16 Jun 2014

MINYAK NAIK...GST LAGI...

Kenaikan Harga Minyak Naik 1 April 2015 (Cukai GST 6%) : Petrol 13 sen Seliter (RON95) & Diesel 12 sen Seliter?

   

Minyak Petrol RON95 Naik
Kenaikan Harga Minyak Naik 1 April 2015 (Cukai GST 6%) – Petrol 13 sen Seliter (RON95) & Diesel 12 sen Seliter : Pelik! Cukai Barang & Perkhidmatan (cukai GST) bakal dilaksanakan bermula April 2015 tetapi apabila dicampakkan dengan persoalan samada minyak petrol dan diesel dikenakan GST ataupun, Timbalan Menteri Kewangan, Dato’ Ahmad Maslan masih lagi terkial-kial mencari jawapan. Ha?
Hakikatnya sememangnya kerajaan memerlukan pendapatan tambahan sekurang-kurangnya berbelas-belas bilion ringgit (BUKTINYA DI SINI) bagi menampung perbelanjaan berlebihan dalam erti kata lain boros ketika menguruskan dana negara. Sekarang ini….

Kenaikan Harga Minyak Naik 1 April 2015 (Cukai GST 6%) VS Jumlah Pendapatan Cukai GST?

  • Kerajaan Malaysia mensasarkan pendapatan tambahan melalui kutipan cukai GST antara RM21 Bilion hingga RM27 Bilion.
  • Dijangka RM3 bilion setiap tahun datang daripada hasil cukai GST kepada minyak petrol dan diesel bersamaan 12% hingga 14% sekaligus menjadi sumber pendapatan terbanyak dalam GST
Ini sekaligus memberikan tekanan kuat kepada rakyat Malaysia terhadap masalah inflasi (SEPERTI DI SINI) yang akan terus melonjak tinggi kelak dek kerana beban rantaian kenaikan kos bahan api sekaligus menaikkan lagi harga barang dan kos sara hidup di Malaysia apatah apatah lagi barang keperluan awam seperti petrol dan diesel; yang akan mengundangkan inflasi yang mendadak ke atas harga barang dan perkhidmatan yang lain dikenakan cukai GST. 
Cukai Minyak Petrol

Cukai GST Terhadap Harga MInyak petrol & Diesel : Harga Minyak Naik @ Isipadu Berkurangan?

Apa yang bakal kerajaan Malaysia lakukan terhadap harga minyak Petrol & Diesel apabila cukai GST dilaksanakan kelak yang mana ada 2 pilihan di sini iaitu  :
  1. Pertama, Kerajaan malaysia akan terus mengekalkan harga minyak petrol RON95 (bersubsidi) pada harga RM2.10 seliter manakala harga minyak petrol RON97 tidak bersubsidi pada RM2.80 seliter TANPA GST. Bermakna kerajaan tidak perlu mengumumkan kenaikan harga minyak & diesel selepas ini.
  2. Tetapi….ada tetapinya. Setiap resit yang dikeluarkan mellaui pembelian minyak petrol dan diesel akan disertakan harga termasuk dengan GST
  3. Apa maknanya ini? Harga tetap sama tetapi isipadu minyak petrol dan diesel dikurangkan
  4. Kedua mekanismenya mungkin harga minyak petrol dan diesel terus dikekalkan pada isipadu yang sama tetapi akan dikenakan setiapkan urusniaga atau pembelian minyak sebanyak 6%.
Semakan Berita Semasa terhadap Senarai Pembekalan Berkadar Sifar dan Senarai Pembekalan Dikecualikan seperti mana yang telah diisytihar sendiri oleh Jabatan Kastam dan Eksais (senarainya disertakan bersama) menunjukkan bahawa harga minyak petrol dan harga minyak diesel tidak termasuk di dalam senarai pembekalan (iaitu barang atau perkhidmatan) yang berkadar sifar atau dikecualikan.
Dijangka kerajaan Malaysia akan mengutip setiap tahun sekurang-kurangnya RM3 bilion daripada rakyat (anda, anda semua di sini) dalam bentuk cukai GST yang dikenakan ke atas petrol dan diesel seperti kiraan di bawah:
  1. Jumlah penggunaan petrol setahun bagi 2013  (berdasarkan jawapan di) : 14.05 bilion liter
  2. Jumlah penggunaan diesel setahun bagi 2013 (berdasarkan jawapan di Parlimen) : 9.64 bilion liter
  3. Jumlah penggunaan petrol dan diesel setahun : 23.69 bilion liter
  4. Harga bersubsidi petrol dan diesel setiap liter : RM2.10 untuk petrol & RM2.00 untuk diesel
  5. GST pada kadar 6% bagi setiap liter 13 sen seliter untuk petrol & 12 sen seliter untuk diesel
  6. Jumlah kutipan GST ke atas petrol dan diesel setiap tahun RM3 bilion
Minyak Diesel Naik
Bagi Berita Semasa sendiri, tindakan ini akan menaikkan beban kos bahan api kepada rakyat dan memburukkan lagi masalah kenaikan harga barang yang sudah pun menyusahkan rakyat. Harapan Berita Semasa salah satu cara mengekang inflasi daripada melonjak apabila GST dilaksanakan ialah dengan mengenakan kadar sifar ke atas bahan api utama yang digunakan rakyat seperti petrol, diesel dan elektrik. Setuju?
*******************************************************************************************************
** Hai....dah la gaji kecik.....semoga Allah memberkati usaha2ku setiap masa.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan