CIRI-CIRI MERCURY DALAM KOSMETIK
1. kenal pasti baunya.
Umumnya baunya agak keras, berbau logam, bau lain macam atau mungkin berbau wangi yang kuat/menyengat, bau wangi itu sebenarnya utk menutup atau menghilangkan bau logam merkuri tersebut. Cuba kepit hidung atau tarik hidung, anda mungkin akan tercium aroma logam.
Sebab itu sebaiknya jika mencari product kecantikan, cari product yang tidak berbau apa apa. Lagipon tak de sape nk cium korang selalu pon...kecuali anak...haaa...itulah yg bahayanya...
*checkmate!
produk B - day cream & night cream berbau harum wangi
produk A - day cream bau wangi yg sangat light...night creamnya tak de bau.
2. Krimnya melekit-lekit
Krim pemutih biasanya melekit-lekit kerana dicampur dengan bedak sejuk supaya nampak lebih cair. Selain itu, krim terasa kasar bila disapu pada kulit.
*checkmate!
produk B - day & night creamnya sgt melekit-lekit macam gam,
nak sapu kat muka tak smooth & rasa kasar, berbau harum.
produk A - kedua-dua creamnya tak melekit, rasa ringan nyaman di kulit & smooth
(mudah disapu)
3. Tekstur cream nampak agak mengilat .
Cara mengujinya, oleskan sedikit pada cermin atau kaca. Bila nampak mengilat kemungkinan produk tersebut mengandungi mercury. Produk cream yang baik, warnanya doff dan tidak berkilat.
*checkmate!
produk B - nampak berkilat pd atas cermin
produk A - tampak kusam pada atas cermin..
4. Warna mencolok dan mengilat.
Kandungan logam dalam cream tersebut yg membuat dia nampak mengilat terutama pada cream malamnya. Biasanya untuk meng'cover' balik warna merkuri, mereka akan tambah dengan bahan pewarna. Tipikal warna mereka gunakan, warna tekstil kuning atau warna putih yang mengilat. Curigai krim yang berwarna kuning atau putih mengilap seperti mutiara.
*checkmate!
produk B - nampak berkilat, day cream warnanya agak mencolok terang.
night creamnya berwarna mengilap pearl.
produk A - day cream & night cream warnanya smooth (light je )
5. Terlihat seperti kilat berkaca
Perhatikan betul-betul bila disapu cream malam , nampak ada seperti kilat-kilat menempel di wajah dan wajah berkeringat atau terasa agak panas saat menggunakan cream malam.
*checkmate!
produk B - cream malam nampak macam kusapu gula pd muka...
nampak ada kilat-kilat macam kaca je, rasa rimas & sedikit bahang.
produk A - cream malamnya rasa nyaman, ringan & mudah disapu
6. Tidak homogen
Kebanyakkan creamnya tidak homogen (tidak menyatu dan kasar), bila dibiarkan nampak ada lapisan minyak akan terpisah dengan lapisan padat.
*checkmate!
produk B - testur day cream minyaknya terpisah dengan yg lain, krim semakin jadi kasar
( terjadi masa g bercuti aritu...sbb day cream tu ku hangkut ke hulu ke hilir
night creamnya ku siman kat hotel...fikirkan sebab mungkin bahang
matahari dlm kereta, tapi losyen tangan tak macam tu pon, cuma cair sikit
dan pasti produk sebelum ni tak pernah jadi gitu..seyesli hokay...
bukan nak nokok tambah cerita...inilah puncanya yg buat
daku curiga...fake?)
produk A - kalau panas dek bahang kete cuma mencair sikit gitu.
7. Jika ada cream anti iritasi/elegik
atau anda diminta menggunakannya (selalunya dijual berasingan) akibat simptom-simptom yang tidak selesa, rasa gatal di awal penggunaannya. Wajib curiga bahawa produk tersebut mungkin mengandung mercury. Tahap reaksi awal juga dipengaruhi oleh faktor genetik.
*checkmate!
produk B - dalam senarai produknya ada cream iritasi...tapi dia tak panggil
cream iritasi la
produk A - memang tak de langsung...senarai produknya hanya ada pencuci, toner,
cream siang, cream malam, serum dan mask sahaja...punyerlah simple...
8. Tidak timbul jerawat sama sekali
Sebenarnya lapisan kulit epidermis kita dah rosak, kulit sudah tidak mengandung protein & melanin yang berfungsi utk melindungi sinar UV matahari sehingga kuman/ bakteria tidak akan menyukai kulit yang telah tercemar merkuri termasuk nyamuk sekalipun.
Jerawat dalam keadaan yang normal adalah berfungsi sebagai indikator kandungan protein di dalam kulit, , bila anda lupa untuk menjaga kebersihan wajah, umumnya jerawat akan timbul.
*checkmate!
patutnya pon punyerlah laris...hokayy..dat y lah jemah terjebak sama!
itu pasallah daku gatal tukar produk A kepada B..sebab produk A tu sesekali ada kuar jerawat..tenggelam timbul...tak banyak mana pon sebutir 2 3 butir je...pastu lambat pulak baiknya...ggrrrr....
9. Dapat membuat kulit wajah putih dalam waktu singkat.
Kulit berubah warna putih dalam waktu yang singkat! semakin banyak kandungan logam merkuri tu semakin cepat kulit putih. Kulit menjadi putih tak sekata, putih pucat tak macam putih normal.
*checkmate!
produk B - kulit ku putih macam tak de seri gitu
produk A - kulit nampak mcm bercahaya nur... kulit taklah putih cuma
nampak cerah...gitu..faham tak maksudnya tu...
10. Menghaluskan dan mengecilkan liang roma
Sebenarnya kulit sudah menipis dan lapisan kulit bahagian paling atas dah terhapus kerana merkuri tersebut. Tengok sepintas lalu seolah-olah pori pori mengecil dan menghaluskan kulit.
*checkmate!
yg ni ku tak dpt nk pastikan sebab baru guna..
11. Kulit menjadi lebih sensitif terhadap sinar matahari.
Pada awal pemakaian menyebab kulit kemerahan apabila terkena cahaya matahari. Kulit wajah terasa perih panas sebab kulit sedang berlaku irritation, bukannya dalam proses pemutihan seperti yg diperkatakan.
Pemakaian siang hari selalu menggunakan pelindung SPF jadi pada siang hari anda tidak akan merasakan rasa iritasi seperti terbakar disertai rasa gatal.
*checkmate!
produk B - masa awal-awal guna muka daku kemerahan, pengelupasan yang ketara.
produk A - tak de kemerahan (walau ku dh tua tapi kuingat hokay..), pengelupasan lebih
kepada debu-debu halus je
12. ciri-ciri lain
- Jika berhenti memakainya akan timbul pula jerawat-jerawat kecil dan rasa gatal. Warna putih pada kulit lama kelamaan akan menjadi kelabu dan kusam, dan akhirnya kehitaman (jeragat mula menguasai).
*checkmate!
sekarang rasa kulit agak kasar..harap-harap sangat janganlah memburuk..memang padan muka aku!
- nombor pendaftaran palsu
- kandungannya tidak jelas (whitening tapi tak ada whitening agent)
- kesan penggunaan yang cepat, 2 minggu pemakaian sudah kelihatan
- tidak jelas siapa pengeluarnya
- Panas dan gatal apabila disapukan pada kulit lengan.
Bahaya penggunaan cream perawatan kecantikan yang mengandung Mercury
1. Gangguan saraf seperti :
Meskipun hanya dioleskan ke permukaan kulit, merkuri mudah diserap masuk ke dalam darah, masuk sistem saraf tubuh, sehingga menimbulkan keracunan kulit, serta gangguan sistem saraf, seperti autisme, depresi, Alzheimer, Parkinson serta gangguan-gangguan ringan seperti insomnia, pelupa, gangguan emosi, gementar, gangguan penglihatan.gerakan tangan abnormal,
2, Mengganggu pertumbuhan, atau cacat janin.
Merkuri tidak akan dapat disingkirkan oleh ginjal dan akan bertahan dekat situ sekaligus bila hamil, akan effect dekat janin. Risiko mendapat anak autisme/ pertumbuhan anak terencat menjadi tinggi.
3. Berpotensi mengakibatkan kanser kulit.
Terutamanya kanser kulit, payudara, serviks dan paru-paru.
5. Kerosakan pada saluran pencernaan dan buah pinggang.
Mercury akan terkumpul dibuah pinggang sehingga menyebabkan urinenya berbau lebih tajam.
6. Kandungan merkuri inorganik dalam krim pemutih boleh menimbulkan keracunan bila digunakan untuk waktu lama.
3. Wajah menjadi lebih rosak
Timbulnya tompokan hitam dan jeragat yang teruk dikemudian hari.
........utk pengetahuan, blog totinx.com tu seorg doktor......
sumber :
www.vemala.com
zahirastore.blogspot.com
totinx.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan