Berita kehilangan ini sangat2 dirasai seluruh dunia. Sehingga ke hari ini, yakni telah masuk hari ke 4 (11.3.2014 - Selasa) masih belum menemui apa2 tanda. Solat hajat sudah dilakukan dikebanyakan tempat dan negeri, semoga Allah mempermudahkan segala urusan mencari....aminnnn.
Kehilangan Pesawat MH370: Tumpuan Terarah Kepada Dua Penumpang Misteri
KUALA LUMPUR, 9 Mac (Bernama) -- Episod kehilangan MH370 milik Malaysia Airlines (MAS) semalam kini tertumpu kepada dua penumpang misteri yang menaiki pesawat itu menggunakan pasport palsu milik warganegara Itali dan Austria.
Ketika anggota keluarga penumpang semakin resah apabila tiada penemuan selepas lebih daripada 24 jam, misteri dua penumpang itu menimbulkan pelbagai teori yang mengaitkan mereka dengan kehilangan pesawat MH370.
Selain memfokus kepada teori pesawat terhempas, laporan media asing dilihat mengaitkan kemungkinan MH370 dirampas atau meletup di udara.
Bagaimanapun, teori pesawat itu meletup di udara mungkin ditolak setelah akhbar The New York Times, yang memetik pegawai kerajaan Amerika Syarikat (AS) hari ini sebagai berkata data pemantauan awal yang diperiksa Pentagon mencadangkan MH370 tidak meletup di Laut China Selatan semalam berdasarkan sistem pemantauannya di seluruh dunia.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, ketika mengulas kemungkinan terdapat unsur ancaman pengganas, berkata kerajaan tidak akan membuat sebarang kesimpulan tanpa bukti kukuh.
"Sekarang tak ada bukti kukuh, macam-macam teori melayang. Kita terpaksa mencari semua kemungkinan petunjuk dan kena siasat sebelum membuat kesimpulan kukuh," kata Najib kepada pemberita selepas merasmikan Program Penyatuan Nasional 2014 di sini.
Sementara itu, Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam Malaysia (DCA) Datuk Azaharuddin Abdul Rahman berkata pihaknya menyiasat pelbagai aspek, termasuk sama ada pesawat itu dirampas, namun tidak dapat mengesahkannya selagi MH370 belum dijumpai.
Pesawat Boeing 777-200 itu dilapor hilang daripada radar kira-kira dua jam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 12.41 pagi menuju Beijing, China. Ia sepatutnya mendarat di Beijing 6.30 pagi semalam.
Sehingga kini nasib pesawat itu, yang membawa 227 penumpang dari 14 negara termasuk 38 rakyat Malaysia selain 12 anak kapal, tidak diketahui.
Azaharuddin dalam sidang medianya mengesahkan dua penumpang misteri itu menaiki MH370 dan pihaknya mempunyai rakaman kamera litar tertutup sewaktu mereka mendaftar masuk ke dalam pesawat berkenaan.
Susulan itu, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata siasatan terperinci akan memberi tumpuan khusus kepada Jabatan Imigresen cawangan KLIA.
"Saya masih hairan tak kan (pegawai imigresen) tak boleh fikir, orang Itali dan Austria tapi muka macam orang Asia," katanya.
Mengikut laporan agensi berita CNN, dua penumpang misteri itu membeli tiket penerbangan secara bersama melalui China Southern Airlines.
CNN turut melaporkan pasport dua warganegara itu dilapor hilang beberapa tahun lepas di negara Asia Tenggara dan pihak berkuasa Itali serta Austria mengesahkan tiada rakyat mereka menaiki pesawat MH370.
Sementara itu, Pegawai Meteorologi Pusat Cuaca Nasional, Jabatan Meteorologi Malaysia Khairul Najib Ibrahim berkata tiada sebarang perubahan cuaca ketara berhampiran perairan negara yang dilihat boleh mengancam penerbangan pesawat MH370 sewaktu ia dilaporkan hilang.
Sehingga 8.30 malam dalam sidang media terakhir untuk hari ini, Azaharuddin mengesahkan operasi mencari dan menyelamat yang menyaksikan penglibatan sejumlah 34 pesawat dan 40 kapal laut membabitkan aset negara dan luar negara, masih gagal mengesan pesawat MH370.
-- BERNAMA

MH370 'hilang' kerana kuasa tuhan
SHAH ALAM - Misi mencari dan menyelamat pesawat Malaysia Airlines Boeing 777-200 penerbangan MH370 ke Beijing yang dilaporkan hilang dari radar Sabtu lalu telah masuk hari ketiga.
Namun, sehingga jam 11 malam, masih tiada sebarang petanda yang menunjukkan perkembangan positif terhadap misi tersebut.
Segala teknologi dan peralatan canggih dari seluruh dunia telah dikerahkan dalam misi itu tetapi masih tiada hasil setakat ini.
Melihat kepada kegagalan sains moden dalam mengesan lokasi MH370, bekas ketua juruterbang B777 Fleet MAS, Kapten Noruddin Abd Majid tidak menolak kehilangan pesawat berkenaan adalah kerana kuasa tuhan..
"Dunia berada pada tahap teknologi yang tertinggi di mana seseorang berjalan di lorong pun dapat dilihat daripada angkasa dan dapat diketahui identitinya.
"Apa pun yang berlaku, sebagai orang beriman, ini adalah ketentuanNYA. Ini bukan pertama kali berlaku di mana pesawat hilang daripada udara," katanya yang dipetik pada laporan sebuah TV, hari ini.
Mengulas lanjut, beliau menyentuh tentang kehilangan pesawat itu dari radar pada ketinggian 35,000 kaki secara tiba-tiba.
"Satu dunia sudah melihat di mana sebuah kapal terbang yang berada pada ketinggian 35,000 kaki dengan kelajuan 855 kilometer (km) sejam dan kalau tak silap 14.5 km seminit melepasi pantai timur semenanjung dan baru saja hendak memasuki ruang udara Vietnam, hilang secara tiba-tiba.
"Berdasarkan kenyataan (pihak berkuasa), sebelum masuk ruang udara Vietnam, dalam kawalan positif dengan Air Traffic Control (ATC), pesawat tiba-tiba hilang terus dari skrin radar. Tidak ada kesan langsung.
"Ini mengelirukan dan satu perkara ajaib yang kita kena terima. Dunia kena terima," katanya.
Ketika ditanya soal tindakan yang boleh dilakukan, beliau berkata doa adalah senjatanya.
"Doa daripada orang-orang soleh yang dekat dgn ALLAH dan juga keluarga kerana mereka sedang beremosi. ALLAH melihatnya," katanya.
Dalam pada itu, beliau menolak kemungkinan pesawat itu meletup di udara, ekoran tiada petanda ataupun serpihan yang ditemui selepas tiga hari operasi mencari dilancarkan.
"Kalau meletup sekalipun di udara, mesti ada serpihan. Pasti. Kerana pesawat ini terlalu besar. Enjinya adalah paling besar di dunia, sama saiz dengan badan Boeing 737.
"Tapi tak ada petanda. Tak ada serpihan. Tak ada tanda pada bacaan radar, jadi, tidak mungkin," katanya.
Beliau terlibat dalam operasi membawa pesawat Boeing 777-200 itu ke Malaysia pada tahun 2002.

sumber: SINAR HARIAN
**** JIKA BENAR telefon berdering bererti mereka mungkin masih dalam keadaan selamat. In shaa Allah.
MH370: Telefon berdering, tapi tiada jawapan
SHAH ALAM - Beberapa keluarga di China berjaya menghubungi ahli keluarga mereka yang berada di dalam pesawat MH370.
Menurut satu laporan yang dikeluarkan oleh media negara itu, terdapat sebilangan ahli keluarga yang berjaya menghubungi penumpang pesawat Boeing 777 tersebut namun tiada jawapan yang diterima oleh pemanggil.
Hal ini telah melahirkan pelbagai spekulasi sekali gus menjadikan kehilangannya sebagai satu misteri.
Dalam pada itu, Ketua Pengarah DCA, Datuk Azharuddin Abdul Rahman menetapkan fokus pencarian MH370 mendahului isu lain.
Menurutnya, isu keselamatan MAS atau isu pasport palsu bukanlah fokus utama pihak MAS buat masa kini.
"Kami masih menumpukan perhatian ke atas misi mencari dan menyelamat pesawat MH370, itu fokus utama kami, jangan buat sebarang spekulasi.
"Buat masa ini, pihak kami telah menerima bantuan dari negara luar seperti Indonesia, USA, Australia, Vietnam, China, Thailand dan Singapura," katanya.
Katanya lagi, pasukan pencari telah meluaskan kawasan pencarian di perairan Laut China Selatan dan pihaknya sedang menunggu perkembangan misi mencari dan menyelamat tersebut.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan