Hutang Isi Rumah di Malaysia 86.8% Kepada KDNK Negara (RM854.3 Billion). Tertinggi di Asia. Korea Selatan Pun Kalah!
Hutang Isi Rumah di Malaysia : Melihatkan nilai hutang terkumpul rakyat Malaysia sehingga ke hari ini terus melonjak sehingga “berjaya” untuk terus mengukuhkan kedudukan sebagai negara yang menduduki tangga teratas sebagai negara yang hutang isi rumah paling tinggi (tertinggi) di Asia. Sehinggakan…..
Sehinggakan Ketua Pegawai Eksekutif Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU), Idris Jala mula bimbang melihat statistik yang terbaru ini mengenai hutang isi rumah di Malaysia yang sudah pun mencecah 86.8% pada akhir 2013 berbanding pertengahan tahun 2013 (82%), 80.5% pada tahun 2012, 72.4% pada 2009.
Berita Semasa tidak terkejut mengenai angka ini terus meningkat melihatkan tanggunggan rakyat Malaysia untuk memiliki kereta sendiri mahupun rumah sendiri melibatkan “kos yang sangat tinggi” tidak berpadanan dengan gaji dan pendapatan yang diraih di Malaysia. Walaubagaimanapun terima kasih kepada bank yang meluluskan pinjaman untuk mereka sehingga menjadikan mereka “terus berkemampuan” untuk memiliki apa yang dikatakan keperluan di malaysia sekarang ini
Hutang Isi Rumah di Malaysia : Pecahan Beban Hutang Rakyat Malaysia?
- Harga kereta yang agak membebankan menyebakan ramai rakyat Malaysia tidak mempunyai pilihan lain selain kebanyakannya membuat pinjaman kereta sehingga 9 tahun (CONTOHNYA DI SINI). Apa 9 tahun? Ya…hanya di Malaysia
- Kemudian gejala hutang pada kadar yang tinggi (beratus kali ganda dengan gaji mereka) bagi memiliki rumah sendiri dengan pinjaman selama tempoh 30 tahun lamanya (SEPERTI DI SINI NASIBNYA)
- Separuh gaji hanya mengabdikan diri untuk melaksanakan tanggungjawab untuk membayar semula hutang kepada pihak bank
- Bagaimana pula dengan lain-lain pinjaman seperti hutang kad kredit, pinjaman PTPTN, pinjaman peribadi dan lain-lain lagi
Nampaknya hutang isi rumah di malaysia terus meningkat sejak dari tahun 2002 lagi. Dan semakin ketara sejak tahun 2009.
- Hutang isi rumah Tahun 2009 : 72.4%
- Hutang isi rumah tahun 2012 : 81.3%
- Hutang isi rumah tahun 2013 : 86.8%
Dan terdapat beberapa petanda yang mana Malaysia bakal mencatatkan rekod bagi mencapai paras 100% hutang isi rumah di Malaysia kepada KDNK negara.
Persoalannya sekarang apa yang akan berlaku kepada rakyat Malaysia dan negara Malaysia jika hutang isi rumah di Malaysia mencecah 100%? Apa akan terjadi?
Apabila hutang isi rumah di Malaysia sudah mencecahkan 100% kepada KDNK negara bermakna hutang kita yang terkumpul sudah menyamai dengan pendapatan yang diperolehi.
Perbandingan Hutang Isi Rumah Malaysia Dengan Negara Lain?
- Hutang isi rumah di Malaysia : 86.8%
- Hutang isi rumah di Indonesia : 17%
- Hutang isi rumah di Singapura & Thailand : Kurang 70%
- Hutang isi rumah di Korea Selatan : 86%
- Hutang isi rumah di Jepun : 66%
- Hutang isi rumah di China : kurang 25%
- Hutang isi rumah di Amerika Syarikat : 78%
- Hutang isi rumah di Ireland : 106%
Apa pandangan anda pula melihatkan rekod hutang isi rumah di Malaysia ketika ini? Bagaimana cara yang terbaik yang anda rasakan mampu membendung angka hutang isi rumah di Malaysia yang terus melonjak naik ketika ini?
***************************************************************************************************
*** Kalau tak berhutang mcm mana nak beli rumah, kereta dll.....sangat tersepit.... Hai, untunglah org2 berada....terus2an mengaut untung.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan