27 Mei 2014

Recessed Zipper Tutorial

Recessed Zipper Tutorial

TABLET POUCH

Try buat tablet pouch pulak kali ni.  Lepas satu....satu idea mai!  Alhamdulillah....internet ni byk membantu. Sebenarnya Ina tak sabar2 nak tengok hasilnya.  Pulun buat sepetang walaupun tali pemegangnya belum beli lagi.  Ina lebih suka beli kat kedai je....tali pemegang yang color hitam  saiz 1" tu....ala yg selalu Ina guna utk buat beg sebelum ni.  Baru RM1.20 semeter. Senang, cepat dan berbaloi.

Tali pemegang buh kemudian ye....kita posing dulu.  Ina guna jenis kain agak tebal dan gebu.  Tak payah guna batting.  Jimat sikit....hihihi!

Ina buat 2 zip kat pouch ni. Atas dan bawah. Yg bwh ni utk simpan charger....tak la hilang letak merata2.

Buat pemegang comel di hujungnya supaya senang nak tarik zip.

Tutorial ni Ina ambik kat internet jugak le...memang mudah faham.

Kain color koko tu juga jenis tebal mcm baldu. Kat dalam yg color putih pulak....Ina buat poket berlapik span je...batting susah betul la nak cari kat sini...huhuhu.  Alhamdulillah hasilnya memang memuaskan. Selamat tablet ku 'baring'....hihihi!






20 Mei 2014

DRAWSTRING BAG - ROSE + BLUE

Beg ni khas untuk 2 orang cikgu kesayangan anakku di SKT sempena sambutan "HARI GURU" yang lalu..  Semoga cikgu sudi menerimanya.

Corak bunga ros jadi pilihan.

Liningnya Ina guna jenis kain berat color biru bercorak kartun.

Kain ni beli kat Nagoya.  Byk pilihan di sana.

Boleh guna pada kedua2 belah beg.  Klu jemu corak rose boleh terbalik menjadi biru pulak!  Menarik, kan? 2 dalam 1 kata orang.  Magic!  Lepas ni ada projek lain lagi.  Tungguuuuu...

Ina suka bubuh h/set, purse, tablet dan macam2 lagi....yang comel2 tu.  Wangian baby pun sesuai jugak tau!!

Buat sedikit perbezaan supaya tak tertukar nanti.

Anda nampak kan....perbezaan corak kainnya.  Yg kiri tu Ina buat corak kotak2 di bhgn tengah manakala yg kanan tu bhgn tengahnya corak ros.

Seronok sgt buat beg ni.  Mudah dan cepat disiapkan! 1 hari boleh dpt 3pcs.

Tali cerutnya Ina guna riben satin color pink.  Klu guna tali lagi cantik. Di hujung riben tu anda boleh hias ikut kreativiti sendiri.  Ina buat bentuk mcm 'tu' je.

2 beg ini utk cikgu kesayangan Nurul.  Terima kasih cikgu, ilmu yg dicurahkan selama ini.

Comel tak cikgu?  Saya ikhlas bg kat cikgu.

Sebelum tu, saya nak posing dulu ye.....hihihi

Apabila dilonggarkan tali cerutnya akan kelihatan mcm ni. 2 color yang berbeza.

Boleh guna luar dan dalam.

Yg kanan tu...Ina sengaja lebihkan bhgn atas liningnya (biru).
Klu guna lining sbg luaran akan kelihatan beginilah ye sblh dalamnya.  Poket dok di dalam ye...

Klu mcm ni poketnya dok kat luar.

Nampak tak poket tu?  Kecik comel je saiznya.

Boleh isi benda kecik2 je tau!!!







COSMETIC POUCH @ PENCIL CASE

Percaya tak?  Kain baldu ni Ina ambik dpd baju terpakai.  Beli kat pasar minggu 'baju bundle'.  Balik rumah terus buat projek ni.  Suka sgt dengan jenis kain tebal mcm ni.  Pouch nmpk kukuh dan kemas.


Pouch ni anda boleh jadikan pencil case, cosmetic pouch atau apa2 saja.  Byk kegunaannya.

Yg ini anak bongsu Ina guna bubuh alat tulisnya.  Yg paling byk dlm tu....dia bubuh pemadam...nak main katanya....huhuhu.   Mula2 dulu dia kata, malu la nak bawa sbb besar sangat....tp sekarang tak malu dah sbb pemadam byk sgt...tk muat dlm pencil case kecik.


Ina bubuh sebiji guli besar pada kepala zip supaya senang nak tarik zip tu.


Hias gmbr 'mickey' kat situ.


Kain ni ada lebih lagi....nak buat apa ye?


Kat hujung pouch Ina buat tali pemegang mcm ni.


Hujung zip Ina jahit kemas mcm ni.  Sambung sikit kain kat situ, tutup hujung zip bg lawa.


Boleh bubuh mcm2 tau!










ANUGERAH KO-KU 2013 di DEWAN TELEKOM TAIPING, PERAK

Pertama sekali nak mohon maaf sbb gambar2 ni kelabu semacam....je.  Ini adalah Hari Anugerah Ko-ku 2013 Negeri Perak di Dewan Telekom Taiping.


Alif menerima anugerah ini bg kategori Gimnastik Peringkat Kebangsaan.

Byk sekolah terlibat sekitar Daerah LMS.






BERKELAH DI ASRAMA SMDB

Berkelah bersama rakan2 anakku Shuhada di Asrama SMDB.

Baru habis makan.  Sape tu yg akhir sekali?
Dah kenyang, berposing la pulak. Kawan2 rapat Shuhada seronok dgn pertemuan ini.  Belajar rajin2 tau!
Kalau ada kesempatan lagi, kita berkelah sama2 lagi ye...















KEJOHANAN GIMNASTIK ARTISTIK 2014 di TAIPING, PERAK - 17/5/2014 (Sabtu)