GST bimbangkan pemaju hartanah
PELAKSANAAN cukai barangan dan perkhidmatan (GST) mulai April 2015 tidak dinafikan mewujudkan kebimbangan dalam kalangan pemaju hartanah di negara ini.
Pengerusi Kumpulan Sara-Timur Development Sdn Bhd, Datuk Dr Ir Mohd Zawawi Ismail berkata, pihaknya tidak menolak pelaksanaan cukai tersebut akan memberi kesan terhadap kenaikan harga rumah.
“Apa yang menjadi kebimbangan kami adalah kemampuan pembeli terutama Bumiputera. Jika kita lihat graf kenaikan gaji tidak seimbang dengan kenaikan kos sara hidup, tetapi pada masa sama memiliki kediaman sendiri adalah satu keperluan.
“Pemaju juga berdepan cukai sedia ada iaitu Cukai Keuntungan Harta Tanah (RPGT), setem duti, levi Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dan cukai perkhidmatan. Dengan pelbagai cukai ini, akhirnya nanti, pembeli juga terpaksa menanggung segala kos bayaran,” katanya dalam temu bual eksklusif dengan Sinar Harian.
Menurut Mohd Zawawi, kenaikan harga rumah bukan sahaja didorong kenaikan bahan binaan, tetapi atas beberapa faktor lain yang wujud ekoran spekulasi yang ditimbulkan pembeli dan juga kerana permintaan tinggi terhadap keperluan untuk memiliki rumah sendiri.
“Pemaju juga tidak dapat lari daripada kenaikan kos bahan binaan yang didorong oleh peningkatan kos seperti logistik dan petrol,” katanya.
Katanya, persatuan dalam industri hartanah ada mencadangkan kepada kerajaan agar sektor hartanah dikecualikan daripada GST atau peratusan cukai tersebut dikurangkan, sekali gus dapat mewujudkan situasi menang-menang antara pemaju dan pembeli.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan