Cukai Taksiran DBKL 2014 Naik 10% (Perumahan) & 25% (Komersil)!
Cukai Taksiran DBKL 2014 Naik 10% (Perumahan) & 25% (Komersil) : Atas nama mahu tempat yang anda mencari rezeki dan tinggal sekarang iaitu Kuala Lumpur sebagai bandar raya bertaraf dunia, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) perlu lebih banyak duit daripada anda semua melalui cukai taksiran sebagai contohnya bagi memastikan kemudahan yang dinikmati warga Kuala Lumpur bertambah baik.
Ditambah pula, hartanah di ibu kota Kuala Lumpur melonjak begitu mendadak, DBKL merasakan inilah waktu dan masa yang cukai sesuai bagi mengumumkan kenaikan cukai taksiran naik 2014 selepas dipersetujui sendiri oleh kabinet. Ditambah pula, nilai sewa hartanah berlaku kenaikan mendadak dianggarkan sehingga 300%.
Dan selepas mengambil masa 6 bulan, akhirnya Dewan Bandaraya Kuala Lumpur merasakan ini adalah kadar kenaikan yang paling sesuai pada ketika ini dengan harapan warga Kuala Lumpur tidak terbeban.
Kadar Cukai Taksiran DBKL Baru 2014?
- Kenaikan cukai taksiran DBKL naik 10% bagi perumahan
- Kenaikan cukai taksiran DBKL naik 25% bagi hartanah komersil
- Insentif akan diberikan kepada OKU, pesara dan pemilik hartanah yang tinggal di hartanah milikan sendiri untuk tujuan pengurangan jumlah Cukai Pintu dibayar. Borangnya boleh diambil dari Kaunter Bayaran DBKL.
- Tiada jaminan kadar cukai taksiran DBKL tidak naik lagi pada tahun hadapan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan