20 Mei 2014

DRAWSTRING BAG - ROSE + BLUE

Beg ni khas untuk 2 orang cikgu kesayangan anakku di SKT sempena sambutan "HARI GURU" yang lalu..  Semoga cikgu sudi menerimanya.

Corak bunga ros jadi pilihan.

Liningnya Ina guna jenis kain berat color biru bercorak kartun.

Kain ni beli kat Nagoya.  Byk pilihan di sana.

Boleh guna pada kedua2 belah beg.  Klu jemu corak rose boleh terbalik menjadi biru pulak!  Menarik, kan? 2 dalam 1 kata orang.  Magic!  Lepas ni ada projek lain lagi.  Tungguuuuu...

Ina suka bubuh h/set, purse, tablet dan macam2 lagi....yang comel2 tu.  Wangian baby pun sesuai jugak tau!!

Buat sedikit perbezaan supaya tak tertukar nanti.

Anda nampak kan....perbezaan corak kainnya.  Yg kiri tu Ina buat corak kotak2 di bhgn tengah manakala yg kanan tu bhgn tengahnya corak ros.

Seronok sgt buat beg ni.  Mudah dan cepat disiapkan! 1 hari boleh dpt 3pcs.

Tali cerutnya Ina guna riben satin color pink.  Klu guna tali lagi cantik. Di hujung riben tu anda boleh hias ikut kreativiti sendiri.  Ina buat bentuk mcm 'tu' je.

2 beg ini utk cikgu kesayangan Nurul.  Terima kasih cikgu, ilmu yg dicurahkan selama ini.

Comel tak cikgu?  Saya ikhlas bg kat cikgu.

Sebelum tu, saya nak posing dulu ye.....hihihi

Apabila dilonggarkan tali cerutnya akan kelihatan mcm ni. 2 color yang berbeza.

Boleh guna luar dan dalam.

Yg kanan tu...Ina sengaja lebihkan bhgn atas liningnya (biru).
Klu guna lining sbg luaran akan kelihatan beginilah ye sblh dalamnya.  Poket dok di dalam ye...

Klu mcm ni poketnya dok kat luar.

Nampak tak poket tu?  Kecik comel je saiznya.

Boleh isi benda kecik2 je tau!!!







Tiada ulasan:

Catat Ulasan