualiti yang ditawarkan kepada pengguna di Malaysia seperti anda, anda di sini. Setuju atau tidak?
Nampaknya penyedia Internet terus mengambil kesempatan melihatkan realiti hari ini yang mana industri mudah alih yang semakin meluas, pengguna media sosial yang meningkat dan pelaksanaan urusniaga elektronik (e-dagang) yang semakin melonjak tinggi statistiknya tetapi malangnya harga caj langgan Internet di Malaysia terus menekan pengguna tidak berpadanan dengan servis yang mereka nikmati.
caj internet malaysia

Caj Internet di Malaysia 1 Mpbs VS Singapore 150Mpbs (RM119)

Realitinya jikalau dibandingkan dengan negara luar, harga caj langganan Internet di malaysia adalah 5-10 kali ganda lebih mahal berbanding negara-negara maju seperti Korea Selatan, Hong Kong dan Singapura turut menawarkan kadar harga internet dan jalur lebar lebih rendah berbanding Malaysia.
caj internet malaysia
Malah yang menyedihkan lagi melalui kajian global oleh Ookla yang dilakukan terhadap 192 buah negara mendapati kelajuan purata jalur lebar di Malaysia lebih perlahan daripada Kemboja dan Vietnam dan Myanmar pula semakin lama berusaha untuk mengatasi Malaysia ketika ini.
Apa kata anda pula dengan tahap perkhidmatan dan servis penyedia Internet di Malaysia kepada anda ketika ini? Berpuas hati?
*********************************************************************************************
***Terpaksalah terima hakikat wlp tenat!


HUTANG ISI RUMAH MALAYSIA - PALING TINGGI!

Hutang Isi Rumah di Malaysia 86.8% Kepada KDNK Negara (RM854.3 Billion). Tertinggi di Asia. Korea Selatan Pun Kalah!

   

hutang isi rumah di malaysia
Hutang Isi Rumah di Malaysia : Melihatkan nilai hutang terkumpul rakyat Malaysia sehingga ke hari ini terus melonjak sehingga “berjaya” untuk terus mengukuhkan kedudukan sebagai negara yang menduduki tangga teratas sebagai negara yang hutang isi rumah paling tinggi (tertinggi) di Asia. Sehinggakan…..
Sehinggakan Ketua Pegawai Eksekutif Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU), Idris Jala mula bimbang melihat statistik yang terbaru ini mengenai hutang isi rumah di Malaysia yang sudah pun mencecah 86.8% pada akhir 2013 berbanding pertengahan tahun 2013 (82%), 80.5% pada tahun 2012, 72.4% pada 2009.
Berita Semasa tidak terkejut mengenai angka ini terus meningkat melihatkan tanggunggan rakyat Malaysia untuk memiliki kereta sendiri mahupun rumah sendiri melibatkan “kos yang sangat tinggi” tidak berpadanan dengan gaji dan pendapatan yang diraih di Malaysia. Walaubagaimanapun terima kasih kepada bank yang meluluskan pinjaman untuk mereka sehingga menjadikan mereka “terus berkemampuan” untuk memiliki apa yang dikatakan keperluan di malaysia sekarang ini

Hutang Isi Rumah di Malaysia : Pecahan  Beban Hutang Rakyat Malaysia?

  • Harga kereta yang agak membebankan menyebakan ramai rakyat Malaysia tidak mempunyai pilihan lain selain kebanyakannya membuat pinjaman kereta sehingga 9 tahun (CONTOHNYA DI SINI). Apa 9 tahun? Ya…hanya di Malaysia
  • Kemudian gejala hutang pada kadar yang tinggi (beratus kali ganda dengan gaji mereka) bagi memiliki rumah sendiri dengan pinjaman selama tempoh 30 tahun lamanya (SEPERTI DI SINI NASIBNYA)
  • Separuh gaji hanya mengabdikan diri untuk melaksanakan tanggungjawab untuk membayar semula hutang kepada pihak bank
  • Bagaimana pula dengan lain-lain pinjaman seperti hutang kad kredit, pinjaman PTPTN, pinjaman peribadi dan lain-lain lagi
Nampaknya hutang isi rumah di malaysia terus meningkat sejak dari tahun 2002 lagi. Dan semakin ketara sejak tahun 2009.
  1. Hutang isi rumah Tahun 2009 : 72.4%
  2. Hutang isi rumah tahun 2012 : 81.3%
  3. Hutang isi rumah tahun 2013 : 86.8%
hutang isi rumah
Dan terdapat beberapa petanda yang mana Malaysia bakal mencatatkan rekod bagi mencapai paras 100% hutang isi rumah di Malaysia kepada KDNK negara.
Persoalannya sekarang apa yang akan berlaku kepada rakyat Malaysia dan negara Malaysia jika hutang isi rumah di Malaysia mencecah 100%? Apa akan terjadi?
Apabila hutang isi rumah di Malaysia sudah mencecahkan 100% kepada KDNK negara bermakna hutang kita yang terkumpul sudah menyamai dengan pendapatan yang diperolehi.

Perbandingan Hutang Isi Rumah Malaysia Dengan Negara Lain?

  1. Hutang isi rumah di Malaysia : 86.8%
  2. Hutang isi rumah di Indonesia : 17%
  3. Hutang isi rumah di Singapura & Thailand : Kurang 70%
  4. Hutang isi rumah di Korea Selatan : 86%
  5. Hutang isi rumah di Jepun : 66%
  6. Hutang isi rumah di China : kurang 25%
  7. Hutang isi rumah di Amerika Syarikat : 78%
  8. Hutang isi rumah di Ireland : 106%
Apa pandangan anda pula melihatkan rekod hutang isi rumah di Malaysia ketika ini? Bagaimana cara yang terbaik yang anda rasakan mampu membendung angka hutang isi rumah di Malaysia yang terus melonjak naik ketika ini?
***************************************************************************************************
*** Kalau tak berhutang mcm mana nak beli rumah, kereta dll.....sangat tersepit....  Hai, untunglah org2 berada....terus2an mengaut untung.



MINYAK NAIK...GST LAGI...

Kenaikan Harga Minyak Naik 1 April 2015 (Cukai GST 6%) : Petrol 13 sen Seliter (RON95) & Diesel 12 sen Seliter?

   

Minyak Petrol RON95 Naik
Kenaikan Harga Minyak Naik 1 April 2015 (Cukai GST 6%) – Petrol 13 sen Seliter (RON95) & Diesel 12 sen Seliter : Pelik! Cukai Barang & Perkhidmatan (cukai GST) bakal dilaksanakan bermula April 2015 tetapi apabila dicampakkan dengan persoalan samada minyak petrol dan diesel dikenakan GST ataupun, Timbalan Menteri Kewangan, Dato’ Ahmad Maslan masih lagi terkial-kial mencari jawapan. Ha?
Hakikatnya sememangnya kerajaan memerlukan pendapatan tambahan sekurang-kurangnya berbelas-belas bilion ringgit (BUKTINYA DI SINI) bagi menampung perbelanjaan berlebihan dalam erti kata lain boros ketika menguruskan dana negara. Sekarang ini….

Kenaikan Harga Minyak Naik 1 April 2015 (Cukai GST 6%) VS Jumlah Pendapatan Cukai GST?

  • Kerajaan Malaysia mensasarkan pendapatan tambahan melalui kutipan cukai GST antara RM21 Bilion hingga RM27 Bilion.
  • Dijangka RM3 bilion setiap tahun datang daripada hasil cukai GST kepada minyak petrol dan diesel bersamaan 12% hingga 14% sekaligus menjadi sumber pendapatan terbanyak dalam GST
Ini sekaligus memberikan tekanan kuat kepada rakyat Malaysia terhadap masalah inflasi (SEPERTI DI SINI) yang akan terus melonjak tinggi kelak dek kerana beban rantaian kenaikan kos bahan api sekaligus menaikkan lagi harga barang dan kos sara hidup di Malaysia apatah apatah lagi barang keperluan awam seperti petrol dan diesel; yang akan mengundangkan inflasi yang mendadak ke atas harga barang dan perkhidmatan yang lain dikenakan cukai GST. 
Cukai Minyak Petrol

Cukai GST Terhadap Harga MInyak petrol & Diesel : Harga Minyak Naik @ Isipadu Berkurangan?

Apa yang bakal kerajaan Malaysia lakukan terhadap harga minyak Petrol & Diesel apabila cukai GST dilaksanakan kelak yang mana ada 2 pilihan di sini iaitu  :
  1. Pertama, Kerajaan malaysia akan terus mengekalkan harga minyak petrol RON95 (bersubsidi) pada harga RM2.10 seliter manakala harga minyak petrol RON97 tidak bersubsidi pada RM2.80 seliter TANPA GST. Bermakna kerajaan tidak perlu mengumumkan kenaikan harga minyak & diesel selepas ini.
  2. Tetapi….ada tetapinya. Setiap resit yang dikeluarkan mellaui pembelian minyak petrol dan diesel akan disertakan harga termasuk dengan GST
  3. Apa maknanya ini? Harga tetap sama tetapi isipadu minyak petrol dan diesel dikurangkan
  4. Kedua mekanismenya mungkin harga minyak petrol dan diesel terus dikekalkan pada isipadu yang sama tetapi akan dikenakan setiapkan urusniaga atau pembelian minyak sebanyak 6%.
Semakan Berita Semasa terhadap Senarai Pembekalan Berkadar Sifar dan Senarai Pembekalan Dikecualikan seperti mana yang telah diisytihar sendiri oleh Jabatan Kastam dan Eksais (senarainya disertakan bersama) menunjukkan bahawa harga minyak petrol dan harga minyak diesel tidak termasuk di dalam senarai pembekalan (iaitu barang atau perkhidmatan) yang berkadar sifar atau dikecualikan.
Dijangka kerajaan Malaysia akan mengutip setiap tahun sekurang-kurangnya RM3 bilion daripada rakyat (anda, anda semua di sini) dalam bentuk cukai GST yang dikenakan ke atas petrol dan diesel seperti kiraan di bawah:
  1. Jumlah penggunaan petrol setahun bagi 2013  (berdasarkan jawapan di) : 14.05 bilion liter
  2. Jumlah penggunaan diesel setahun bagi 2013 (berdasarkan jawapan di Parlimen) : 9.64 bilion liter
  3. Jumlah penggunaan petrol dan diesel setahun : 23.69 bilion liter
  4. Harga bersubsidi petrol dan diesel setiap liter : RM2.10 untuk petrol & RM2.00 untuk diesel
  5. GST pada kadar 6% bagi setiap liter 13 sen seliter untuk petrol & 12 sen seliter untuk diesel
  6. Jumlah kutipan GST ke atas petrol dan diesel setiap tahun RM3 bilion
Minyak Diesel Naik
Bagi Berita Semasa sendiri, tindakan ini akan menaikkan beban kos bahan api kepada rakyat dan memburukkan lagi masalah kenaikan harga barang yang sudah pun menyusahkan rakyat. Harapan Berita Semasa salah satu cara mengekang inflasi daripada melonjak apabila GST dilaksanakan ialah dengan mengenakan kadar sifar ke atas bahan api utama yang digunakan rakyat seperti petrol, diesel dan elektrik. Setuju?
*******************************************************************************************************
** Hai....dah la gaji kecik.....semoga Allah memberkati usaha2ku setiap masa.