31 Mac 2014

INSAF - MH370

Dr Harun Din Mula Bersuara Mengenai MH370
Wednesday, 19 March 2014

http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/2/29/Haron_Din.jpg

Ini antara Intipati Kuliah yang disampaikan oleh beliau selepas solat Maghrib di sebuah masjid:

1.Kembali kepada cara hidup islam. Sistem Islam, kembali kepada Allah.
Insaflah yang kita sedang diuji Allah.

2.Air di empangan makin kurang. 3/4 Malaysia berjerebu dan terbaru MH370. Berpuluh-puluh kapal dan aircrafts cari pun tak jumpa. Allah nak ajar manusia bahawa ilmu kita ni sangat sedikit berbanding ilmu Allah.

3.Kalau diambil seluruh lautan dan seluruh pokok dan tumbuhan hingga habis untuk dijadikan tinta, masih tak mampu nak menulis kalimah Allah. Apatah lagi ilmuNya.

4.Beliau(Dr Harun Din) bacakan ayat quran ..jangan makan dan minum yang haram…maka kalau kita langgar ..mengundang kemurkaan Allah lalu Allah akan turun bala.

5.Apa yang berlaku pada MH370 jadikan Malaysia tumpuan seluruh dunia. Allah malukan kita dengan peristiwa tikar terbang sehingga Arab Saudi kata kita biarkan syirik berleluasa. Memang itu yang berlaku sebenarnya… Allah hina negara kita dengan peristiwa macam ni.

6.Majoriti manusia tak melihat peristiwa yang berlaku dengan mata hati bukan mata kasar. Mata hati kita buta kerana banyak maksiat dan syirik. Allah ingatkan kita..kembali padaNya..pohon maaf..insaf.

7.Bila dah 3 ke 4 hari tak jumpa baru nak ingat Allah.. Baru nak solat hajat. Bagi yang terang mata hati..terus baca innalillahi wainna ilaihirojiuun sewaktu awal-awal peristiwa berlaku.

8.Beliau(Dr Harun din) mengeluarkan pendapat ikut pengalaman, beliau melihat Saudi Airline dan Brunei amat menekankan kepada juruterbang mereka bacaan doa(bagi yang muslim) sebelum melakukan penerbangan.

9.Kenapa kita tak berserah pada Allah dalam setiap permulaan perjalanan? Di malaysia ni..banyak sangat orang Islam percaya perkara khurafat..bomoh dah jadi kelaziman hinggakan orang buat tikar terbang di KLIA pun tiada orang Islam yang menghalang… Hingga 1 dunia tengok kebodohan dan kesyirikan yang berlaku di negara kita… Lihat dengan mata hati…itu penghinaan Allah pada kita.

Diolah semula oleh penulis asal


*********************************************************************************************************************

DOAKU:  Semoga Allah SWT sentiasa memelihara keselamatan negaraku MALAYSIA.






MASIH MENCARI - MH370

Kapal kesan kotak hitam sertai misi cari MH370


KAPAL milik Australia, Ocean Shield berlabuh di sebuah pelabuhan di Perth semalam.


PERTH - Sebuah kapal perang Australia yang dilengkapi dengan alat pengesan kotak hitam menyertai misi mencari sebuah pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) yang terhempas di Lautan Hindi.
Penghantaran kapal tersebut dibuat semalam iaitu sehari selepas beberapa kapal lagi mengambil beberapa objek di Lautan Hindi bagi mengenal pasti sama ada ia mempunyai kaitan dengan pesawat yang hilang itu.
Bagaimanapun, tiada satu pun objek mempunyai kaitan dengan pesawat MH370 tersebut menyebabkan pasukan mencari masih belum mengetahui lokasi sebenar kapal terbang itu terhempas selepas lebih tiga minggu hilang.
Seramai 29 ahli keluarga penumpang pesawat berkenaan tiba di Kuala Lumpur, Malaysia semalam bagi mencari jawapan berhubung kehilangan saudara-mara mereka.
Pesawat yang dalam penerbangan dari Kuala Lumpur menuju ke Beijing dan membawa seramai 239 penumpang itu hilang pada 8 Mac lalu.
Seramai 153 penumpang pesawat jenis Boeing 777-200 tersebut adalah warga China.
Kotak hitam yang perlu dicari itu mengandungi maklumat penerbangan dan rakaman perbualan di kokpit. Kapal Ocean Shield milik Australia itu dijadualkan sampai dilokasi carian yang seluas hampir menyamai keluasan Poland dalam tempoh empat hari.
Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (AMSA) yang menyelaras misi mencari itu berkata, kapal Ocean Shield dilengkapi dengan sebuah alat pengesap kotak hitam yang dikenali sebagai towed pinger locator.
Selain alat pengesan yang dipinjam dari tentera Amerika Syarikat itu, kapal berkenaan turut membawa sebuah kapal selam kawalan jauh.
Seorang jurucakap AMSA berkata, kapal dari China dan Australia telah mengambil beberapa objek di kawasan carian tetapi mendapati ia hanya sampah.
Ketika ini tiada objek yang diambil itu disahkan mempunyai kaitan dengan MH370. - AP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0331&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm#ixzz2xUitc1wN 




*************************************************************************************************

PANDANGAN KU:

Hatiku masih kuat mengatakan mereka yg hilang itu selamat dalam peliharaanNya.  Wallahu'alam.





HARGA RUMAH BAKAL NAIK

GST bimbangkan pemaju hartanah
Share on facebookShare on twitterShare on google_plusone_shareMore Sharing Servic
  • Mohd ZawawiMohd Zawawi
 1 / 1 
PELAKSANAAN cukai barangan dan perkhidmatan (GST) mulai April 2015 tidak dinafikan mewujudkan kebimbangan dalam kalangan pemaju hartanah di negara ini.

Pengerusi Kumpulan Sara-Timur Development Sdn Bhd, Datuk Dr Ir Mohd Zawawi Ismail berkata, pihaknya tidak menolak pelaksanaan cukai tersebut akan memberi kesan terhadap kenaikan harga rumah.

“Apa yang menjadi kebimbangan kami adalah kemampuan pembeli terutama Bumiputera. Jika kita lihat graf kenaikan gaji tidak seimbang dengan kenaikan kos sara hidup, tetapi pada masa sama memiliki kediaman sendiri adalah satu keperluan.

“Pemaju juga berdepan cukai sedia ada iaitu Cukai Keuntungan Harta Tanah (RPGT), setem duti, levi Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dan cukai perkhidmatan. Dengan pelbagai cukai ini, akhirnya nanti, pembeli juga terpaksa menanggung segala kos bayaran,” katanya dalam temu bual eksklusif dengan Sinar Harian.

Menurut Mohd Zawawi, kenaikan harga rumah bukan sahaja didorong kenaikan bahan binaan, tetapi atas beberapa faktor lain yang wujud ekoran spekulasi yang ditimbulkan pembeli dan juga kerana permintaan tinggi terhadap keperluan untuk memiliki rumah sendiri.

“Pemaju juga tidak dapat lari daripada kenaikan kos bahan binaan yang didorong oleh peningkatan kos seperti logistik dan petrol,” katanya.

Katanya, persatuan dalam industri hartanah ada mencadangkan kepada kerajaan agar sektor hartanah dikecualikan daripada GST atau peratusan cukai tersebut dikurangkan, sekali gus dapat mewujudkan situasi menang-menang antara pemaju dan pembeli.





MASIH KELIRU - MH370

Pasangan Philip Wood percaya pesawat tak terhempas
Share on facebookShare on twitterShare on google_plusone_shareMore Sharing Servic
  • Pasangan Philip Wood percaya pesawat tak terhempasSarah Bajc di temubual dalam BBC News.
 1 / 1 
SHAH ALAM – Pasangan kepada salah seorang penumpang pesawat MH370, Philip Wood iaitu Sarah Bajc percaya pesawat itu tidak terhempas.

Sebaliknya, beliau dalam satu temu bual dengan saluran BBC News merasakan seolah-olah wujud motif lain di sebalik kehilangan pesawat tersebut.

“Setiap jenayah mesti ada niat dan motif di sebaliknya. Ada 30 jurutera pertahanan dalam pesawat itu dengan kemahiran yang unik.

“Mereka boleh menjadi sesuatu yang berharga untuk mana-mana negara yang mencari kelebihan untuk peralatan tentera mereka. Ada banyak motif di sebaliknya, tapi saya tak nampak ada motif untuk seseorang membuatkan pesawat terhempas,” katanya.

Menurut Bajc, beliau tidak memiliki kepakaran dan hanya membuat andaian berdasarkan common sense.

Namun, katanya, pandangan sama juga banyak disuarakan pakar penerbangan dalam laman Facebook yang diwujudkan dengan nama ‘Finding Philip Wood’.

“Kebanyakannya berpandangan pesawat itu dirampas, bukannya terhempas. Jadi saya pelik mengapa usaha pencarian hanya tertumpu di lautan.

“Saya percaya ada sesuatu berlaku disebaliknya dan ramai merasakan kerajaan cuba mengelirukan kami,” katanya.







27 Mac 2014

APAM BALIK

Sumber asal: Kak Hanieliza
sumber kedua: http://fizalgk.blogspot.com/
minta izin ye...

BAHAN A
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula
4 camt baking powder 
1/2 camt garam

BAHAN B
2 cawan susu segar 
1/2 cawan minyak 
2 biji telur

BAHAN C (untuk inti)
1 cawan jagung krim
Sedikit kacang goreng di kisar kasar


Cara membuat

1. Gaulkan semua bahan A dalam mangkuk besar.


2. Masukkan semua bahan B dan kacau rata.


3. Panaskan kuali non stick dan sendukkan adunan...tutup kuali non stick dan biarkan adunan tiga suku masak


4. Letakkan jagung krim dan taburkan kacang tanah kisar, lipat serta bolehlah di hidangkan. Apam balik yang di jual di pasar malam selalunya di tabur sedikit gula di atas intinya tetapi bagi saya adunan ini sudah cukup manis dan sedap.





KUIH LOPES

Sumber asal: tulip77@myresepi.
sumber kedua: yatiememories



Bahan-bahan ( saiz sedang2 dpt 24 ketul )

  • 2 cawan beras pulut
  • 2 cawan santan cair
  • 1/2 cawan air pandan (dikisar)
  • 1 st air kapur
  • 1/2 st garam
  • beberapa titik pewarna hijau
  • kelapa parut yg di gaul dengan sedikit garam
Bahan Utk Air Gula
  • 3 ketul gula melaka
  • 5 sb gula
  • 3 cawan air
  • 2 helai daun pandan, di simpul
Cara-cara
  1. Cuci beras pulut,rendam beras pulut dgn air selama 3 jam, masukkan juga pewarna hijau & air kapur. 
  2. Kisar daun pandan bersama 1/2 cawan air dan tapiskan airnya. Kemudian tos dan masukkan dalam loyang + pulut. Kukus selama 20 minit. 
  3. Masukkan santan + garam - kukus lagi selama 30 minit.
  4. Alas bekas 4 segi/bulat dengan plastik/daun pisang. Ambil pulut tekan padat2 dgn plastik/daun pisang. Biarkan sejuk,kemudian potonglah ikut bentuk yg anda suka. Kemudian golekkan dalam kelapa parut.
  5. Semasa kukus pulut,boleh buat air gula. Masukkan semua bahan dalam periuk,bila dah mendidih kecilkan api dan masak hingga agak likat. Bila dah sejuk boleh dimakan bersama pulut.
  6. *** air gula nih bergantung pada saiz gula melaka yg anda gunakan, jika guna yg besar blh kurangkan






PULUT PANGGANG/UDANG

Sumber: periuktanah blogger
minta izin ye....



Bahan-bahannya mudah sahaja ..

Bahan A: (lebih kurang 15 batang pulut panggang)
2 cawan beras pulut
3 sudu besar minyak masak + 2 cawan air / santan cair
sedikit garam

*** Masukkan semua bahan ke dalam periuk nasi, masak seperti memasak nasi biasa. Sejukkan sebentar.

Bahan Inti:

1 1/2 cawan kelapa parut putih
3 ulas bawang merah - tumbuk

2 ulas bawang putih - tumbuk
2 batang serai - hiris halus dan tumbuk
3 camb cili kisar- ikut citarasa pedas
segenggam udang putih (ina guna udang kering)
sedikit serbuk kunyit
garam dan gula secukup rasa

Cara membuatnya:

1. Masak semua bahan (api sederhana) hingga agak kering. Tambah garam dan gula secukupnya.

*** Jika ingin inti lebih tahan lama, tumiskan bawang, merah dan putih, serai,udang dan cili hingga garing, kemudian barulah dimasukkan kelapa... Kacau sebati hingga inti agak kering.

Sediakan daun pisang yang dilayur secukupnya. Sapukan sedikit minyak dan buatlah mengikut gambar di bawah.

Kalau suka bahagian luar pulut panggang garing, pangganglah lebih lama. Apabila  bahagian luar daun pisang kehitaman, bolehlah diangkat dan dihidang.

Nota: pulut panggang yang sedap sangat bergantung kepada kesedapan inti yang cukup rasa masin, manis (daripada udang) dan beraroma serai juga kunyit.n




*******************************************


**************************************************************************
PULUT PANGGANG (PULUT DIKUKUS)
Sumber: http://nottinettii.blogspot.com
minta izin ye...



Bahan-bahan membuat Pulut:

2 cawan beras pulut - cuci - rendam selama 3 jam
1 cawan santan cair
1/4 sudu kecil garam  
2 helai daun pandan - disimpulkan
Daun pisang 2 keping 
lidi cungkil gigi / stepler jer.

CARA:

1)   Didihkan air dalam periuk kukus.
2)  Campurkan garam + santan dan kacau. Tuangkan dalam beras pulut, kacau dan 
      kukus pulut sehingga masak sepenuhnya. 
3)  Lebih kurang 30 minit/ smpi masak.

Bahan Inti :
1/2 biji kelapa parut putih 
4 biji bawang merah - kisar
3 ulas bawang putih - kisar
1 batang serai - dihiris nipis - kisar
7 tangkai cili kering yang dah direbus - toskan - kisar
1/2 inci kunyit hidup - kisar
1/4 cawan udang kering - rendam sekejap dan toskan - kisar

Cara:

1. Panaskan kuali bersama 1 1/2 camb minyak  - tumis semua bahan kisar dan kacau sebati.
2. Kemudian masukkan kelapa parut - kacau dan masak sehingga kering. letak sedikit garam       sampai rasa dah ok. Sejukkan.

Penyediaan Pulut Panggang :

1)  Layur daun pisang - potong 4 segi - Sapu sikit minyak kat sebelah permukaan daun pisang.
2) Letakkan sikit pulut atas daun pisang - ratakan sedikit +  letak sesudu inti atas/tengah- tengah pulut. Gulung ketat/padat pulut tu.  Pin/staple pun boleh. 
3) Bakar pulut atas pemanggang guna api kecil (anggaran 10 minit) - Jangan lupa terbalik-balikkan pulut.
4) Setelah masak, angkat dan biar sejuk.







GETUK UBI KAYU

Sumber: Razzizz myr
minta izin ye...

Photo-0208

















Bahan-bahan ( 8 inch atau 7 inch loyang )
  • 1kg ubi kayu-kupas,buang urat tengah dan potong kecil
  • 40ml air
  • 50gm gula merah
  • 150gm gula melaka
  • 10gm gula pasir
  • 1/2st garam
  • 1/2 biji kelapa parut putih
  • 1/2st garam
  • 1 helai daun pandan
  • loyang-disapu sedikit mentega

Cara-cara

  1. Photo-0201
    Ubi kukus empuk dan dilecek semasa panas
  2. 3_j
    Gula melaka dipotong kecil2 dan bersama jenis gula lain dan garam,air dimasak hingga gula larut.
  3. Air gula panas ditapis dan panas2 masuk dalam ubi.Adun rata dan masuk dalam loyang dan tekan2 hingga padat.Biar sejuk betul baru boleh dipotong.
  4. Kelapa parut putih,garam dan pandan dikukus 15 min.
  5. Ubi dah sejuk,boleh dipotong dan dimakan bersama kelapa kukus.





KOS MENCARI MH370

Kos cari pesawat MAS MH370 mungkin cecah RM132 juta

KUALA LUMPUR - Komitmen kerajaan untuk meneruskan pencarian kotak hitam dan pesawat MH370 yang disahkan terhempas di perairan Lautan Hindi bakal memaksa kerajaan mengeluarkan kos perbelanjaan yang tinggi.
Menurut seorang pakar pertahanan, kos untuk mencari kotak hitam tersebut dijangka mencecah atau melebihi kos operasi mengesan bangkai pesawat Air France 447 di Lautan Atlantik pada tahun 2009 yang menelan belanja AS$40 juta (RM132 juta).
Katanya, situasi kali ini berbeza berbanding insiden Air France 447 kerana Perancis mempunyai pelbagai peralatan yang canggih serta keupayaan teknikal mencukupi untuk operasi tersebut.


PESAWAT MALINDO cemas!


Pesawat Malindo Air Terbakar Ketika Bawa Pasukan Bola Terengganu!

by STAFF AGENDA SEMASA on MARCH 26, 2014 · 0 COMMENTS
Pesawat Malindo Air TerbakarBerita semasa yang baru sahaja kami terima, enjin pesawat Malindo Air dikatakan telah terbakar semasa di udara ketika sedang membawa pasukan bola sepak Terengganu dalam perjalanan dari Subang ke Kuala Terengganu.
Insiden yang berlaku pada 7.30 pagi tadi. Kesemua penumpang termasuk pasukan Liga Super Terengganu tidak mengalami kecederaan. Kejadian enjin pesawat Malindo Air terbakar berlaku ketika pesawat sedang mendaki dalam ketinggian 7,000 kaki.

Gambar Enjin Pesawat Malindo Air Terbakar

Enjin Pesawat Malindo Air Terbakar
Pasukan Terengganu dikatakan menaiki penerbangan pulang ke Kuala Terengganu setelah menewaskan pasukan ATM 3-0 dalam perlawanan Liga Super semalam. Pesawat Malindo Air OD 1804 berjaya berpatah balik ke Subang dan kesemua penumpang menaiki penerbangan gantian pada pukul 10 pagi tadi.
Tahniah kepada Kapten Wong Y.Y, kapten penerbangan Malindo Air yang berjaya mengikuti prosedur untuk mendaratkan pesawat dengan selamat kembali ke Subang.





25 Mac 2014

MAS MH114


Pesawat MAS MH114 dirempuh sekumpulan itik
  • mh 370
 1 / 2 
NEW DELHI - INDIA. Sebuah pesawat MAS yang membawa 180 penumpang dan anak kapal terselamat daripada mengalami bencana apabila sekumpulan itik merempuh cermin hadapannya ketika mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Tribhuvan (TIA) pada Jumaat malam.
  
Portal berita Nepal kantipuronline.com. pada Sabtu memetik pihak berkuasa lapangan terbang sebagai berkata kejadian pada pukul 10.45 malam itu menyebabkan hujung Landasan 02 dipenuhi serpihan kaca.
  
Tiada laporan mengenai kecederaan yang dialami mereka yang menaiki pesawat MH-144 dari Kuala Lumpur ke Kathmandu itu.
  
Petugas kokpit pesawat itu bagaimanpun dikatakan tidak segera memaklumkan kejadian tersebut kepada Pengawal Trafik Udara (ATC).
  
Kapten pesawat berkenaan bagaimanapun mengesahkan ia "disyaki melanggar unggas", selepas anak kapal Jet Airways melaporkan kejadian itu kepada pihak berkuasa lapangan terbang, kata laporan itu.
  
Juruterbang MAS terbabit dipercayai mungkin dikenakan tindakan kerana tidak segera melaporkan kejadian tersebut.
 
"Kejadian itu terdedah selepas seorang juruterbang Jet Airways, yang mendaratkan pesawatnya beberapa minit selepas pesawat MAS, memaklumkan kepada kami beliau ternampak serpihan kaca berselerak di landasan," kata seorang pegawai ATC yang enggan dikenali.
  
Para pegawai TIA yang membuat pemeriksaan menjumpai sekurang-kurangnya 10 bangkai itik serta kepingan kaca di landasan. Serpihan kaca itu kemudian dibuang dan lapangan terbang tersebut kembali beroperasi 30 minit kemudian.
  
Para pegawai menjumpai dua lagi bangkai itik ketika melakukan pemeriksaan rutin pada pagi Sabtu.
  
“Ini kali pertama kami melihat begitu banyak itik di kawasan lapangan terbang ini," kata seorang pegawai yang mengesyaki unggas itu mungkin itik penghijrah.
  
MAS membatalkan penerbangannya ke Kuala Lumpur yang dijadualkan pada pukul 11 malam Jumaat.

Semua penumpang yang menempah penerbangan itu ditempatkan di hotel Soaltee, Annapurna dan Hyatt Regency. Pesawat berkenaan berlepas pulang ke Kuala Lumpur pada pukul 3:30 petang Sabtu setelah dibaiki.
  
Sementara itu, pegawai ATC berkata pengurus besar TIA telah dimaklumkan tentang kejadian tersebut dan beliau mengesyorkan tindakan dikenakan terhadap juruterbang MAS terbabit kerana tidak membuat laporan segera tentang kejadian itu.
  
“Juruterbang berkenaan sepatutnya memaklumkan kejadian itu dengan segera kepada pihak berkuasa lapangan terbang bagi mengelak kejadian tidak diingini," kata pegawai itu.
  
Lebih 75 kejadian pesawat berlanggar dengan unggas ketika berlepas atau mendarat berlaku di TIA sejak 1990.
  
Tiga daripadanya mengakibatkan kerosakan besar terhadap pesawat. Walaupun sebuah pesawat Airbus A300 Thai Airways dan sebuah pesawat Dc-10 Biman Bangladesh terselamat daripada nahas pada 1996 dan 2010, 19 orang maut apabila pesawat Dornier Sita Air terhempas pada September 2012.
     
Sementara itu, di KUALA LUMPUR, MAS hari ini mengesahkan penerbangan MH114nya dari Kuala Lumpur ke Kathmandu pada 21 Mac lepas telah dilanggar oleh sekumpulan unggas semasa menghampiri Lapangan Terbang Antarabangsa Tribhuvan.
  
Pengurus Perhubungan Media MAS Khairunnisak Dzun Nurin dalam satu kenyataan di sini berkata sebaik sahaja mendarat pesawat itu telah diperiksa oleh jurutera bertugas.
  
Beliau berkata penutup lensa lampu mendarat pesawat itu yang pecah dan bukannya cermin hadapan seperti dilaporkan.
  
"Pesawat itu tidak dibenarkan terbang pada malam itu dan penutup lensa yang pecah itu telah diganti," katanya. - Bernama







MAS MH066 - gempar lagi


Monday, 24 March 2014


Tergempar pesawat MH066 KL-Incheon buat lencongan ke Hong Kong kerana masalah teknikal



Pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH066 yang bertolak dari Kuala Lumpur ke Incheon, Korea Selatan semalam dilencongkan ke Lapangan Terbang Hong Kong awal pagi ini kerana masalah generator.

Menurut kenyataan pihak MAS, generator yang menyumbang kuasa elektrik kepada pesawat A330-330 itu mengalami kerosakan tertentu membuatkan juruterbang mengambil keputusan untuk membatalkan destinasi asal penerbangan.

Kesemua 271 penumpang kemudiannya dialihkan kepada pesawat lain untuk dibawa kembali ke Kuala Lumpur manakala penerbangan MH067 dari Incheon ke Kuala Lumpur dibatalkan.

MH066 yang bertolak jam 11.37 malam semalam sepatutnya tiba di Incheon jam 6.50 pagi tadi waktu tempatan sekiranya tidak menghadapi sebarang masalah.






MH370


Pesawat MH370 disahkan hilang di kawasan selatan Lautan Hindi

email
comments
Pesawat MH370 disahkan hilang di kawasan selatan Lautan Hindi
PLAYClick to Expand & Play
KUALA LUMPUR: Pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH370 yang gagal dikesan sejak 8 Mac lalu disahkan hilang di kawasan selatan Lautan Hindi di barat Perth, Australia.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan berita itu dalam satu sidang khas yang disiarkan secara langsung dari Pusat Dagangan Dunita Putra (PWTC) malam tadi.

Kata Perdana Menteri, kedudukan terakhir penerbangan MH370 itu didasarkan kepada maklumat daripada data satelit yang diberikan oleh syarikat Britain, Inmarsat dan Bahagian Penyiasatan Nahas Udara United Kingdom (AAIB) yang mengesahkan pesawat Boeing 777-200 itu terbang ke jalur selatan isyarat terakhir yang dikesan daripada pesawat itu.

"Ini kawasan yang terpencil, jauh daripada mana-mana tapak pendaratan yang munasabah.

"Oleh itu, dengan rasa penuh dukacita dan kesal, saya memaklumkan bahawa, berdasarkan kepada data baru ini, penerbangan MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi," kata Najib.

Sementara itu, MAS dalam satu kenyataan memaklumkan akan terus memberikan bantuan dan sokongan kepada ahli keluarga penumpang dan anak kapal yang terlibat seperti yang ia lakukan sejak pesawat ini hilang.

MAS juga memaklumkan operasi mencari dan siasatan menyeluruh akan diteruskan untuk mencari jawapan kepada misteri kehilangan pesawat miliknya itu.

"Sekali lagi, dengan rendah hati, ingatan, doa dan takziah kami untuk semua yang terjejas dengan tragedi ini," kata kenyataan itu.

Dalam pada itu, Najib memberitahu satu sidang media akan diadakan pada Selasa dengan maklumat yang lebih lanjut.

"Pada masa ini, kami ingin memaklumkan kepada anda perkembangan terbaru ini pada kesempatan yang terdekat. Kami berkongsi maklumat ini dengan komitmen kepada keterbukaan dan rasa hormat kepada keluarga, dua prinsip yang menggarisbawahi penyiasatan ini," katanya.

Menurut Najib lagi, Malaysia Airlines telah memaklumkan perkembangan baru ini kepada ahli keluarga penumpang dan anak kapal.

"Bagi mereka, beberapa minggu kebelakangan ini cukup menyedihkan; saya tahu berita tentunya lebih sedih lagi," katanya.

Najib juga menyeru kepada media untuk menghormati ruang peribadi ahli keluarga yang terlibat dan memberikan kepada mereka ruang yang sangat diperlukan pada masa yang sukar ini.

Pesawat penerbangan MH370 membawa 239 orang, termasuk 38 penumpang dan 12 anak kapal warga Malaysia. Operasi mengesan pesawat ini digerakkan sejak ia hilang pada awal pagi 8 Mac lalu dan disertai oleh lebih 20 buah negara.

Siasatan awal mendapati pesawat yang hilang itu telah dilencongkan dengan sengaja oleh seseorang yang memandunya. Bagaimanapun, pelbagai spekulasi dan teori konspirasi timbul kerana sistem komunikasi dengan pesawat itu terputus dan tiada bukti-bukti kukuh atau petunjuk mengenai kehilangan pesawat itu.

Antara teori yang dikemukakan dalam masa pencarian sepanjang 17 hari lalu oleh pakar dan penganalisis penerbangan termasuk rampasan, sabotaj oleh juruterbang serta kemungkinan pesawat itu mengalami masalah sehingga menyebabkan semua anak kapalnya tidak sedarkan diri dan pesawat itu terbang sendiri sehingga kehabisan minyak.

Pesawat penerbangan MH370 membuat hubungan terakhir dengan pusat kawalan trafik udara semasa berada di Laut China Selatan di sebuah kawasan yang terletak antara sempadan Malaysia dan Vietnam. Ia kemudian dikesan berpatah balik dari laluan asalnya dan terbang selama beberapa jam.

Usaha mengesan pesawat itu kemudiannya digerakkan di dua jalur di sebelah utara yang menganjur dari sempadan Kazakhstan dan Turkmenistan sehingga ke utara Thailand serta dari Indonesia sampai ke selatan Lautan Hindi.