16 Jun 2014

GST PENYEBAB HARGA BARANG NAIK

Harga Makanan, Minuman & Barang Naik Lagi Selepas GST (April 2015), Inflasi Melonjak Naik! Nilai RM Semakin Mengecil?

   

Harga Barang Turun GST
Harga Makanan, Minuman & Barang Naik Lagi Selepas GST (April 2015) : Berita Semasa masih teringat kenyataan Ahmad Maslan selaku Timbalan Menteri Kewangan melalui laporan Bernama akhir tahun lepas mengatakan yang kerajaan tidak boleh dan tidak mampu mengawal sepenuhnya kenaikan harga harga barang & kos sara hidup di Malaysia.
Sebelum ini, Berita Semasa telah kongsikan bagaimana GST bakal menyebabkan gelombang kenaikan harga barang & lonjakan kadar inflasi di Malaysia (SEPERTI DI SINI). Terbaru….

Respon Pakar Ekonomi Terhadap Kesan GST April 2015?

Ketua penyelidikan Ekonomi Maybank Investment Bank (Suhaimi Illias) menjangkakan GST akan kenaikan kadar inflasi di kalaysia secara tidak langsung menyebabkan kenaikan harga makanan dan minuman serta barangan di Malaysia
  1. Sekarang ini, hanya 5000 restoran yang mengenakan cukai jualan dan perkhidmatan (10%). Tetapi bermula April 2015, sejumlah 15,000 restoran akan mengenakan GST kepada anda. Bersedia?
  2. Sekarang ini, hanya 40% jenis barangan & perkhidmatan disenaraikan di bawah Indeks Harga Pengguna (IHP). Tetapi bermula April 2015, peratusan akan meningkat sehingga 70%. Lebih banyak barangan akan dikenakan GST.

Apa Pula Kata Ahmad Maslan (Timbalan Menteri Kewangan)?

Mengapa mereka tidak mahu GST? Kerana akhirnya harga barang akan turun. Selama ini, mereka mengaitkan Barisan Nasional (BN) dengan ‘Barang Naik’ tetapi apabila GST dilaksanakan, barang akan turun” – Ahmad Maslan
Harga Barang Naik GST
Hakikatnya nilai wang RM semakin kecil. Jikalau dahulu dengan gaji RM1,000 macam-macam yang boleh diperolehi, rumah murah RM25,000, Proton Saga RM19,000 dan lain-lain lagi. Sekarang gaji RM1,000 boleh beli motosikal dan sewa rumah sahaja.
Sememangnya ketika pembentangan GST sebelum ini, beberapa pakar ekonomi terkejut kerana Malaysia memperkenalkan cukai GST pada kadar yang agak tinggi. Singapore bermula dengan hanya 4% sahaja dan kemudiannya naik kadar sedikit demi seidkit apabila pasaran dan orang ramai sudah mula menerima kehadiran pelaksanaan GST. Dalam pada masa yang sama cukai pendapatan, korporat di Malaysia tidak diturunkan pada kadar yang munasabah dalam pada kerajaan Malaysia bakal menerima pendapatan tambahan yang agak lumayan sejumlah RM27 bilion setahun dengan kehadiran GST.
Masalahnya di Malaysia, kita bermula dengan 6% dalam pada masa harga barang di Malaysia adalah “almost irreversible“. Yang merana adalah rakyat marhaen di bawah. Mengapa tidak mulakan dengan 3%-4%. Mengapa mesti 6%?
Mana satu yang perlu rakyat percaya ini? Menteri mengatakan tidak akan berlaku kenaikan harga barang manakala pakar ekonomi tampil memberikan peringatan awal kepada seluruh rakyat Malaysia supaya lebih bersedia bahawa kenaikan harga barang akan berlaku selepas GST dilaksanakan dek kerana lonjakan kadar inflasi di Malaysia pada ketika itu. Apa kata anda pula?
********************************************************************************************
***Dah terpahat dlm kepala ni....GST penyebab harga barang naik.....sangat2 pelik bin ajaib kalau TURUN....


Tiada ulasan:

Catat Ulasan