******************************************************************************************
11 CARA BERKESAN UNTUK MENJAGA HATI IBU BAPA
1) SENTIASA HORMAT DALAM APA JUA EMOSI
Bersikap hormat dalam keadaan apa jua emosi sekali pun. Mungkin kita pernah marah, pernah kecewa, tetapi perasaan itu sebaik-baiknya tidak mengurangkan rasa hormat kita kepada kedua-dua ibu bapa kita.Tetap tenang dan bijak menjaga emosi dengan baik
2) JANGAN MEMBANTAH APABILA ADA PENDAPAT YANG BERBEZA
Pendapat perlu disampaikan dengan cara yang halus dan sopan, bukan dengan keras. Beza generasi, beza usia, beza pengalaman membuatkan ruang perbezaan semakin luas.Jangan bersikap kasar dengan mengeluarkan perkataan yang tidak sopan. Tetaplah menjaga etika dengan mereka.
3) JANGAN MENINGGI SUARA
Bagaimana sekalipun perasaan kita pada masa itu, jangan berteriak, membentak, bersuara dan bernada keras dalam berbicara dengan ibu bapa. Ya, memang sangat susah mengendalikan emosi ketika marah, tetapi cubalah lakukan dengan baik. Insyaallah, semuanya dapat diatasi dengan baik.
4) MENJAGA HATI IBU BAPA DENGAN SELALU MEMINTA IZIN
Meminta izin dan mencium tangan ibu bapa sebelum pergi atau selepas pulang. Kita menerapkan hal ini berdasarkan apa yang ibu bapa kita ajarkan sewaktu kita masih kecil dahulu.Kita pasti dapat merasakan kesan positif hasil tabiat ini.
5) JANGAN PERNAH MEMARAHI
Jangan sesekali memarahi ibu bapa walaupun ada yang kita rasakan tidak betul pada mereka. Teguran mesti disampaikan secara sopan. Mengapa perkara ini disampaikan berulang kali? Kerana ia sangat penting untuk kita jaga. Jangan sesekali membentak mereka meskipun mereka di pihak yang salah.
6) JANGAN BERLETER KEPADA IBU BAPA
Jangan mengajari, menasihati atau memberi ceramah kepada ibu bapa. Apabila mahu memberi pandangan atau ibu bapa meminta pendapat kita, perlulah memberikan dengan sopan dan berhikmah. Mungkin banyak perbezaan pandangan, pendapat, pengetahuan dalam banyak perkara yang tidak mungkin pernah sama. Tetapi mereka berhak bagi mendapatkana cinta dan sayang dari kita.
7) JANGAN MENYAMPUK PERBICARAAN
Jangan sekali-kali menyampuk perbicaraan ibu bapa. Ini etika asas yang mesti difahami secara betul. Jika etika ini kita terus lakukan hingga dewasa, ini akan menjadi nilai yang baik. Kita tahu bila sepatutnya bercakap dan bila kita perlu memerhatikan dengan baik. Kebolehan mendengar dan memerhati dengan baik jarang dimiliki oleh kebanyakkan orang. Sebahagian besar hanya pandai dalam hal percakapan, tetapi cukup runsing apabila perlu mendengar dengan baik percakapan orang lain.
8) MENJAGA HATI IBU BAPA DENGAN MENDAHULUKAN MEREKA
Tatacara lain adalah sikap sehari-hari iaitu mengutamakan atau mendahulukan ibu bapa dalam segala aktiviti seperti memberikan tempat duduk, memulakan makan minum dan sebagainya. Akhlak ini jarang kita dapati pada jiwa anak muda hari ini.
9) JANGAN SESEKALI MENYENTUH KEPALA IBU BAPA
Jangan sesekali menyentuh kepala ibu bapa apabila sedang berhadapan atau berkomunikasi kecuali untuk tindakan tertentu seperti memotong rambut.
10) MENJAGA HATI IBU BAPA BILA BERHADAPAN DENGAN MEREKA
Apabila berhadapan dan berbicara dengan ibu bapa mesti bersikap sopan, tidak bercekak pinggang, tidak melutut, tidak bersuara keras dan membentak.
11) MEMBANTU TANPA DIMINTA
Apabila melihat ibu bapa dalam kesusahan seperti mengangkat beban berat dan mengerjakan pekerjaan berat lain, tanpa diminta kita sepatutnya segera membantu.
***********************************************************************************************
MEMBUANG SIFAT DENGKI DAN DENDAM
Dendam dalam bahasa Arab di sebut hiqid, ialah “Mengandungi permusuhan didalam batin dan menanti-nanti waktu yang terbaik untuk melepaskan dendamnya, menunggu kesempatan yang tepat untuk membalas sakit hati dengan mencelakakan orang yang di dendami“.
Berbahagialah orang yang berlapang dada, berjiwa besar dan pemaaf.
Tidak ada sesuatu yang menyenangkan dan menyegarkan pandangan mata seseorang, kecuali hidup dengan hati yang bersih dan jiwa yang sihat, bebas dari rasa kebingungan dan bebas dari rasa dendam yang sentiasa menggoda manusia.
Seseorang yang hatinya bersih dan jiwanya sihat ialah mereka yang apabila melihat sesuatu nikmat yang diperoleh orang lain, ia merasa senang dan merasakan kurnia itu ada pula pada dirinya.
Dan apabila ia melihat musibah yang menimpa seseorang hamba Allah, ia merasakan sedihnya dan mengharapkan kepada Allah untuk meringankan penderitaan dan mengampuni dosanya.
Demikianlah seorang muslim, hendaknya selalu hidup dengan hati yang bersih dan jiwa yang sihat , rela terhadap ketentuan Allah dan terhadap kehidupan.
Jiwanya bebas dari perasaan dengki dan dendam.
Kerana perasaan dengki dan dendam itu merupakan penyakit hati yang dapat merembeskan iman keluar dari hati, sebagaimana merembesnya zat cair dari wadah yang bocor.
Islam sangat memperhatikan kebersihan hati kerana hati yang penuh dengan noda-noda kotoran itu dapat merusak amal soleh, bahkan menghancurkannya.
Sedang hati yang bersih, jernih dan bersinar itu dapat menyuburkan amal dan dorongan semangat untuk meningkatkan amal ibadah dan Allah memberkahi dan memberikan segala kebaikan kepada orang yang hatinya bersih.
Perasaan iri hati kerana orang lain memperoleh nikmat kadangkala dapat menimbulkan khayalan yang bukan-bukan sampai membuat kedustaan. Islam membenci perbuatan demikian dan memperingatkan jangan sampai terjerumus kedalamnya.
Mencegah adanya ketegangan dan permusuhan, menurut Islam merupakan ibadah yang besar, sebagaimana sabda Nabi saw yang ertinya:
“Mahukah aku beritahukan kepadamu perkara yang lebih utama dari puasa, solat dan sedekah?,
Jawab sahabat : “Tentu mahu”.
Sabda Nabi saw: “yaitu mendamaikan di antara kamu, kerana rusaknya perdamaian di antara kamu adalah menjadi pencukur yakni perusak agama”. (HR. Abu Daud danTirmidzi).
Syaitan kadangkala tidak mampu menggoda orang yang pandai untuk menyembah berhala tetapi syaitan sering juga mampu menggoda dan menyesatkan manusia melalui celah-celah pergaulan dengan cara merusak perdamaian diantara mereka itu sendiri, sehingga dengan hawa nafsunya yang tidak terkendali.
Mereka tersesat dan tidak mengetahui hak-hak Tuhannya, bagaikan menyembah berhala.
Di sinilah syaitan mulai menyalakan api permusuhan dihati manusia dan jika api permusuhan itu telah menyala, ia senang melihat api itu membakar manusia dari zaman ke zaman sehingga turut terbakarnya hubungan dan segi-segi keutamaan manusia.
Kita harus mengetahui bahawa manusia itu berbeza tabiat dan wataknya berbeza kecerdasan akal dan daya tangkapnya.
Islam melarang memutuskan hubungan dan berbantah-bantahan.
Memang kita sering merasakan seolah-olah keburukan itu dilemparkan kepada kita, sehingga kita sering tidak mampu mengendalikan perasaan kita yang apabila fikiran kita sempit, maka timbullah niat untuk memutuskan hubungan.
Tetapi Allah tidak rela perbuatan yang demikian. Memutuskan hubungan sesama muslim dilarang, sebagaimana sabda nabi saw yang ertinya:
“Janganlah kamu putus hubungan,belakang membelakangi, benci membenci, hasut menghasut . Hendaknya kamu menjadi hamba Allah yang bersaudara satu sama yang lain (yang muslim) dan tidaklah halal bagi (setiap) muslim mendiamkan saudaranya lebih dari tiga hari”.
(HR. Bukhori dan Muslim).
Ringkasnya hendaknya orang-orang yang mempunyai penyakit hati, seperti dengki dan dendam ini selalu ingat bahwa kekuasaan Allah mengatasi segala kekuasaan.Dan hendaklah ia ingat bahawa harta benda dan kedudukan yang bersifat duniawi itu selamanya tidak kekal. Paling jauh dan lama sepanjang hidupnya saja bahkan mungkin sebelum itu.
*****************************************************************************************************
Tiada ulasan:
Catat Ulasan