Hutang Negara Malaysia 2014 RM677.736 Bilion Langgar Had Siling 55%. Kadar Faedah Hutang Melonjak Tinggi. Alternatif Pendapatan? GST 6%!
Hutang Negara Malaysia 2014 RM677.736 Bilion (Cukai sebelum PRU13 KLIK SINI): Cukai yang ada sekarang SST (Sales & Service Tax) yang mana merujuk kepada cukai jualan atau cukai perkhidmatan masing-masing membawa nilai kepada 10% dan 6%. Cukai SST ini sangat berlainan dengan cukai GST. Masakan boleh….
Masakan boleh disamakan dalam iklan yang ditayangkan di media-media arus perdana sekarang ini? Kenapa membazir wang begitu sahaja sedangkan mesej yang disampaikan tidak tepat untuk difahami rakyat Malaysia?
Hutang Negara Malaysia 2014 RM677.736 Bilion : Sales Tax (Cukai Jualan) VS Cukai GST?
- Cukai jualan dikenakan hanya pada nilai produk yang dikeluarkan kilang (contohnya RM0.30 x 10% = ?)
- Manakala cukai GST dikenakan kepada harga produk yang dijual kalangan peruncit kepada pengguna (contohnya RM1.00 x 6% = ?)
- Cukai jualan hanya hanya dikenakan kepada beberapa jenis barangan yang disenaraikan
- Cukai GST, semua urusniaga akan dikenakan cukai kecuali beberapa jenis produk dan perkhidmatan yang dikecualikan
- Tidak kiralah anda miskin, kaya, cacat, menganggur, tua,muda, lelaki, perempuan, penyokong Barisan Nasional, penyokong Pakatan Rakyat semuanya tidak akan terlepas dikenakan cukai
- Beli kasut? Bayar cukai GST. Gunting rambut? Bayar cukai GST. Beli kereta? Bayar cukai GST
- Contoh lain, peniaga restoran beli meja kena GST, bayar elektrik kena GST, beli tisu kena GST, sewa restoran kena GST, packaging baru yang. Semua ini menambah kepada kos operasi restoran. Jadi adakah harga makanan minuman masih sama selepas GST dilaksanakan kelak?
Dan Berita Semasa cukup kecewa bagaimana iklan yang terus menerus merendahkan tahap pemikiran rakyat Malaysia. Mengapa?
Sumber : BNM (Nilai hutang negara pada suku pertama 2014)
Berita Semasa tidak menafikan cukai GST adalah sistem cukai yang paling efisen untuk tujuan menambah jumalah pendapatan kepada negara. Tetapi mengapa sekarang?
Hutang Negara Malaysia 2014 RM677.736 Bilion VS GST 6% (Pendapatan Tambahan Kepada Kerajaan)
Mengapa disaat rakyat dihimpit kos sara hidup yang terus melonjak tinggi, mahasiswa yang tercari-cari peluang pekerjaan, nilai subsidi rakyat Malaysia ditarik sedikit demi sedikit, gaji dan pendapatan rakyat Malaysia tidak meningkat naik begitu ketara dan juga cukai pendapatan untuk rakyat tidak dikurangkan kadarnya bagi pertimbangan yang setara dengan pengenalan cukai GST sejumlah 6%. Mengapa memperkenalkan sejumlah 6% pada saat kerajaan mahu memperkenalkan GST? Mengapa?
- cukai pendapatan, cukai korporat dikenakan cukup tinggi
- cukai GST juga diperkenalkan
- Jikalau di negara maju yang lain, jika GST diperkenalkan atau VAT (Value Added Tax) diperkenalkan kadar cukai pendapatan akan diturunkan supaya ada keseimbangan pendapatan kerajaan di situ
- Tetapi ini tidak berlaku di Malaysia, cukai pendapatan sapu banyak cukai GST pun sapu. Erm…..
Mengapa rakyat marhaen menjadi sasaran? Mengapa tidak dikenakan cukai tambahan kepada orang kaya dan taikun di Malaysia seperti Cukai capital gain, windfall tax & super rich tax (SEPERTI DI SINI).
- Kerajaan yang paling baik, adalah kerajaan yang tidak mengenakan cukai kepada rakyat. Tetapi Berita Semasa faham, ada sebab kerajaan kenakan cukai, bayar gaji dan lain-lain
- Tetapi jikalau kerajaan berterusan mengenakan cukai dan cukai tersebut membebankan kalangan rakyat marhaen, maka kerajaan kaji semula mengapa mereka beria-ria untuk melaksanakan cukai GST
Hutang Negara Malaysia 2014 : 16 Tahun Defisit!!
Melihatkan rekod hutang negara Malaysia sekarang ini, Berita Semasa sudah tahu jawapannya.
- Cukai GST dikenakan disebabkan perbelanjaan tidak terkawal & keterlaluan kerajaan Malaysia selama ini, tidak padan dengan cukai, pendapatan tiap-tiap tahun negara kerajaan terus berhutang dan berhutang dan mewujudkan situasi defisit demi defisit selama 16 tahun berturut-turut
- Setelah berhutang selama 16 tahun, kadar hutang negara sekarang ini telah melanggar peraturan berhutang yang mana mencapai paras siling yang dibenarkan iaitu pada kadar 55% daripada KDNK negara
- Yang lebih bahaya lagi, ialah ia kana menyebabkan institusi dan pasaran kewangan antarabangsa mula tidak yakin dengan kemampuan kerajaan Malaysia untuk membayar hutang
- Jikalau sebelum ini, apabila kerajaan menerbitkan hutang, kerajaan hanya akan dikenakan pada kadar yang rendah sekitar 3% contohnya.
- Oleh kerana sekarang ini, kadar keberhutangan negara sekarang cukup tinggi menyebakan kadar faedah hutang akan turut naik sehingga 5%-6%
Nah…oleh sebab itu, kerajan tidak punyai banyak pilihan untuk berhutang sewenang-wenangnya seperti yang diamalkan sebelum ini. Akhirnya penyelesaiannya alternatif terbaik yang difikirkan kerajaan adalah dengan mengambil pilihan kedua.
- Berhutang sudah tidak boleh “rancak” seperti dahulu
- Kaut dana tambahan melalui cukai GST
- Selesai sudah sedikit masalah dan bebanan hutang kerajaan. Rakyat marhaen?
Rakyat Malaysia dididik jikalau gaji sekadar RM3500 jangan pakai Mercedes, jangan berbelanja mewah yang melebihi kemampuan pendapatan. Hidup dengan gaya dengan gaji RM3500. Betul bukan?
Begitu juga kepada kerajaan Malaysia, sila semak semula bagimana kamu mentadbir amanah rakyat dan sumber mahsul serta kekayaan negara selama ini. Jikalau kerajaan Malaysia kawal perbelanjaan dan menguruskan dana serta kewangan negara dengan cermat tanpa elemen rasuah dan penyelewengan yang kerterlaluan, Insyaallah cukup pendapatan yang diperolehi kerajaan cukup untuk diuruskan dan dibelanjakan.
Pakar ekonomi menjangkakan kesan keseluruhan dengan pelaksaan cukai GST kelak, harga barang akan naik dan diramalkan negara bakal dihimpit kadar inflasi pada kadar 6%-8% pada tahun pertama cukai GST dilaksanakan kelak berbanding 2.5% @ 3% sekarang ini. Kali terakhir rakyat Malaysia menikmati kadar inflasi 8% adalah pada ketika tahun 2008 ketika harga minyak dinaikkan cukup tinggi & mendadak dahulu.
P/S : Ubat ini semua ubat baik betul atau tidak? Ubat secara dasarnya semuanya baik. Salah bagi ubat pada demam atau sakit yang salah, akan menjadi mudarat. Cukai ini semuanya dibuat ada tujuan khusus masing-masing. Cukai GST ada kelebihan daripada segi kutipan yang efisennya. Tetapi harapan Berita Semasa biarlah “ubat ini” diberikan pada masa dan sakit yang sesuai baru boleh sembuh. Insyaallah.
PP/S : Orang kata Malaysia hutang lebih 55% masih lagi OK sedangkan Jepun berhutang sehingga 241.2% daripada KDNK mereka, Singapore 97.7%, Amerika 83.2%, United Kingdom 96.7%. Sebenarnya orang tidak bimbang hutang Singapore, UK, USA, Jepun lebih GDP kerana mereka ini negara maju, ekonomi negara mereka kukuh, simpanan mereka banyak, kuasa ekonomi mereka contohnya dollar dan Yen mempunyai pengaruh yang besar di dunia yang man mereka mampu mengawal matawang mereka. Malaysia
Tiada ulasan:
Catat Ulasan