Dajal
Dalam ajaran Islam, Dajjal (b. Arab: الدّجّال al-dajjāl "pembohong, penyamar") ialah suatu makhluk jahat yang
akan muncul sebelum Hari Kiamat. Dalam ajaran Kristian, Dajal dikenali sebagai Antikristus.
akan muncul sebelum Hari Kiamat. Dalam ajaran Kristian, Dajal dikenali sebagai Antikristus.
"Dajal" berasal dari kata Arab lazim, digunakan bagi merujuk "nabi palsu". Tetapi "Al-Dajal", dengan rencana
pasti, merujuk kepada "Si Penyamar", satu pembohong spesifik sebelum datangnya Hari Kiamat. Istilah
Al-Masih Ad-Dajal (Bahasa Arab untuk "Si Masih Palsu") adalah terjemahan berkait dengan istilah bahasa
Syria "Meshiha Deghala", dimana telah menjadi kosa kata lazim di Timur Tengah selama lebih 400 tahun
sebelum penurunan al-Quran, melalui Peshitta (dimana menggunakan istilah ini sebalik dari Greek "antichristos").

Sifat-sifat
Dajal tidak disebut dalam al-Quran, tetapi pelbagai hadis Sunah menghuraikan sifat-sifat Dajal, seperti
berikut (dimana lazimnya dipercayai oleh Muslim):
Rasulullah s.a.w. seperti Abdul Uzza bin Qathan. "Hendaknya diantara kamu bertemu dengannya, hendaklah
membaca permulaan Surah Al-Kahfi" (Sabda Rasulullah s.a.w). Sesungguhnya ia keluar dari jalan antara Syam
dan Iraq kemudian merosakkan kanan kirinya.
2) Fizikalnya berbentuk cacat. Mata kanannya buta. Dalam sebilangan hadis dia dirujuk sebagai makhluk
satu mata. Dia akan menunggang keldai putih dimana setiap langkah akan dibentang sebatu, akan makan
api dan menghembus asap, terbang atas tanah dan menyeberang laut.
3) Dia akan menipu para imam, mengajar mereka bahawa Syurga ialah Neraka dan sebaliknya.
4) Huruf Arab kaf-fa-ra (kafara, bermaksud "kafir") akan muncul pada dahinya dan akan dibaca oleh
Muslim sebenar samada mereka boleh baca ataupun tidak.
5) Dia boleh melihat dan mendengar pelbagai benda di banyak tempat pada masa yang sama.
6) Dia mempunyai kuasa untuk mengelirukan manusia.
7) Dia akan cuba meletakkan manusia pada takhta Tuhan.
8) Suatu hari pada musim kemarau, dia bakal menanya; adakah kau mahu api atau air? Jika anda
memilih air itu bermakna yang anda minta adalah api, manakala jika anda minta api yang diberikan ialah air.
9) Dia akan mendakwa diri sebagai Tuhan dan akan menipu manusia dalam berfikir yakni dia telah bangun
dari kematian. Salah satu orang khusus akan dia bunuh dan kemudian dia akan kini menghidupkan dia,
sesudah itu Allah akan menghidupkan dia. Dia takkan mempunyai kuasa ini lagi. Pada sumber lain
(menurut kepada siri Akhirat oleh Anwar al-Awlaki), seorang lelaki beriman akan datang dari Madinah terus
ke Dajal, berdiri pada atas Uhud, dan dengan beraninya mendakwa Dajal adalah Dajal. Dajal kemudian akan
menyoalnya: "Adakah anda akan percayakan saya (yakni sayalah tuhan) jika saya bunuh anda dan kemudian
menghidupkan anda?". Dajal akan melakukan sedemikian dan selepas penghidupannya lelaki beriman akan
berkata bahawa dia semakin tidak percayakan kepada ketuhanan Dajal.
10) Sesiapa yang menolak dan enggan percaya dengannya akan menderita kemarau dan kebuluran manakala
sesiapa yang menerimanya akan hidup dalam kehidupan senang.
11) Sesetengah tradisi Islam mengaitkan yakni dia akan muncul pada Isfahan, dan dia akan membawa
Yahudi Isfahan dan ramai bekas Muslim dan bekas Kristian menyokongnya.
12) Dia tidak berupaya memasuki Makkah atau Madinah.
13) Imam Mahdi akan menentangnya dengan nama Islam.
14) Dia akan dibunuh oleh Nabi Isa a.s. dekat pagar Ludd, di mana Israel terdapat kini.
Perlindungan dari Dajal
Nabi Muhammad s.a.w. mengingatkan para pengikutnya untuk membaca sepuluh ayat dari Surah Al-Kahfi
sebagai perlindungan dari Dajal. Baginda juga mengingatkan para pengikutnya untuk berdoa, "Ya Allah! Aku
berlindung dengan-Mu dari musibah Dajal." Baginda juga menyatakan terdapat tiada musibah yang lebih hebat
daripada Dajal sejak penciptaan Nabi Adam a.s. hingga Hari Kebangkitan.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan