06 Mei 2014

RACUN DALAM KRIM PEMUTIH MUKA

47 produk mengandungi bahan beracun disenarai hitam



Sebanyak 47 produk pelangsing badan, kosmetik dan ubat-ubatan tradisional yang berdaftar dengan Kementerian Kesihatan disenarai hitam kerana dikesan mengandungi bahan kimia beracun termasuk steroid yang boleh memudaratkan pengguna. Ketua Penolong Pengarah Kanan Penguatkuasaan Kementerian Kesihatan, Mazlan Ismail, berkata kebanyakan pengeluar apabila mahu mendaftarkan produk mereka dengan kementerian, akan memberikan sampel yang mengandungi kandungan produk herba. “Bagaimanapun, selepas mendapat kelulusan, secara sembunyi mereka mencampurkan produk itu dengan bahan memudaratkan bagi memberi kesan segera kepada pengguna, sebelum diedarkan di pasaran,” katanya kepada Berita Minggu.
Katanya, ada pengguna meninggal kerana menggunakan produk ini dan dikhuatiri ramai mendapat penyakit kronik, termasuk gila jika memakan campuran bahan berkenaan secara sesuka hati tanpa pengetahuan dan nasihat doktor. Beliau berkata, syarikat pengeluar mendapat keuntungan berjuta-juta ringgit setiap bulan berikutan permintaan yang tinggi daripada pengguna apabila melihat kesan segera apabila menggunakan produk itu.
Antaranya ialah 12 produk pelangsing badan yang dicampur bahan aktif sibutramine untuk mengurangkan selera makan; 17 produk kosmetik dicampur bahan pemutih hydroquinone dan tretinoin serta 18 produk tradisional dicampur dengan steroid dan antihistamine. “Produk ini terkenal dan mendapat permintaan tinggi di pasaran, walaupun harganya mahal dengan pengeluar mencatat keuntungan jutaan ringgit setiap bulan. Mazlan yakin masih banyak produk sedemikian dijual di pasaran, walaupun pelbagai tindakan penguatkuasaan dilakukan termasuk merampas dan menggantung lesen syarikat pengeluar terbabit.
Beliau berkata, produk itu banyak dijual di toko jamu, kedai ubat tradisional dan syarikat jualan langsung. “Produk beracun ini mudah dikenal pasti menerusi iklan dan tuntutan yang meragukan serta menarik perhatian,” katanya. Katanya, nilai rampasan setiap produk itu juga tinggi dan meningkat setiap tahun dengan produk pelangsing RM966,871 bagi 2007; RM858,522 (2008); RM1,136,004 (2009) dan RM1,047,592 (sehingga Jun ini).Mereka yang bersalah boleh dikenakan tindakan mengikut Akta Racun 1952 yang mengenakan denda minimum RM5,000, manakala bagi Akta Jualan Dadah, denda maksimum RM50,000.


INFO Produk disenarai hitam Kementerian Kesihatan Produk pelangsing badan berdaftar ada sibutramine:
Kintop
Body Beaus
BMI-9Xylimming Capsule
Senna Plus Capsule

Produk tidak berdaftar mengandungi sibutramine:
Lami

Produk berasaskan makanan mengandungi sibutramine:
Obexlim
Slimax Coffee
Beaute Fit Body Contour
Body Trimz

Produk tradisional berdaftar yang mengandungi steroid:
357 Nasal Spray

Produk tradisional tak berdaftar mengandungi steroid:
Makjun Taufiq Dua Istimewa
Majun Dua Istimewa
Ginseng Jin Fui Wan
Maajun Tenaga Herba Ubi Jaga
Jamu Tradisional Jaya Asli (Anti Asam Urat)
Red Brand Ginseng Plus Zheng Fei Capsule
Ren Sem Tu Chon Chin Kuo
Pill Makjun Syafiq 3 Istimewa
Reepo

Produk berasas makanan yang mengandungi steroid:
Air Ikan Haruan

Produk kosmetik yang mengandungi hydroquinone dan tretinoin atau salah satu:
Eriesya Spa Beauty Cream
Atika Beauty Renewal Cream
Temulawak Whitening Pearl Cream
Papaya Ratna Sari Whitening Night Cream
Tia Amelia Krim Jeragat
Chantique Whitening Night Cream
RZAC White Pearl Cream
Nuriz Day and Night Cream
Elite Rias Er Cream
R&Z Whitening Night Cream
Beauty Line Beautitude Multipurpose Cream
Pigmentation Recovery Complex
Zara Rejuvenation Cream
Natasya Krim Herba Gold
De Putih Night Cream

Produk tradisional berdaftar ada antihistamine
Eng Leong Cordyceps Chuanbei Plus Cough Pill

Produk tidak berdaftar mengandungi antihistamine
Pil Zhen Zhu Bai Fong Wan
Qian Tong Dan
Raja Ubat Resdung
Coral Plus UA 350MG4

**************************************************************************************


Cuba kita lihat beberapa produk yang di sahkan merbahaya oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (untuk tahun 2012 sahaja).

- Januari 2012

Produk Minyak TYT  iaitu Twee Hong Suah telah di batalkan pendaftaran kerana di kesan mempunyai kandungan merkuri yang terlalu tinggi di mana kesannya boleh mengakibatkan:

-kebas
-gatal-gatal
-pertukaran warna kulit
-sakit
-bengkak 
-kulit menggelupas

Sungguhpun minyak ini begitu laris tapi yang perlu di ingat adalah kesan burukknya yang lagi besar di masa akan datang jika masih terus menggunakannya....

Minyak TYT Twee Hong Suah yg di haramkan



-Februari 2012

Terdapat juga syarikat yang menggunakan produk melangsingkan badan di kesan sebagai merbahaya dan tidak selamat di gunakan oleh manusia...Terdapat lebih dari 20 syarikat yang di tarik balik lesen kerana menjual produk merbahaya ini...

Kandungan yang telah di kenal pasti adalah sibutramine dan steroid yang boleh memudaratkan penggunanya...Kesan yang boleh terjadi kesan dari penggunaan kedua dua bahan ini adalah:

-Semput
-Tidak siuman

Pihak KKM yakin ada antaran penggunanya yang meninggal dunia akibat mnggunakan produk2 ini...Lebih di khuatiri ramai juga yang menghidap penyakit kronik kesan sampingan ubat yang di makan itu....

Antara syarikat yang di kesan mengandungi bahan terlarang ini adalah:

-Kintop
-Body Beaus
-BMI-9 Xylimming Capsule


Kintop Capsule


Untuk lebih lanjut sila baca artikel ini:PENTING



-APRIL 2012

TERBARU dan SANGAT MENGEJUTKAN 

Syarikat kosmetik terkenal dan ternama di negara ini Sendayu Tinggi juga di kesan mengandugi bahan terlarang iaitu sibutramine...

Hal ini di kesan oleh KKM dan serbuan besar besaran di lakukan ke semua premis Sendayu Tinggi dengan nilai melebihi setengah juta ringgit... Xtau la....Susah nak cakap...

Gambar Xtrimme slym Drink yang di rampas




Kredit kepada: http://dnobiz.com


-Mei 2012

Saya pada pagi hari ini terkejut lagi sekali dan menyimpulkan walau bermacam cara yang telah di lakukan oleh pihak kementerian untuk membanteras penyalahgunaan ini namun tidak akan berkesan kerana pihak yang tidak bertanggunjawab akan berterusan menjual dan menghasilkan racun2 ini...


Kita boleh lihat pada helaian Harian Metro edisi 3 Mei (hari ini) di mana wajah pengguna menjadi hodoh selepas menggunakan bahan yang beracun ini...

Bacaan penuh di sini: Wajah cantik Jadi Hodoh





Kesimpulan dari semua ini...Saya berharap agar semua orang di negara ini sentiasa berhati hati dengan produk yang berada di pasaran...Jangan menggunakan produk diragui atau tidak mendapat pengesahan dari KKM...

Walaupun produk itu sudah berada lama di pasaran masih sentiasa kena berhati2.. 

Semoga perkongsian ini berguna untuk semua...


P/S: Kalau semua orang bekerja sama, peyangak2 ini pasti tidak akan berjaya....
 



Tiada ulasan:

Catat Ulasan